Friday, 7 December 2012

DEMI GAZA SANGGUP JUAL MOTOR !!!

Kerana dihati penuh dengan bunga cinta kepada Islam dan Palestin, seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) sanggup menjual motosikalnya bagi menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 yang dijadual tiba di Palestin, hari ini.

Pelajar tersebut, Muhammad Mohibbuddin Shahul Hamid, merupakan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan bertolak ke Gaza bersama 120 sukarelawan dari seluruh negara, malam tadi.

“Saya sangat tersentuh dengan nasib mereka (penduduk Gaza) di sana dan ingin melihat sendiri tentang apa yang selama ini saya dengar dan tonton di media,” katanya ketika dihubungi Naib Canselor USM Prof Datuk Omar Osman di sini hari ini.


Antara pelajar lain yang turut menyertai misi itu ialah Abu Suffian Mansoor, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Komunikasi dan Nazurah Mohd Noh pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Misi tersebut telah membawa ubat-ubatan bernilai RM120,000 serta bantuan berjumlah RM315,000 untuk keluarga miskin dan RM300,000 bagi anak yatim di Gaza.

Dalam pada itu, Omar turut menasihati pelajar berkenaan supaya berhati-hati sepanjang misi itu dan mengucapkan tahniah atas keprihatinan dan pengorbanan yang dilakukan mereka.

“Mereka dijangka pulang ke tanah air 13 Disember ini dan setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya. Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive