Thursday, 27 December 2012

SIAPAKAH CALON ISTERI SULTAN BRUNEI ???


Nampaknya Sultan Brunei masih tercari-cari pengganti pengubat hati yang masih perit akibat perpisahan Baginda dengan isteri yang ke tiga, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar. Belum pun reda dengan berita perpisahan mengejut ini, rata-rata rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa dan mengapa boleh bercerai ? Apakah Azrinaz menolak tuah atau Sultan Brunei tersalah langkah ?


Kini gempar di Brunei dengan berita bahawa Sultan Brunei bakal gantikan tempat kedua isterinya yang diceraikan. Isteri kedua juga diceraikan bersama dengan Azrinaz. Jadi sekarang Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri iaitu Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sultan Brunei amalkan petua orang tua-tua, jangan ceraikan yang pertama kiranya nak kawin lagi, yang pertama tu "punca rezeki".

Gempar rakyat bukan sebarang gempar, gempar kini membawa angin yang kurang segar, angin rakyat mula kecewa, angin rakyat berbaur persoalan ;

* kenapa Sultan Brunei yang mereka sayangi memilih BUKAN rakyat mereka ?
* kenapa tergesa-gesa memilih calon isteri (akibat tidak buat penelitianlah maka terjadinya penceraian)
* kenapa pilih ISTERI ORANG ? (janda akibat orang ke 3)

Rakyat Brunei sayangkan Rajanya, sayangkan Sultannya, sudah berkali Sultan mereka kecewa, remuk hati bukan kepalang bila Istana yang dibina rupanya Istana Pasir, sekali ombak menderu, Istana yang disangka teguh rupanya hanyut, hancur berkecai.

Rakyat Brunei tumpang sedih dan kecewa, mereka masih merasa bahang dan bau kari di tangan kenduri besar-besaran Sultan mereka dengan personaliti TV3 dari Malaysia, masih berbahang menyambut kelahiran anak Baginda dengan Azrinaz, tiba-tiba ledakan lafaz cerai bergema di umumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Abu Bakar.

SETERUSNYA BACA DI
 [SINI]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive