Saturday, 1 December 2012

CELAKA PUNYA UNDANG2 PENJENAYAH PUKUL & ROMPAK ASYRAF DIBEBAS !!!

LONDON – Yang bersalah dibebaskan. Kelmarin, Mahkamah Rayuan Britain telah menggugurkan sabitan terhadap dua penjenayah yang sebelum ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah rendah kerana merompak pelajarMalaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, pada 8 Ogos tahun lalu ketika rusuhan di kota London yang lalu.

Penjenayah John Kafunda, 23, dari Ilford dan Reece Donovan, 25, dari Romford dibebaskan selepas mereka membuat rayuan berhubung keputusan Hakim James Patrick di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Mac lalu.

Kafunda telah dihukum penjara empat tahun, tiga bulan manakala Donovan pula dihukum lima tahun penjara kerana turut merompak pasar raya Tesco.

Kegiatan jenayah mereka iaitu merompak dan melakukan perbuatan ganas terhadap Asyraf dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Video yang menunjukkan dua penjenayah tersebut menyerang Asyraf di Barking, timur London telah ditonton berjuta-juta orang di laman YouTube.

Malangnya, Hakim Mahkamah Rayuan, Adrian Bruce Fulford dan Michael Bean telah memutuskan untuk membebaskan Kafunda dan Donovan secara terbuka walaupun pendengaran kes itu diadakan secara tertutup.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British, kedua-dua hakim itu akan memberitahu alasan mereka membebaskan penyerang Asyraf itu pada tarikh lain.

Ketika kejadian, Asyraf baru tiba sebulan di Britain untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Beliau sedang dalam perjalanan ke rumah rakannya untuk berbuka puasa.

Dalam video itu, Kafunda jelas dilihat berpura-pura membantu Asyraf yang cedera di muka setelah ditumbuk seorang lagi perusuh, Beau Isagba, 17, sebelum mencuri basikal miliknya. Isagba dihukum penjara tujuh tahun kerana menumbuk dan mencuri basikal Asyraf.

Bagaimanapun, ketika Kafunda berpura-pura membantu Asyraf, Donovan mencuri alat Sony Playstation dan 10 permainan bernilai RM1,519 dari dalam beg mangsa.

Rusuhan yang berlaku berpunca daripada bantahan penduduk kulit hitam terhadap kematian suspek penjenayah, Mark Duggan, 29, yang ditembak polis.

Penjayah tersebut, Kafunda dan Donovan sebelum ini telah menafikan mereka adalah lelaki dalam rakaman CCTV tersebut. Semasa perbicaraan berlangsung, Kafunda memberitahu, dia sejuta peratus pasti lelaki dalam CCTV bukan dirinya.

Dalampada itu, diberitakan pihak pendakwa raya tidak akan mengemukakan permohonan perbicaraan semula ekoran keputusan itu.

Asyraf mengalami kecederaan teruk sehingga mengakibatkan plat dan pin logam rahangnya termasuk dimasukkan di mukanya. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive