Tuesday, 4 December 2012

'PR IBARAT NAGA GERGASI SEDANG TIDUR" - ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekehkan Umno yang dikatakan memperoleh keyakinan semula pengundi dengan mengatakan pemimpin parti tersebut tidak mampu mendapat sokongan akar umbi dengan hanya “menginap di hotel 5 bintang, menghabiskan masa di lobi dan menghisap curut”.

“Ini yang mereka bincang dengan rakan-rakan mereka,” kata beliau dalam satu sidang akhbar hari ini bagi menjawab isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-66 yang baru berakhir.

Ketua pembangkang tersebut juga berkata beliau tidak sedikit pun bimbang dengan ramalan pilihan raya parti pemerintah tersebut selepas memerhati secara dekat perhimpunan empat hari tersebut dan sebaliknya menyamakannya sebagai perlakuan “keangkuhan menyimpang” oleh kepimpinan parti utama Barisan Nasional itu.

Beliau mendakwa perwakilan Umno lebih banyak menyerang Pakatan Rakyat (PR) daripada membangkitkan isu utama yang dihadapi oleh rakyat seperti kesusahan ekonomi, penggangguran, rasuah dan kemiskinan.

Tema pada perhimpunan itu adalah “kuasa”, kata Anwar yang juga mendapati pemimpin parti tersebut kemaruk bertukar pandangan cara untuk kekal “berkuasa” dengan apa cara sekalipun.

“Jadi, saya sedikit pun tidak risau.

“Mereka lihat PR dan saya sebagai ancaman utama.

“Mereka dalam ketakutan melihat naga gergasi yang sedang terbaring menanti untuk musnahkan mereka,” kata bekas pemimpin tertinggi Umno itu lagi.

Perhimpunan Umno empat hari minggu lepas memperlihatkan delegasi memperoleh semangat baru terhadap peluang BN di peti undi, malahan terdapat juga segelintir mengakui mereka bukan sahaja akan meraih majoriti dua pertiga di parlimen tetapi menawan semula empat negeri yang ditadbir PR iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Berbeza sebelum ini dimana peluang BN nampak sukar, rata-rata delegasi yang ditemui selepas perhimpunan dengan cepat membuat kesimpulan kemenangan BN, walaupun kerajaan DAP di Pulau Pinang yang dikatakan sukar tumbang.

Namun, Anwar berkata hari ini bahawa sikap angkuh Umno tidak mengejutkan dan berpendapat perjalanan perhimpunan tersebut menunjukkan parti tersebut hanya tahu menggunakan isu bangsa dan agama sebagai cara untuk “pecah dan perintah”.

Beliau mengingatkan tentang kenyataan oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menggunakan isu “tragedi 13 Mei” semasa perhimpunan sayap sebagai untuk menakutkan penyokong PR berbangsa Melayu dan menuduh bekas menteri tersebut cuba menyemai persengketaan antara Melayu dengan bukan Melayu.

Beliau kemudiaan mengulangi cabarannya kepada perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengatakan ia landasan terbaik buat mereka untuk menyakinkan rakyat Malaysia ke atas kredibiliti mereka. Sumber

2 comments:

  1. Tidur terus lagi baik macam naga2 yg pernah wujud di atas muka bumi sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. yang aku tahu naga belalai naga anwar paling hebat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive