Showing posts with label #gaza. Show all posts
Showing posts with label #gaza. Show all posts

Tuesday, 11 December 2012

KENAPA USTAZAH ARBIEY TERNGANGA MULUT MENDENGAR KENYATAAN AFDLIN SHAUKI ???




Aku pernah lihat dan dengar sendiri bagaimana Abby menipu orang-orang melayu di dalam ceramahnya. Jadi sebab itu, sebelum makcik-makcik percaya apa yang dia cakap. Lebih baik tunjuk pada orang Malaysia betapa 'alim'nya dia ini. Sehingga dia merasa 'maqam'nya lebih tinggi daripada orang lain. 

Mudah sahaja dipersenda orang. Kini dia hina pula artis yang ke Gaza. Kenapa dia tak mahu pergi? Dasar hipokrit! Hebat sangatkah ustazah segera ni senang-senang menghukum seseorang ?? Atau dia sudah dipilih untuk menjadi salah seoarang ahli syurga?? Sumber


Atas alasan apa si ustazah mee segera ni memperlekehkan usaha murni para artis kita ke Gaza. Adakah kerana Abbiey ni menjadi gila isim seorang diri atau buat-buat gila untuk menarik perhatian umum, kononnya beliau ni seorang yang teramat ariff dalam menghukum sesoarang setelah menjadi penganut totok Pas??

Lihat apa pula pengalaman yang di lalui Afdlin Shauki dan sahabatnya semasa di Gaza.

“Ketika mula mula hendak ke sana memang wujud perasaan takut, tetapi setelah tiba disana semenanjung Gaza pada saya menjadi tempat paling aman sekali,” ujar beliau semalam.

“Walaupun telah dibom banyak kali, rakyat Palestin di Gaza sangat tenang menghadapi segala cabaran dan mereka adalah orang yang paling peramah pernah saya jumpa”

SETERUSNYA BACA DI SINI

Friday, 7 December 2012

DEMI GAZA SANGGUP JUAL MOTOR !!!

Kerana dihati penuh dengan bunga cinta kepada Islam dan Palestin, seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) sanggup menjual motosikalnya bagi menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 yang dijadual tiba di Palestin, hari ini.

Pelajar tersebut, Muhammad Mohibbuddin Shahul Hamid, merupakan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan bertolak ke Gaza bersama 120 sukarelawan dari seluruh negara, malam tadi.

“Saya sangat tersentuh dengan nasib mereka (penduduk Gaza) di sana dan ingin melihat sendiri tentang apa yang selama ini saya dengar dan tonton di media,” katanya ketika dihubungi Naib Canselor USM Prof Datuk Omar Osman di sini hari ini.


Antara pelajar lain yang turut menyertai misi itu ialah Abu Suffian Mansoor, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Komunikasi dan Nazurah Mohd Noh pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Misi tersebut telah membawa ubat-ubatan bernilai RM120,000 serta bantuan berjumlah RM315,000 untuk keluarga miskin dan RM300,000 bagi anak yatim di Gaza.

Dalam pada itu, Omar turut menasihati pelajar berkenaan supaya berhati-hati sepanjang misi itu dan mengucapkan tahniah atas keprihatinan dan pengorbanan yang dilakukan mereka.

“Mereka dijangka pulang ke tanah air 13 Disember ini dan setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya. Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive