Showing posts with label #pau2012. Show all posts
Showing posts with label #pau2012. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012

'PR IBARAT NAGA GERGASI SEDANG TIDUR" - ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekehkan Umno yang dikatakan memperoleh keyakinan semula pengundi dengan mengatakan pemimpin parti tersebut tidak mampu mendapat sokongan akar umbi dengan hanya “menginap di hotel 5 bintang, menghabiskan masa di lobi dan menghisap curut”.

“Ini yang mereka bincang dengan rakan-rakan mereka,” kata beliau dalam satu sidang akhbar hari ini bagi menjawab isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-66 yang baru berakhir.

Ketua pembangkang tersebut juga berkata beliau tidak sedikit pun bimbang dengan ramalan pilihan raya parti pemerintah tersebut selepas memerhati secara dekat perhimpunan empat hari tersebut dan sebaliknya menyamakannya sebagai perlakuan “keangkuhan menyimpang” oleh kepimpinan parti utama Barisan Nasional itu.

Beliau mendakwa perwakilan Umno lebih banyak menyerang Pakatan Rakyat (PR) daripada membangkitkan isu utama yang dihadapi oleh rakyat seperti kesusahan ekonomi, penggangguran, rasuah dan kemiskinan.

Tema pada perhimpunan itu adalah “kuasa”, kata Anwar yang juga mendapati pemimpin parti tersebut kemaruk bertukar pandangan cara untuk kekal “berkuasa” dengan apa cara sekalipun.

“Jadi, saya sedikit pun tidak risau.

“Mereka lihat PR dan saya sebagai ancaman utama.

“Mereka dalam ketakutan melihat naga gergasi yang sedang terbaring menanti untuk musnahkan mereka,” kata bekas pemimpin tertinggi Umno itu lagi.

Perhimpunan Umno empat hari minggu lepas memperlihatkan delegasi memperoleh semangat baru terhadap peluang BN di peti undi, malahan terdapat juga segelintir mengakui mereka bukan sahaja akan meraih majoriti dua pertiga di parlimen tetapi menawan semula empat negeri yang ditadbir PR iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Berbeza sebelum ini dimana peluang BN nampak sukar, rata-rata delegasi yang ditemui selepas perhimpunan dengan cepat membuat kesimpulan kemenangan BN, walaupun kerajaan DAP di Pulau Pinang yang dikatakan sukar tumbang.

Namun, Anwar berkata hari ini bahawa sikap angkuh Umno tidak mengejutkan dan berpendapat perjalanan perhimpunan tersebut menunjukkan parti tersebut hanya tahu menggunakan isu bangsa dan agama sebagai cara untuk “pecah dan perintah”.

Beliau mengingatkan tentang kenyataan oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menggunakan isu “tragedi 13 Mei” semasa perhimpunan sayap sebagai untuk menakutkan penyokong PR berbangsa Melayu dan menuduh bekas menteri tersebut cuba menyemai persengketaan antara Melayu dengan bukan Melayu.

Beliau kemudiaan mengulangi cabarannya kepada perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengatakan ia landasan terbaik buat mereka untuk menyakinkan rakyat Malaysia ke atas kredibiliti mereka. Sumber

Saturday, 1 December 2012

VIDEO !!! #PAU2012 - DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN ULAS UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO SERTA PANDANGAN TERHADAP KERAJAAN PAS KELANTAN...



Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek b. Hussin memberi ulasan dan pandangan beliau terhadap ucapan dasar Presiden UMNO DS Najib Razak. Pandangan belaiu terghadap kerajaan Pas Kelantan juga perlu diambil perhatian oleh penduduk Kelantan amnya.

PT
Pas tidak mampu dan tidak mempunyai kepakaran, kebijaksanaan dan peruntukan mencukupi untuk menyelesaikan masalah itu walaupun telah diberi peluang lebih 22 tahun memerintah.. 


VIDEO !!! #PAU2012 - ZAHIDA ZARIKH KHAN ULAS UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO



Exco Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan ramah mesra dan sentiasa tersenyum ketika ditemuramah dan beliau mengulas sedikit ucapan YAB Presiden UMNO mengikut sudut pandangnya. Merangkap Ketua Puteri Pandan juga mempelawa orang ramai termasuk perwakilan menderma darah pada kempen derma darah yang di adakan oleh Pergerakan Puteri Umno Malaysia. Derma jangan tak derma...
 

Friday, 30 November 2012

VIDEO !!! #PAU2012 - RUPANYA PAS KETURUNAN SAMA DENGAN ABU NAWAS ???



Begitulah kelicikan pemimpin kononnya berpandukan Islam sebagai panduan politik, namun apapun helah mereka rakyat khasnya di Kelantan sudah masak dengan cara politik sebegini dan tidak lagi akan memberi peluang yang ternyata silap sebagaimana yang telah diberikan lebih 22 tahun mentadbir negeri Kelantan.Lihat sendiri apa yang dibohongi oleh pemimpin Pas kepada rakyat Kelantan ??? 

Belawok,menipu dan auta oleh pemimpin Pas telah menjadi asam garam kepada rakyat Kelantan. Mereka ingat semua rakyat Kelantan ni boleh diperbodohkan oleh besarnya serban dan labuhnya jubah yang dipakai oleh para lebai dan ostad Pas.Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

VIDEO !!! #PAU2012 - NIK AZIZ BEDAL TANAH DI KELANTAN ???




Ramai nya kaki soglap balak di kelantan darul pas ni……pak pak lebai pas semua kaya raya di Kelantan tunjuk susah pakai sereban pun seminggu tak basuh duduk luar kelantan punya lah semart habis.Sampai tak kenal-lebai ke lebah rakyat biar susah asalkan lebai-lebai ni senang tak apa. 

Rakyat Kelantan bukan tahu pun lebai-lebai ni orang kaya, sebab tu lebai malang tak mahu majukan Kelantan takut rakyat yang tinggal dikampung-kampung yang jauh tu pandai buka internet dan pandai tulis blog nanti habis lebai-lebai malang kantoi.

Rakyat kelantan yang bukan taksub pada lebai-lebai ni harap bukalah mata buka hati pandang kehadapan untuk anak cucu kita masa hadapan pada yang taksub biarkan mereka terjun dengan lebai-lebai malangnya ke dalam sungai Kelantan.


Foto !!! #PAU2012 - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 oleh @NajibRazak

"Jika kecundang, kita akan terbangsat dan merempat di tanah air sendiri.." Petikan ucapan PM"







































0 comments:

FOTO !!! #PAU2012 PAK HABIB DITAHAN POLIS DI PWTC - HINA SULTAN JOHOR ???


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.


“Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah,” ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.


Sambungannya di sini 

Thursday, 29 November 2012

FOTO !!! #PAU2012 - AIRMATA KETUA UMNO BAHAGIAN KUBANG KERIAN ADA MAKNA ???



Foto yang dicilok dari blog MKP menunujukkan Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian sedang menitiskan air mata ketika Presiden Umno berucap merasmikan Perhimpunan Agong UMNO, Najib turut menyifatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin lidah bercabang yang mempunyai rekod buruk menguruskan ekonomi ketika menjadi Menteri Kewangan.


SETERUSNYA SILA BACA DI SINI

VIDEO !!! LIVE #PAU2012 SAMPAI HATI PM COP ANWAR SI 'KITOL MODEN'




"Waima, sudah 12 kali pilihan raya umum dijalankan di negara ini.

"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi,"

"Kita tahu, mereka lakukan ini sebagai tindakan awal jangka. Sebab, seandainya mereka kalah dalam pilihan raya nanti, bukan faktor tidak mendapat sokongan rakyat akan dibangkitkan namun, pihak SPR lah yang akan disalahkan dan dianggap tidak adil serta tidak berwibawa,"

"Beliaulah yang menggunapakai dasar maya Dana Kewangan Antarabangsa atau IMF bagi menangani krisis ekonomi ketika itu."

"Semua orang mengetahui IMF masa tersebut diketuai oleh sahabat karibnya. Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh Kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan."


"Jelasnya, tiada orang boleh meneka watak sebenar beliau yang secara terang-terang mendukung usaha menjamin keselamatan Israel.

"Akan tetapi, apabila kerajaan membentang usul mengecam Israel di Parlimen... dah... dia menyokong pulak...heran..heran...,"

VIDEO !!! LAGI PENCACAI UPAHAN PAS MEROYAN DI #PAU2012 PWTC







Betul ke ada penyokong PAS datang mengamuk 
di PWTC tengah hari tadi?? 

Jubah dan serban boleh dikira unifom rasmi PAS ke?? 
Itu sunnah, bukan unifom.

Bukan... Saudara ni sebenarnya sedang promosikan buku tentang 
kesesatan Anwar Ibrahim berkaitan pluralisme agama
di satu sudut jualan dalam bangunan PWTC. 

Pakat yengok video sambil mendengar sedikit keterangan dari saudara
 serban ni mengenai kesesatan Pak Sheikh ... Sumber

ABBY TAK PUAS HATI RAMAI ARTIS HADIR DI #PAU2012



Dynas dan Serena hadir di #PAU2012 adalah untuk berniaga dan mempromosi produk beliau takkan menjual barang/produk salah dari sisi Islam dan tak berpakaian seksi walaupun lebih popular dari Abby ??

Barangkali kerana rasa ketidajpuasan hatinya maka di dalam twitternya Abby ada mengatakan yang artis-artis di Malaysia kena sedar kerana mereka sudah dijauhkan daripada agama. Ostazah abby juga turut mengecam artis-artis Malaysia yang dikatakan takut pada UMNO.





Mungkin Ostazah Abbiey merindui saat-saat dirinya yang top dahulu...sebab itu timbul rasa tidak puas hati kepada artis lain...




Jumlah pengunjung yang hadir pada setiap kali PAU mencecah 10ribu takkan tak nak ambil peluang ......Lainlah macam abby buat ceramah minta duit dari orang kampung......Jika berniaga ada jugak barang yang dijual tapi ceramah politik buat duit..lagi satu..boleh la abby promosi dirinya..maklumlah sudah lama kegersangan akibat bekas suaminya yang nekad menceraikan dan berkahwin dengan pucuk muda....sehigga sekarang abbiey masih menanti ostad ayau lebai Pas menghuni hatinya yang sudah lama kesepian....

VIDEO !!! PENCACAI ROYALTI YANG DIUPAH NIK AZIZ DI'HAMBAT' ...


Pencacai 'Royalti' mula melakukan aktiviti terlebih masa lapang dan kurang kasih sayang mereka pada hari perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU2012) di PWTC, 2 hari lepas. Ketua Penerangan Pemuda Petaling Jaya Utara, Armand Azha telah bertindak bijak bila meminta mereka meninggalkan lokasi tersebut secara berhemah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kejadian yang tidak diingini oleh UMNO kerana tidak mahu perhimpunan keramat tersebut terganggu oleh kebebalan 4-5 ekor beruk. Tapi bukan bagi cacai 'Royalti', mereka sudah pasti merancang supaya berlaku provokasi dan suasana tegang bagi mencalar imej PAU2012 dan UMNO secara umumnya.


Tindakan Armand meminta mereka meninggalkan PWTC secara hemah membuatkan 4-5 ekor beruk tersebut kelihatan bodoh dan blur.

Diberitakan cacai 'Royalti' dengan jumlah yang lebih ramai akan melaram di PWTC pagi ini ketika berlangsungnya ucapan dasar oleh oleh Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak. Gua harap Armand juga sudah siap-siaga... bukan untuk mencampak mereka ke Sungai Gombak bersebelahan PWTC, tapi biar cacai tersebut terjun sendiri kerana kemaluan yang sangat besar! Sumber

PEMBANGKANG MENGGELUPUR KEPANASAN BILA MELIHAT #PAU2012


Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit. Pemimpin datang dan pergi, dengan yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.

Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.

Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.

‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO. Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri.

Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang. Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara. Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP.

Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah. Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan. Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira. Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu ‘BN K.O’.

Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa. Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama. Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan, mereka menuduh UMNO sebagai zalim. Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam.


Syukur, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang. UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati. Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.


UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya. Jika mereka dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.

Biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat keramat sebuah Perhimpunan UMNO.

Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu. Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan. Sumber

Wednesday, 28 November 2012

FOTO !!! MELAYU BAWA AMANAT LIM KIT SIANG JADI PM #PAU2012???

SEMALAM satu kumpulan puak taik pakatan telah menceroboh PWTC semasa sidang perasmian oleh Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak. Mujur ada pemuda gagah berani saudara Arman Azha menghalau puak taik ni dari terus mencemarkan kawasan perhimpunan UMNO di sini.


Seterusnya lihat di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive