Monday, 17 December 2012

MELAYU DAP SEDARLAH ANDA TIADA RUANG DALM PARTI chauvinist cina DAP ???



GEORGETOWN: Seorang wakil rakyat DAP hari ini akur bahawa unsur-unsur politik wang sudah menular masuk parti itu dan mahukan proses pemilihan pemimpin untuk jawatan tertinggi dirombak.
ADUN Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim mendesak perlembagaan DAP dipinda bagi membolehkan perwakilan parti melantik terus jawatan-jawatan seperti Setiausaha Agung dan Setiausaha Kebangsaan parti.

"Atas keprihatinan terhadap parti, saya ada nampak elemen-elemen sedemikian (politik wang) diamalkanlah, mereka mengamalkan budaya itu untuk menarik sokongan ahli-ahli parti.

"Maka dengan itu saya harap, kita boleh gubal Perlembagaan parti dari segi pemilihan parti ini dan kita….boleh mengadakan pemilihan parti secara terus," katanya kepada Antarapos.

Ng enggan memberi contoh politk wang yang dimaksudkan.

Namun pendedahan itu mengejutkan kerana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berulang kali menegaskan parti itu bersih daripada rasuah dan harus diberi mandat untuk ke Putrajaya.

Guan Eng menggariskan sifat amanah sebagai kekuatan utama parti namun pendedahan Suee Lim menempelak kenyataan pemimpin tertinggi DAP itu.

Pemilihan DAP kini berpaksi kepada perwakilan memilih 20 anggota jawatankuasa pusat eksekutif yang kemudian mengundi sesama untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan kanan.

"Maknanya kita lantik Pengerusi atau Ketua Pemuda atau Setiausaha Agung secara terus dari anggota parti semasa pemilihan, kita pilih terus bukannya pemilihan daripada 20 ahli tertinggi pusat.

"Sebagai contoh, kalau kita lantik ketua darjah, kita akan namakan tiga calon, dan calon yang tertinggi undiannya akan menjadi ketua dan bukannya ditentukan oleh 20 orang yang berjaya menang dalam pemilihan," katanya.


PT
Amat pelik jika ada melayu sanggup bertuan kan cina dan tidak sanggup bertuan kan bangsa sendiri.Pelik lagi jika kesilapan bangsa lain boleh di telan dengan pelbagai alasan tetapi kesilapan pemerintah dari bangsa sendiri tidak lansung boleh di terima.Kongres DAP ada lah petunjuk kepada orang melayu Islam.Petunjuk berperanan memberi tunjuk secara halus jika di amati.Pada yang kasar hati nya dan gelap jiwa nya apa petunjuk pun tetap tidak dapat di lihat nya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive