Tuesday, 25 December 2012

BAKAL BINI APEK PINGGIRKAN BAPA SENDIRI ???

Bapa kandung kepada Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, Jaafar Mohamad, terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Jumaat ini.

Katanya, beliau sedih tidak dapat menyaksikan anaknya dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi.

“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu.

“Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput, ” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jaafar berkata, beberapa hari lalu, beliau dikunjungi Leuniey dan Apek yang meminta tandatangannya sebagai wali, tetapi mereka tidak menjemputnya ke majlis berkenaan.

“Walaupun agak terguris dengan cara itu (meminta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini,” katanya dalam nada sebak.

Leuniey anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum mereka bercerai 10 tahun lalu.

Jaafar kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelaki, seorang daripadanya adik kepada Leuniey yang berusia 19 tahun.

“Walaupun (Leuniey tidak membesar dalam jagaan saya, saya masih tetap ayahnya, dan sepatutnya hadir pada majlis itu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan terbabit akan dinikahkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum membatalkannya kerana perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive