Showing posts with label Musa Hassan. Show all posts
Showing posts with label Musa Hassan. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012

HISHAMUDDIN MENCAMPURI URUSAN POLIS - MUSA HASSAN

DEWAN Pemuda Pas Pusat memandang serius terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis.

Musa dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan oleh Hishammuddin.

Pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis tersebut tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ia melibatkan persoalan integriti pasukan polis Malaysia.

Tindakan Hishammuddin tersebut menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Jesteru itu, Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan lanjut dan dakwaan terhadap campur tangan Menteri Dalam Negeri terhadap pasukan polis yang dibongkarkan baru-baru ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku.

Dewan Pemuda Pas Pusat juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri bercuti sehingga siasatan yang dibuat itu selesai. Beliau perlu bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Dewan Pemuda Pas Pusat berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata. Sumber

Sunday, 21 October 2012

MUSA HASSAN - JANGAN JADI PENYIBUK URUSAN ORANG LAIN....




KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi susulan keputusan beliau menggugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider malam tadi, Musa berkata perbincangan dengan Anwar adalah berbentuk peribadi dan berharap pihak tertentu berhenti daripada terus membuat pertikaian dalam isu tersebut.

“Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar.

“Ini cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi dan saya berharap tidak perlu pihak lain untuk terus mencampuri urusan saya dengan Anwar,” kata Musa.

Kes tuntutan saman ke atas ketua pembangkang tersebut telah ditarik balik oleh Musa atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Musa yang ditemui diluar mahkamah menerangkan keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut diambil selepas beliau diberitahu berlaku “salah faham” dalam peranannya di dalam kes saman tersebut.

“Saya diberitahu terdapat salah faham tentang peranan saya di dalam kes yang difailkan ke mahkamah ini melibatkan insiden mata lebam disebelah pihak defendan.

“Jadi saya menerima cadangan untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah,” kata Musa.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Ekoran keputusan tersebut, pelbagai khabar angin tercetus antaranya dakwaan bekas KPN tersebut akan menyertai PAS yang kemudiaannya dinafikan beliau.

Baru-baru ini beberapa pegawai tinggi kerajaan beragama Islam, termasuk bekas ketua setiausaha, bekas pegawai-pegawai khas serta pesara polis dan tentera menyertai PAS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Antaranya bekas Ketua Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan bekas naib presiden Felcra Berhad Datuk Ramli Buyong.

Dalam sebuah temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Musa telah memuji tindakan Fauzi menyertai PAS tetapi berkata beliau tidak akan mengikut jejak yang sama.

“Selepas ini, dia boleh mengajar PAS tentang undang-undang negara”, ujar Musa mengenai Fauzi ketika itu, sambil menambah bahawa beliau telah menolak lamaran dari sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Selain PAS, parti komponen PR adalah PKR dan DAP.

“Adalah lebih baik untuk orang seperti saya (bekas Ketua Polis Negara) untuk menjauhkan diri dari politik”, kata beliau kepada The Malaysian Insider pada bulan Julai lalu.

-malaysianiInsider-

Wednesday, 17 October 2012

BIAR BETUL !!! MUSA HASSAN PUN SERTAI PAS ???



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai PAS.

Sinar Harian melaporkan Musa berkata keputusannya menarik balik kes saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angn bahawa beliau akan menyertai PAS.

"(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan 

kes semalam,” kata beliau.Ketika ditanya dakwaan yang tersebar laman siber bahawa beliau akan menyertai PAS, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata:

"Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

"Lagipun sama ada PAS ataupun UMNO, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,”
kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos. seterusnya

Sunday, 27 May 2012

BIAR BETUL !!! ULASAN MUSA HASAN


Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.

pT
Setuju dengan bekas IGP Musa Hassan. Kenapalah polis luluskan dua ceramah ditempat yang berhampiran. Takkanlah Menteri Amaran tak tahu langsung? Pelik kan!!!! Apa pun perkara sudah berlaku. Mungkin sesetengah pemimpin suka melihat rakyat bercakaran sesama sendiri.Atau sengaja provokasi agar dunia melihat negara kucar kacir. Kebarangkalian untuk berlaku huru hara semakin terlihat kalau inilah cara pihak berkuasa menangani isu. Fikir-fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive