Saturday, 1 December 2012

BERJAYAKAH HARIMAU MALAYA TUMBANGKAN SANG GARUDA MALAM INI ???

AFF Suzuki Cup 2012
Malaysia v Indonesia

Malaysia:
Tewas 0-3 kepada Singapore                                          
Menang 4-1 dengan Laos

Indonesia:
Seri 2-2 dengan Laos
Menang 1-0 dengan Singapore

Malaysia kena menang untuk qualify (kalau seri, kena harap Laos menang vs singapore tak lebih 2 gol)


Indonesia perlu seri untuk qualify. (kalau kalah, kena harap Singapore vs Laos seri, atau Laos menang.)

Bukti jelas, Malaysia bergantung sangat kepada Kunanlan. Kunanlan tiada, Malaysia punya attack terus longlai dan tak jalan.

Kalau coach  Indonesia cerdik, beliau akan target Kunanlan, dan counter disebelah kanan Malaysia (RB).

Tapi, kalau dua2 team main pressing, I think Malaysia ada a small advantage untuk menang.


Sudah pasti selaku juara bertahan, pasukan Malaysia tidak rela menamatkan kempen kali ini lebih awal dan para pemain sedar mereka berdepan satu lagi ujian untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.

Dengan keyakinan yang semakin pulih selepas kemenangan ke atas Laos, kepercayaan peminat terhadap Harimau Malaya juga meningkat dan pasti akan menyemarakkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berbanding edisi dua tahun lalu, pasukan Indonesia kali ini tempang tanpa kehadiran tonggak utama akibat pergolakan dalaman liga bola sepak negara itu.

Tidak keterlaluan mengatakan jika para pemain negara berada di tahap terbaik dan memiliki fokus yang tinggi, Malaysia adalah pilihan untuk layak.

Andai Laos mampu melakar kejutan ke atas Singapura di Stadium Shah Alam, maka keputusan seri sahaja sudah cukup untuk Malaysia-Indonesia mara ke peringkat seterusnya.

Malangnya kebarangkalian itu terlalu kecil atau dalam perkataan mudahnya, usahlah mengharapkan ehsan pasukan lain.

Dari segi persiapan terakhir, Khyril Muhymeen yang mencetak satu gol tidak mengikuti latihan bersama pasukan kerana dibelenggu kecederaan pangkal peha. Sementara S. Kunanlan kononnya ditimpa masalah hampir serupa pada saat-saat akhir sesi.

Pemain sayap kiri itu beraksi cemerlang dalam kejayaan ke atas Laos, mungkin tidak begitu serius tetapi di bangku simpanan kita masih memiliki pengganti seperti Azamuddin Akil, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani.

Tumpuan juga terarah kepada pertahanan negara yang kini sudah dibolosi empat gol apatah lagi bakal berdepan dengan serangan Indonesia yang memiliki pemain pantas seperti Andik Vermansyah dan Oktavius Maniani.

Benteng tengah yang diterajui Aidil Zafuan Abd Razak dan Fadhli Shas perlu diperkemaskan lagi.

Aidil Zafuan yang lebih berpengalaman pula berpendapat Andik Vermansyah hanya menonjol selepas menjaringkan perlawanan sahaja, walhal dia merupakan pemain simpanan sahaja dalam skuad Indonesia. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive