Showing posts with label faizah khan. Show all posts
Showing posts with label faizah khan. Show all posts

Monday, 24 March 2014

MH370 - FBI Siasat Isteri Juruterbang??? #PrayForMH370

Isteri kepada juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Faizah Khan akan disoal siasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut.
Daily Mirror melaporkan ejen perisikan Amerika itu akan menerajui siasatan berhubung latar belakang juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar) dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

Bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

"Nampaknya tiada apa dalam kehidupan Fariq yang dapat menjurus kepada motif rampasan."Bagaimanapun kehidupan peribadi Zaharie jauh lebih rumit dan kami dalam proses untuk membongkarnya,” kata sumber kepada Daily Mirror.

Siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungannya terhadap politik, menurut laporan itu.

FBI juga berminat untuk menyiasat panggilan telefon yang diterima Zaharie oleh seorang wanita misteri yang menggunakan identiti nombor telefon bimbit palsu dua minit sebelum berlepas.

Tiga simulator penerbangan di rumah Zaharie iaitu Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X-Plane 10 diharap dapat menjadi petunjuk kepada FBI, kata Daily Mail.

Katanya, cakera keras simulator berkenaan turut diperiksa FBI bagi mendapatkan petunjuk mengenai apa yang berlaku atau fail yang dipadamkan.

Polis Diraja Malaysia pada Ahad menafikan laporan akhbar British, Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata.‎TMI

Faizah Khan Isteri Kapten Zaharie #PrayForMH370

Faizah Khan isteri kapten Zaharie Ahmad Shah yang dilaporan sudah berpisah.

Baca di bawah laporan spekulasi bodoh media Msia dan Barat yang cuba memburuk burukkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Faizah Khan serta semua keluarga:

Malah maklumat nama ahli keluarga Kapten Zaharie juga tidak dapat diperolehi oleh pemberita. Tidak seperti kebanyakan keluarga penumpang dan krew pesawat yang lain yang mana telah berada di lapangan terbang sejak hari pertama menantikan berita terkini mengenai insiden itu.

Perkara itu bukan sahaja disedari oleh orang awam yang sentiasa mengikuti berita kehilangan pesawat ini. Media antarabangsa seperti The Mirror, The Huffington Post dan The Telegraph turut menimbulkan persoalan dimanakah lokasi “keluarga” kapten Zaharie sekarang.

Menurut Laporan The Mirror, isteri dan tiga anak Kapten Zahari telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum berlakunya insiden MH370 itu.

Walaupun Pihak Berkuasa Malaysia mengatakan siasatan tidak tertumpu kepada kapten pesawat, namun kini jelas kapten Zaharie menjadi individu yang menjadi tumpuan dunia.

Melalui pendedahan gempar akhbar tabloid DailyMail semalam menjelaskan faktor kecenderungan penglibatan Kapten Zaharie dalam politik menjadi salah satu punca rampasan pesawat berlaku.

Kapten Zaharie dikatakan penyokong “Fanatik” Anwar Ibrahim. Beliau juga didakwa menghadiri perbicaraan Kes Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum penerbangan MH370.

Justeru, akhbar berpangkalan di Britain itu mendakwa keputusan Mahkamah yang tidak memihak kepada ketua pembangkang mungkin menjadi faktor kelakuan “luar jangka” Kapten Zaharie.

Selain itu, satu laporan portal berita mendakwa Anwar mengakui mengenali juruterbang pesawat berkenaan.

“Sebahagian yang saya kenal, termasuk juruterbang,” ujar Anwar di Dewan Rakyat, Khamis lalu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong, mengaitkan isu SAR kehilangan MH370 kononnya berpunca kelemahan kerajaan. Lapor bnbbc.my.

Walaubagaimanapun, melalui laporan berita Sinar Harian hari ini, Anwar Ibrahim tampil menafikan kaitan faktor “kesedihan” Kapten Zaharie dengan keputusan kes Mahkamahnya. - TTO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive