Showing posts with label koridor. Show all posts
Showing posts with label koridor. Show all posts

Wednesday, 19 March 2014

Penumpang MH370 Tidak Sedar Pesawat Dirampas & Dilencong??? #PrayForMH370


Dengan cuaca yang amat baik, pada jam 12.41 pagi Sabtu, pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 berlepas daripada KLIA menuju Beijing, destinasi terakhir pesawat itu.

Pesawat selain membawa 239 penumpang dan 12 krew juga lebih 4 tan buah manggis, buah tempatan yang dikatakan anti ketuaan. Jumlah buah manggis yang banyak itu yang diangkut dengan pesawat itu kini dicurigai, kemungkinan telah dipasang bom yang menyebabkan pesawat meletup di udara. Namun, berasaskan data satellite, pesawat tidak meletup, atas sebab, pesawat meneruskan penerbangan selama 7 jam, kerana blips pesawat malang itu kali terakhir diterima pada pukul 8.11 pagi 8 Mac, satu setengah jam, seharusnya pesawat malang itu mendarat di Beijing.

Penerbangan hanya kurang sejam, apabila pesawat MH370 hilang daripada radar. Jam 1.30 pagi, mutlak pesawat hilang daripada radar menara Subang, namun pada 2.15 (sebelum ini 2.40) radar militeri mengesan pesawat itu 200 batu nautika di utara Pulau Pinang, radar Thailand juga mengsahkan bahawa pesawat malang itu sedang terbang pada laluan itu.

Masa kurang sejam, kemungkinan krew belum menghidangkan makanan atau minuman. Mungkin tanda amaran pasangkan tali pinggang baru dipadamkan. Tambahan lagi, tiada sebarang panggilan kecemasan baik daripada pilot/co-pilot atau penumpang yang mengsahkan bahawa pesawat dalam kecemasan misalnya di rampas.

Tahun 2001, apabila 4 pesawat dirampas untuk mencipta 9/11, block box pesawat, ACARS dipenuhi suara panggilan penumpang yang sedang panik; akan tetapi bagi pesawat malang MH370, panggilan itu tidak berlaku antara pukul 12.41-1.30. Mungkin penyebab tidak diterimanya panggilan, atas sebab ACARS pesawat itu tertutp selang 14 minit antara satu jam 1.07 dan 1.21. Ketiadaan panggilan itulah, ketiadaan data yang dihantar ACARS, menyebabkan pihak pasukan mencari dan menyelamat membuat kesimpulan bahawa sistem komunikasi pesawat malang itu ditutup dengan sengaja.


Pesawat selama sejam terbang dengan kelajuan 400 knots arah timur kelantan dengan ketinggian 35,000 atas permukaan laut dan sedang bersiap memasuki ruang udara Vietnam, co-pilot sempat memberi salam terakhir pada menara Subang dengan kata-kata "All Right, Goodnight" kata-kata diluar kebiasaan sebelum pesawat malang itu hilang sepenuhnya daripada radar.

Seorang juruterbang yang berpusat di Narita Jepun, berjaya berhubung menggunakan saluran kecemasan dengan pesawat malang itu atas permintaan menara kawalan Vietnam, atas sebab, menara kawalan negara itu, gagal berkomunikasi dengan pesawat malang itu, kerana adalah satu kebiasaan, apabila pesawat penerbangan komersial memasuki ruang udara sesebuah negara, maka menara kawalan udara negara itu akan mengambil alih kawalan kepada sesebuah pesawat.

Juruterbang yang berpusat di Narita, Jepun itu berkata bahawa semasa berkomunikasi dengan co-pilot pesawat malang itu kira-kira 1.30 pagi, keadaan kokpit pesawat MH370 sungguh bising, sehingga percakapan dengan co-pilot tidak jelas dan tidak difahami (kerana semacam mumbling) kemudian percakapan terputus. Terputusnya hubungan adalah perkara biasa antara pesawat terbang.

Walaupun terputus hubungan dengan menara Subang, pihak Mas, tidak merasa panik, atas sebab itu, syarikat itu memerlukan sekurang-kurangnya 9 jam sebelum membuat pengumuan bahawa pesawat MH370 dipercayai hilang. Kemudian, Pemangku Menteri pengakutan dan Menteri Pertahanan memerlukan masa lebih 12 jam sebelum membuat sidang akhbar berkaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Selepas 12 hari kehilangan pesawat MH370, pasukan pencari dan penyelamat, masih clueless berkaitan kehilangan misteri pesawat malang itu. Hanya data satellite digunapakai bagi menghidupkan peluang mencari dan menyelamat pesawat malang itu. Data satellite tidak dapat mengetahui lokasi pesawat, atas sebab itu liputan pencarian dan menyelamat kini di bahagi kepada dua koridor luas, selatan dan utara yang meliputi 2.3 juta persegi batu nautika.

Operasi mencari dan menyelamat, terkekang, atas sebab tiadanya panggilan daripada pesawat malang itu; dan atas ketiadaan panggilan itu, besar kemungkinan penumpang tidak menyedari bahawa pesawat dilencongkan atau dirampas. Penumpang terperangkap dengan tindakan yang berlaku dalam pesawat secara mendadak, besar kemungkinan semuanya pingsan, semasa pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut, di atas limit yang dibenarkan. Menerbangkan pesawat dengan ketinggian itu, dengan saluran oksigen yang ditutup, menyebabkan penumpang "knock out". - Sumber

Misi Pencarian MH370 Di Perluaskan 2.2Juta Batu Nautika Persegi - Hishammuddin #PrayForMH370

Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 mencapai satu dimensi antarabangsa yang baharu meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang dipanggil sebagai Koridor Selatan dan Utara.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kawasan itu amat luas dan ia merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan Malaysia secara bersendirian.

"Oleh itu, saya amat gembira begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, kawasan mencari bagi koridor utara dan selatan itu dibahagikan kepada tujuh kuadran dengan setiap kawasan kuadran dianggarkan 160,000 batu nautika persegi.

"Pencarian itu masih diselaraskan oleh Malaysia manakala rakan-rakannya mengambil peranan yang semakin penting untuk menyusun dan menjalankan operasi di wilayah mereka sendiri dan dalam sektor pencarian yang dipersetujui," katanya dalam sidang media mengenai kemajuan operasi mencari dan menyelamat Penerbangan MH370 di sini, Selasa.

Penerbangan MH370 ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari pesawat itu yang disertai pelbagai negara setakat ini, masih belum berhasil.

Hishammuddin berkata dari segi logistik, sejak 24 jam lalu Malaysia berusaha keras dengan negara-negara lain dengan menumpukan kawasan pencarian di koridor berkenaan.

Katanya, operasi mencari itu memfokuskan kepada empat tugas; mengumpul maklumat daripada pemantauan satelit, menganalisis pemantauan data radar, meningkatkan aset di udara dan daratan dan meningkatkan jumlah pakar teknikal dan perkara berkaitan.

Di koridor selatan, beliau berkata Australia dan Indonesia bersetuju mengetuai pencarian koridor di kawasan masing-masing dan begitu juga di koridor utara, China dan Kazakhstan bersetuju mengetuai pencarian di kawasan terdekat dengan negara mereka.

"Bagi aset udara dan daratan, saya telah bercakap dengan hampir kesemua para pemimpin Asean untuk memohon sokongan seterusnya termasuk aset dengan keupayaan mengesan bagi pemantauan laut dalam.

"Kita juga meminta rakan-rakan di peringkat antarabangsa yang telah membantu kita sebelum ini supaya meneliti semula data radar utama mereka," kata Hishammuddin.

Beliau berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakkan dua buah kapal lagi ke koridor selatan. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga menggerahkan dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia bagi pencarian di koridor selatan.

Negara-negara lain yang menyumbang aset-aset ialah Amerika Syarikat yang menggerakkan sebuah pesawat P-8 Poseidon, dan akan menggerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion selain Australia yang mengerahkan tiga pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat Hercules C-130.

"New Zealand juga mengerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion untuk menyokong usaha pencarian yang dibuat Australia. Korea pula menjanjikan masing-masing sebuah pesawat P-3 Orion dan Hercules C-130," katanya.

Jepun pula menjanjikan dua pesawat P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula masing-masing sebuah pesawat C-17 dan Bombardier Dash-8, katanya. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive