Sedangkan di penghujung post bertajuk Pengetua “Pusat Tahfiz Amal” enjoy sakan dikala kanak-kanak pungut derma (Wajib Baca) ada diselitkan sumber (url) maklumat tersebut.
Terima kasih kepada keyboard warrior tersebut. Apa yang menariknya, dakwaan mengenai pengetua pusat tahfiz berkenaan bukanlah fitnah semata-mata.
Perkara itu terbukti benar apabila blogger yang juga seorang wartawan Media Prima yang terkenal iaitu Mazidul juga pernah mendedahkan perkara yang sama. Baca pendedahan dari Mazidul di bawah:
Ajaran SESAT Azhar Wahab telah difatwakan haram pada 21 September 2004.
Siapakah AZHAR WAHAB?
Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.
Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.
Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan ‘YM Tuan Raja’ dan ‘Ibni’ daripada nama tertera itu.
HASILNYA? … SM AMIN, atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.
Lihat antara produk dijual oleh remaja Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini.
Pengasas Al-Mansur dan Pusat ‘TAHFIZ’ Amal …
Beginilah rupanya …
Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba?
Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya.
Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor.
Klik page ‘Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja‘, kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia.
Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA. Sumber – BERSAMA MAZIDUL
ada satu hari beberapa minggu lepas seorang remaja perempuan jumpa di petronas kamunting. dengan mulut yang petah berbicara memberikan penerangan tentang madu lebah dan gel urut. kebetulan saya memang tak punya banyak wang waktu tu. jadi saya menolak secara baik. remaja tu cakap pak cik beli la pak cik beli la pak cik dengan nada minta simpati.kalau tak nak beli pun berilah sumbangan ikhlas dalam keadaan memaksa. saya jenis lembut hati berikan la juga berapa ringgit wang yang ada di tangan baki isi minyak kereta.tak sangka lak penipuan
ReplyDeletePerkara ni dah lama berlaku..
ReplyDelete