Musim kemarau. Perasan tak sekarang ini ada banyak nyamuk? Entah datang dari mana tiba-tiba nyamuk menyerang. Tiada air bertakung kerana tiada hujan tapi nyamuk buat kita naik gila. Siang macam tiada nyamuk, tapi bila malam, adui!
Ada juga orang lebih digemari oleh nyamuk. Habis badannya bintat-bintat. sedangkan orang lain relex jer. Berikut beberapa sebab kenapa nyamuk suka menyerang seseorang berbanding orang lain. Adakah anda orang malang itu?
Karbon dioksida
Nyamuk suka karbon dioksida. Ia menghidu mangsa melalui bau karbon dioksida. Seorang yang kuat bernafas (heavy breathers) lebih menarik minat nyamuk untuk menggigitnya. Sebab itu nyamuk suka menggigit orang yang tidur dan di sekitar muka kerana di sana kita mengeluarkan karbon dioksida. Wanita mengandung juga menarik minat nyamuk kerana dia mengeluarkan 21% lebih banyak karbon dioksida.
Arak
Nyamuk gemar orang yang minum arak. Minumlah beer atau apa-apa saja arak, nyamuk akan berarak ke arah anda dengan gembira. Ini kerana peminum arak akan mengeluarkan bau yang meningkatkan tahap keboleh-upayaan nyamuk mengesan si mangsa.
Darah O
Ini paling menyampah. Orang berdarah O digemari oleh nyamuk berbanding dengan darah A atau lain-lain. Orang darah O dikatakan mengeluarkan bau semulajadi sebagai penarik nyamuk. Darah O ini dikira donor, kerana darahnya boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit. Tapi kerana nyamuk suka memberi penyakit maka ia juga suka pada darah O.
Haba Panas
Nyamuk suka pada haba yang agak panas. Sebab itu ia banyak di kawasan iklim tropika. Jika seseorang mengeluarkan haba panas, misalnya berpeluh kerana menjalani workout, nyamuk juga akan datang untuk menghisap darahnya.
Banyak steroids dan kolestrol.
Nyamuk suka pada orang yang banyak steroid dan kolestrol di kulit. Kalau seseorang itu memakan ubat yang mengandungi steroid (contohnya tongkat ali), atau penggemar makanan yang banyak kolestrol (goreng-goreng), mungkin akan menjadi makanan hidangan nyamuk.
Bau hapak
Nyamuk suka kepada bau hapak, misalnya bau stokin yang tak dibasuh. Sebab itu nyamuk gemar tempat tertutup seperti almari dan sering menghurung kaki. Ini kerana kaki mengeluarkan peluh yang mungkin terdapat dicelah-celaj jari.
Warna gelap
Nyamuk suka mendekati orang yang memakai baju warna gelap. Warna hitam, biru dan merah digemari oleh nyamuk. Nyamuk akan menyorok di kawasan yang gelap di rumah anda, misalnya di celah-celah perabut gelap. Sebab itu juga nyamuk menghurung kepala bagi orang yang rambut hitam.
Kulit lembut
Nyamuk suka kulit yang lembut kerana mudah ia menggigit. Ini menyebabkan orang yang berkulit cerah lebih disukai nyamuk berbanding yang berkulit gelap (hitam). Anehnya nyamuk tidak begitu menggigit bayi kerana bayi kurang mengeluarkan bau yang digemari nyamuk.
Minyak wangi
Ada beberapa minyak wangi yang menarik nyamuk. Ini bergantung kepada ingredien minyak wangi tersebut. Minyak wangi yang berbau seperti bunga lebih menarik perhatikan nyamuk berbanding dengan wangian lain.
Jogging
Walaupun nyamuk suka menghurung orang yang tidur, tapi ia juga suka orang yang berjogging waktu pagi dan senja. Ini kerana orang yang berjogging akan bernafas kuat, berpeluh dan badan menjadi lebih panas. Nyamuk boleh menghidu bau peluh dan karbon dioksida orang yang berjogging ini walaupun dari jauh. Setelah mengetahui apa yang digemari nyamuk, kita boleh mencuba untuk mengelak dari digigit nyamuk.
Tapi bagi yang berdarah O, maaflah…tak boleh buat apa-apa kerana darah itu keturunan. Tapi anda masih boleh mengurangkan serangan nyamuk dengan mengelakkan diri dari perkara yang menarik perhatikan nyamuk.
Selain daripada itu carilah apa-apa remedy semulajadi yang boleh digunakan untuk menghalang pembiakan nyamuk dan menghapuskannya. Jika ada yang ingin menambah point, dipersilakan.
SUMBER: http://insects.about.com/od/flies/a/how-to-get-mosquito-bites.htm
http://www.universityherald.com/articles/3881/20130715/top-5-reasons-why-mosquitoes-bite-people-more-others.htm
No comments:
Post a Comment