Saturday, 1 December 2012

KANAK2 13 TAHUN 'RATAH' BUDAK 6 TAHUN AJAK MAIN 'KHATAN'

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia enam tahun tidak menyangka ajakan jiran berusia 13 tahun untuk bermain ‘khatan’ olok-olok menyebabkannya dirogol di bilik air rumah suspek di Batu 4, Jalan Selama di sini pada 24 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian antara jam 4 hingga 5 petang tersebut, mangsa tinggal bersendirian di rumahnya sebelum dipelawa suspek untuk diajak ‘berkhatan‘.

Menurutnya, mangsa terpedaya dengan ajakan suspek sehingga bertindak mengikutnya sehingga ke bilik air rumah suspek sebelum dirogol.

“Kejadian terbongkar apabila kanak-kanak perempuan itu mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan sulitnya kepada ibunya pada malam kejadian selepas mendakwa ‘dikhatankan’ oleh jiran sebelah rumah.

“Keluarga kanak-kanak perempuan itu segera membawa mangsa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan dirogol oleh doktor,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini, hari ini. - Sumber

1 comment:

  1. Hasil ajaran puak seks bebas LGBT, MPnya Mujahid Yusop Rawa dok asyik bawak mak bapak pergi ceramah, anak dirumah kena ratah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive