Saturday, 29 December 2012

ADAKAH MB KEDAH TAHU TENTANG PEMBUNUHAN NUR FATIMAH ANIS ???

ALOR SETAR - Pembunuhan Nur Fatimah Anis Md Radzi dalam satu pergaduhan dipercayai berpunca daripada cemburu.

Seorang jiran Nur Fatimah yang enggan dikenali memberitahu, dia terdengar pertelingkahan antara seorang lelaki dan perempuan kira-kira jam 2 pagi semalam.

“Saya bangun, buka tingkap dan dengar suara orang bergaduh. Saya dengar suara seorang lelaki sedang memaki-hamun seorang perempuan. Saya juga dengar perempuan itu mengadu sakit dan meminta air,” katanya.

Katanya, pasangan itu kemudian keluar dengan motosikal dan pulang semula tidak lama kemudian dengan diikuti seorang lelaki, yang turut menunggang motosikal.

Difahamkan kedua lelaki itu juga bergaduh di luar kawasan rumah tersebut sebelum Nur Fatimah dihentak dengan objek keras.

Menurut jiran itu, suami wanita itu membawa isterinya masuk ke dalam rumah dan selepas itu dia tidak lagi dengar bunyi bising.

Katanya, dia difahamkan pasangan ini selalu bergaduh, dipercayai akibat cemburu.

"Tidak sangka kira-kira pukul 6.30 pagi, perempuan itu ditemui sudah meninggal dunia,” katanya.

Nur Fatimah dikatakan tinggal bersama ibu bapa suaminya, tetapi ketika kejadian, mentuanya dipercayai berada di rumah seorang lagi anak mereka di Pahang.


PT
Nampaknya semakin berleluasa kejadian jenayah di negeri pemerintahan pembangkang ni. Kes gadis dirogol ustad hijau pun belum selesai lagi. Apakah Ustad Jijan buat-buat tak kisah dengan kejadian-kejadian yang menimpa penduduknya?
Apakah Ustad Jijan tidak rasa bersalah? Apapun diucapkan takziah kepada keluarga simati.Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive