Showing posts with label kapten zaharie. Show all posts
Showing posts with label kapten zaharie. Show all posts

Monday, 31 March 2014

Tragedi MH370!!! Pendedahan Isteri & Anak Kapten Zaharie???

Menurut Daily Mail, Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.

Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu. Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya. Sementara itu,

Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya, “dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini. Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.

“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!” Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya. Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga. Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya. Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. - DAILY MAIL

Monday, 24 March 2014

Faizah Khan Isteri Kapten Zaharie #PrayForMH370

Faizah Khan isteri kapten Zaharie Ahmad Shah yang dilaporan sudah berpisah.

Baca di bawah laporan spekulasi bodoh media Msia dan Barat yang cuba memburuk burukkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Faizah Khan serta semua keluarga:

Malah maklumat nama ahli keluarga Kapten Zaharie juga tidak dapat diperolehi oleh pemberita. Tidak seperti kebanyakan keluarga penumpang dan krew pesawat yang lain yang mana telah berada di lapangan terbang sejak hari pertama menantikan berita terkini mengenai insiden itu.

Perkara itu bukan sahaja disedari oleh orang awam yang sentiasa mengikuti berita kehilangan pesawat ini. Media antarabangsa seperti The Mirror, The Huffington Post dan The Telegraph turut menimbulkan persoalan dimanakah lokasi “keluarga” kapten Zaharie sekarang.

Menurut Laporan The Mirror, isteri dan tiga anak Kapten Zahari telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum berlakunya insiden MH370 itu.

Walaupun Pihak Berkuasa Malaysia mengatakan siasatan tidak tertumpu kepada kapten pesawat, namun kini jelas kapten Zaharie menjadi individu yang menjadi tumpuan dunia.

Melalui pendedahan gempar akhbar tabloid DailyMail semalam menjelaskan faktor kecenderungan penglibatan Kapten Zaharie dalam politik menjadi salah satu punca rampasan pesawat berlaku.

Kapten Zaharie dikatakan penyokong “Fanatik” Anwar Ibrahim. Beliau juga didakwa menghadiri perbicaraan Kes Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum penerbangan MH370.

Justeru, akhbar berpangkalan di Britain itu mendakwa keputusan Mahkamah yang tidak memihak kepada ketua pembangkang mungkin menjadi faktor kelakuan “luar jangka” Kapten Zaharie.

Selain itu, satu laporan portal berita mendakwa Anwar mengakui mengenali juruterbang pesawat berkenaan.

“Sebahagian yang saya kenal, termasuk juruterbang,” ujar Anwar di Dewan Rakyat, Khamis lalu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong, mengaitkan isu SAR kehilangan MH370 kononnya berpunca kelemahan kerajaan. Lapor bnbbc.my.

Walaubagaimanapun, melalui laporan berita Sinar Harian hari ini, Anwar Ibrahim tampil menafikan kaitan faktor “kesedihan” Kapten Zaharie dengan keputusan kes Mahkamahnya. - TTO

MH370 - Kapten Zaharie Terima Panggilan Misteri Sebelum Berlepas???


Polis hari ini menafikan fitnah ada panggilan misteri Kapten Zaharietersebut melalui IGP Khalid Abu Bakar. Apakah laporan Straits Times Singapore mahu mengikut liputan spekulasi ala ala tabloid UK Daily Mail.

PETALING JAYA: Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.

Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, lapor The Mail, Ahad.

Penyiasat melihatnya sebagai satu potensi petunjuk yang penting kerana sesiapa sahaja yang membeli kad sim pra-bayar di Malaysia perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

Diperkenalkan sebagai langkah anti-keganasan selepas peristiwa 9/11, ini bagi memastikan setiap nombor adalah berdaftar dan boleh dijejaki.

Tetapi dalam kes ini polis hanya mengesan nombor tersebut diperolehi dari kedai yang menjual kad sim di Kuala Lumpur.

Mereka mendapati ia telah dibeli ‘baru-baru ini’ oleh seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi telah menggunakan identiti palsu.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie, 53, dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad sim yang tidak boleh dikesan.

Mereka yang lain yang telah bercakap dengan juruterbang itu melalui telefon beberapa jam sebelum penerbangan berlepas telah ditemuramah.

Dalam perkembangan berasingan, The Mail pada Ahad difahamkan bahawa penyiasat kini bersedia untuk menyoal isteri Zaharie yang dikatakan telah berpisah dengan suaminya itu dengan lebih terperinci.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, tetapi difahamkan masih tinggal sebumbung.
Pemanggil misteri muncul apabila penyiasat Malaysia meneliti rekod telefon Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat berminat untuk mengesan pemanggil dan menemu bual mereka, walaupun mereka menegaskan hakikat bahawa kad sim itu telah didaftarkan dengan kad identiti yang tidak wujud tetapi ia tidak semestinya menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan jenayah atau keganasan. - The Straits Times / ANN / MStar

Sementara itu hari ke 16 operasi mencari kapal terbang MAS hilang pesawat MH370 giat dijalankan dengan data satelit terbaru dari Perancis mendakwa menemui objek di perairan Australia Lautan Hindi. - Sumber

Tuesday, 18 March 2014

Laman FB & Instagram Kapten Zaharie Dipercayai Ditutup Ahli Keluarganya #Pray4MH370



Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang dipandu Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebelum ini, media antarabangsa Daily Mirror melaporkan bahawa isteri Zaharie bersama tiga orang anaknya telah keluar ke luar negara sehari sebelum kejadian pesawat tersebut hilang.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian juga mendapati Facebook dan Instagram Zaharie telah ditutup dan dipercayai dilakukan oleh ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang menjejas imej keluarga.

Manakala, akuan Twitter beliau juga tidak mempunyai sebarang status lama dan kekal kosong. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive