Showing posts with label pembakang. Show all posts
Showing posts with label pembakang. Show all posts

Friday, 24 August 2012

BIAR BETUL !!! JANJI BERSIH AKAN BIKIN KACAU PADA MALAM MERDEKA ???



Pagi tadi lebih kurang jam 11 pagi, GR berkesempatan ke sidang media Gabungan Janji yakni satu lagi agenda jahat puak pembangkang pada malam Merdeka nanti pada 30 Ogos 2012. Tapi apa yang GR lihat sendiri, sidang media ini tidak mendapat sebarang sambutan. Rata-rata pihak media yang hadir hanyalah dari kalangan mereka sendiri. GR juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput GR untuk turut hadir dalam sidang media ini.

Tujuan Gabungan Janji mengadakan Himpunan Janji Bersih katanya menuntut Janji Demokrasi:

1. Keluhuran Perlembagaan
2. Kedaulatan Undang-Undang
- Mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
- Mansuhkan akta zalim
- Kebebasan media
3. Pilihanraya yang bersih dan adil

Apa yang GR lihat ketiga-tiga agenda mereka ini sama jika dilihat dari agenda Bersih 1.0 hinggalah ke Bersih 3.0. Apa lagi yang tidak kena dengan perlembagaan negara kita ini? Kenapa tidak diambil kesemua rukun negara itu jika mereka mengatakan untuk bersikap adil pada rakyat dan negara. Ini semua hanyalah 'game plan' mereka saja yang hanya mempunyai kepentingan peribadi politik mereka sendiri.



Keduanya mereka mengatakan undang-undang di Malaysia tidak baik, apa lagi yang tidak bebas? Rakyat berhak bersuara melalui medium-medium yang telah disalurkan oleh Kerajaan. Jika dilihat YAB Perdana Menteri juga mendengar masalah rakyat yang bersuara kepada beliau. Beliau juga membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia memberikan pandangan yang baik untuk pembangunan negara untuk dimasukkan dalam Bajet 2013 yang akan datang. Betulkan?? Ini masih lagi yang dikatakan tidak bebas ker??

Mereka ini juga masih menuduh SPR tidak berlaku adil...apa lagi yang mereka mahukan?? Pihak SPR sendiri telah merombak beberapa syarat pilihanraya yang semua kita sedia maklum apa yang akan dibuat ketika Pilihanraya Umum ke 13 nanti.



Bila mereka ini ditanya adakah jaminan bahawa Himpunan Janji Bersih ini dijalankan secara aman? Jawapan yang sama mereka katakan...biasalah aman. Tapi boleh percaya ker? Pembaca lihatlah Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0...apa yang terjadi? Yang kelakarnya juga, bila ditanya soalan tujuan mereka adakah himpunan ini adalah semata-mata untuk mendengar bacaan puisi yang akan disampaikan oleh sasterawan negara Dato' A.Samad Said pada malam tersebut dan selepas itu mereka bersurai.

Jawapan BODOH yang GR dengar juga dari salah seorang mereka mengatakan setiap tahun rakyat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia. Dan mereka ini tidak perlu pun permit untuk berhimpun. So Gabungan Janji ini juga adalah sama seperti rakyat Malaysia yang berhimpun. Ini jawapan budak sekolah yang GR pernah dengar. Aduyaiiiii....

Untuk pengetahun semua, bukankah rakyat Malaysia setiap tahun turun ke Kuala Lumpur untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia. Tidak kira di mana sekali pun rakyat Malaysia turun untuk meraikannya, perlukah rakyat Malaysia ini memerlukan permit untuk berhimpun meraikan sambutan Kemerdekaan atau pun Tahun Baru.



Tolonglah janji dirosakkan mood sambutan Kemerdekaan negara dengan agenda-agenda busuk korang nie. Rakyat Malaysia sekarang hidup aman dan damai boleh pergi ke mana saja. Dan janganlah diheret rakyat Malaysia dengan mengatakan Gabungan Janji ini adalah suara semua rakyat Malaysia yang sebenarnya hanyalah suara segelintir saja dan mereka ini yang sebenarnya petualang negara yang akan merosakkan negara.

Pada semua rakyat Malaysia, usahlah dengar lagi penipuan yang mereka katakan. Perkara yang sama mereka akan buat dalam setiap perhimpunan haram mereka ini. Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


Sumber : gossiprakyat

Thursday, 26 July 2012

SEMUA PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS 'AIDILFITRI' TERMASUK KAKI BANGKANG !!!


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menasihati penjawat awam supaya menggunakan bonus yang diterima secara berhemah.

Beliau berkata, pemberian bonus itu menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih selesa.

"Gunakan bonus yang diterima ini dengan bijak untuk keceriaan semasa Aidilfitri," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Berbuka Puasa Ketua Setiausaha Negara di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini. - Bernama

Monday, 2 July 2012

BIAR BETUL !!! ITALI KALAH KERANA BN - PEMBAKANG PUNYA PROVOKASI


pT terjumpa posting dari facebookers pembakang yang paling lawak tahap gila. Betul lah kata orang kalau ada otak tapi akal tiada baik jadi 'nate' dari jadi manusia. Kalian nilailah sendiri apa yang di postkan oleh facebookers hebat pembakang. Apa2 sahaja yang berlaku didalam dunia ini yang melibatkan keburukan atau kemalangan semuanya salah BN, SALAH BN !!!!

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! PROVOKASI LICIK PEMBAKANG!!!!


Samada poster ni memang di buat oleh Perkasa atau sengaja di cipta puak pembakang untuk tujuan provokasi antara kaum Cina dan juga Melayu. pT sengaja tunjukkan untuk kita sama2 fikir siapakah yang bertanggungjawab dalam isu ini. Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Sunday, 24 June 2012

DEMO ANTI LINAS - PR GUNA KAUM CINA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA



Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.

Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam.

Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.

Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka. Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori.

pT
95% peserta anti lynas bukan melayu! Kenapa banyak warga china turut serta dalam perhimpunan ini? Adakah sesuatu yang tidak kena ? Atau diupah segelintir kumpulan dengan sengaja untuk mencetuskan huru hara? Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Saturday, 23 June 2012

JANJI TAK TEPATI,BUDI TAK DIHARGAI,HUTANG TAK PERLU DIBAYAR ITULAH PEMBAKANG - PM

KUALA LANGAT: Rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata janji pembangkang tidak ditepati kerana ia merupakan janji politik manakala budi tidak perlu dihargai kerana mereka merasa sakit hati melihat bantuan demi bantuan yang dihulurkan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Pembangkang juga mencadangkan kepada rakyat supaya hutang tidak perlu dibayar dan ini merupakan nilai buruk pembangkang kerana hutang wajib dibayar menurut ajaran Islam, katanya semasa berucap melancarkan Program PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Ku Sihat peringkat kebangsaan di Kampung Sungai Bumbun di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata melalui program itu, Kementerian Kesihatan akan melakukan lawatan ke semua PDK seminggu atau sebulan sekali.

Oleh itu, beliau berharap para ibu bapa yang mempunyai anak daripada golongan OKU supaya jangan malu untuk mendaftarkan anak mereka supaya dapat diberi bantuan menerusi Program PDK Ku Sihat.

Najib juga berkata kerajaan memberi perhatian berat kepada kesihatan rakyat di mana sejumlah 145 hospital awam, 2,800 klinik kesihatan disediakan dan yang mutakhir 103 Klinik Rakyat 1Malaysia yang akan ditambah lagi sebanyak 65 buah.

Beliau berkata tiada negara yang menyediakan perkhidmatan rawatan klinik kerajaan dengan bayaran RM1 dan bagi rawatan dan pemeriksaan doktor pakar ialah RM5 manakala rawatan bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan OKU adalah percuma.

Perdana Menteri berkata menerusi Program Jalinan Murni Yayasan 1MDB, sejumlah 1,257 ketua isi rumah daripada masyarakat setempat akan mendapat bantuan daripada yayasan itu dalam bentuk bakul makanan yang mengandungi barangan seperti susu tepung, tepung gandum, milo, sardin, multivitamin, vitamin C dan juga ubat cacing.

Sementara itu, katanya anak-anak Orang Asli dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dari kawasan setempat diberi bantuan pakaian seragam sekolah, pakaian sukan, buku nota, buku lejar dan wang saku RM100 seorang.

Najib berkata kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM2.6 juta bagi menyediakan bekalan air dan elektrik untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey berikutan permohonan yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga bekas guru sekolah itu, selepas mesyuarat Kabinet semalam.

Perdana Menteri berkata beliau akan berunding dengan Kumpulan Sime Darby supaya satu kawasan dapat disediakan di Pulau Carey bagi memenuhi permintaan masyarakat India yang memohon tanah untuk didirikan rumah kediaman. -BERNAMA

Tuesday, 24 April 2012

Pelakon Utama Dah Bertukar, Filem Hancuss!!!

Tak sampai 24 jam gambar Anwar tersebar di internet, pecacai Anwar telah edit foto tersebut supaya tidak lagi mnyerupai Anwar. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Adakah pencacai tak dapat menerima kebenaran?
Fikir-fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive