Saturday, 30 June 2012

BETUL @ SALAH !!! TAPI INILAH HAKIKAT SEBUAH PERJUANGAN


pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

MEMANG BETUL !!! TUN M TEGUR MARINA



“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat"
“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti ” 

Berita MInsider........

Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.

Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti ” - Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer MobTV.


“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata.. jika tidak saya tidak akan kemana-mana”

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini, mereka boleh fikir sendiri ”

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak gadisnya itu namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian gay transgender dan biseksual LBGT.

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu, tapi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka, namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baik atau kahwin sesama lelaki itu baik ”.

Sumber : HH

Friday, 29 June 2012

APA HUKUMAN YANG PATUT KEPADA GADIS MUSLIM INI???


FOTO Telanjang, Sila Sahin, gadis Muslim pertama yang tampil di majalah Playboy Germany diancam dibunuh (gambar kanan). Wajarkah?

Dia seorang wanita Muslim tampil sebagai model Playboy. Model sekaligus artis tv beragama Islam, Sila Sahin bergambar sebanyak 12 halaman tampil di majalah itu. Sila Sahin disebut pelacur oleh sejumlah orang Islam, dicaci bahkan sampai pada ancaman bunuh!

Sila Sahin, wanita kelahiran 3 Desember 1985 ini, dibesarkan di Jerman oleh keluarga keturunan Turki dan sempat mengaku takut dicaci dan dimaki ataupun dipermalukan.

Orangtuanya sangat marah ketika melihat foto telanjang itu. Ibunya memutuskan tidak mahu kenal anaknya lagi. Sila Sahin yang juga bintang sinetron Jerman berjudul Good Times, Bad Times, menjelaskan konon foto telanjangnya itu terhasil, adalah reaksi dari masa remajanya yang terkungkung.

Apa hukumnya, hukum matikah? Terserah kepada syura ulama yang menentukan.

Sumber : IH

Thursday, 28 June 2012

GUANG ENG !!! LU SAPE MAU BANTAH PRU MUSIM HAJI...!!!


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya pada musim haji.

Menurut Lim, kenyataan Najib yang juga presiden Umno itu "tidak boleh diterima" kerana ia menimbulkan "rasa kurang senang hati" di kalangan umat Islam yang menunaikan ibadah tersebut.

Dengan membuat perbandingan, Lim berkata perasaan yang sama turut dirasai orang bukan Islam jika pilihan raya diadakan pada musim perayaan lain seperti Tahun baru Cina, Deepavali atau Krismas.

"Kita harap perdana menteri dapat menimbang semula (cadangan itu). 

"Jangan mengadakan pilihan raya semasa (umat Islam) menunaikan ibadat haji kerana saya rasa, ini merupakan satu taktik yang cuba untuk memecah belahkan rakyat," katanya.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!! 

BIAR BETUL !!! MEMANG HEBAT NAMA2 WARUNG MAKANAN DI INDO...






Kalau berkesempatan melawat Indo..pi cari sendiri.... entah ada ke tidak???

LIHATLAH BETAPA UMAT ISLAM DIPERMAINKAN!!!!



Sungguh keterlaluan apabila ada yang sengaja mencari pasal dengan berbuat begini....Allah SWT sentiasa bersama kita semua...Mungkin ini bukan di negara kita. Minta2 jauhkan lah semua ini...dari kehidupan kita...Apakah kita akan melalui perkara sebegini jika negara tercinta ini di perintah oleh manusia2 yang sewenang2nya mempergunakan agama untuk kepentingan politik dan diri sendiri? Kita saja yang berhak menentukan siapa yang layak dan sebaliknya dalam menerajui tanahair terindah ini dari tangan2 yang bergelumang dengan kekotoran demi masa depan generasi akan datang.

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
 

BIAR BETUL !!! MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA PALING SELAMAT

JOHOR BAHRU - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat dalam kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, Malaysia pada masa yang sama diiktiraf sebagai negara ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat (ke-13) dan Britain (ke-14).

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.

Abdul Rahim berkata, berikutan pengiktirafan itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

BIAR BETUL !!! SIASAT JANGAN TAK SIASAT...APA PUNYA CIKGU !!!

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang menyiasat dakwaan bahawa khatib jemputan yang menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan ketika membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini ialah guru sebuah sekolah rendah.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jika benar guru sebuah sekolah rendah di Penaga Pulau Pinang itu melakukan perbuatan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya. "Kementerian ada maklumat tentang isu ini...malah sudah mengarahkan siasatan terperinci diadakan. Jika benar, perbuatan itu bertentangan dengan etika kerja lelaki itu sebagai seorang guru. "Jika benar kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap guru itu yang boleh membawa kepada penggantungan gaji, kerja atau dipecat," kata Mohd Puad kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Guru itu dikatakan berdoa supaya rakyat menolak pemimpin dan kerajaan yang ada ketika menyampaikan khutbah di Masjid Jamek Taman Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang Jumaat lepas.

Difahamkan tindakan itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan arahan pertukaran ke sebuah sekolah di Selangor yang diterimanya dua hari sebelum itu.

Mohd Puad berkata kementerian tidak menghalang guru untuk berpolitik asalkan mereka mendapat kebenaran terlebih dahulu, namun ia harus dibuat secara berhemah tanpa menjejaskan kedudukan pekerjaan masing-masing. "Janganlah gunakan masjid untuk menimbulkan suasana yang kurang senang kerana ia boleh memecah belahkan umat Islam. Bagi saya, dakwaan ini cukup serius dan perlu disiasat dengan teliti," katanya. -BERNAMA

TIADA JODOH - JAILANI CERAI RAJA AZMI

KUALA LUMPUR: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman menganggap perceraiannya dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Rabu adalah satu hukuman kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Penerbit filem ...Dalam Botol itu turut reda dengan “hadiah” yang diberikan Allah sempena ulang tahun kelahirannya ke-53 yang jatuh pada hari sama talak dilafazkan.

"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya.

“Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti," luahnya kepada mStar Online ketika ditemui di luar mahkamah di sini, Rabu

Jalani atau nama sebenarnya Mohamed Jalani Mohamad Sidek,49, melafazkan talak satu terhadap Raja Azmi di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan selama ini.-mS

Wednesday, 27 June 2012

WARNA - WARNI PASAR SITI KHADIJAH KOTA BHARU KELANTAN













Senang kecek, kalau nak mengenali Kelantan, pasar ni adalah tempat yang 
wajib mari kalau melawat Kota Bharu. Ramoh-ramoh belako mokcik2 penjaja...
kalau ada masalah sila hubungi pT ..hehehehe 

MASUK PAS KERANA PAS ADALAH BADAN DAKWAH DAN TARBIYAH - AHMAD KAMBAR


BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu.

Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.

Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.

Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! TEAM 'R' DAKWA INILAH 'TUKANG PUKUL' DEMONTRASI ISNIN 26/6/2012


Gambar 'tukang pukul' diedarkan oleh Team R untuk tatapan umum...'katanya' manusia2 inilah yang menjadi tukang pukul dan yang memulakan kekecohan..Boleh percaya ke??? Biasanya puak2 PR ni memang hebat dalam segi lakonan...semalam baru luka kat kepala. Tapi yang lebih teruk puak2 PR sanggup lakukan. Sanggup buat2  'mati' demi meraih simpati rakyat. Tidak mustahil apa yang berlaku semalam hanya rentetan lakonan yang dirancang dengan teliti dan licik oleh pihak PR. Sayang seribu kali sayang team 'Sedar' masih belum sedar dengan buah silat yang di mainkan oleh team 'R'.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! PKR TO BN RM5j ??

Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa beliau telah ditawarkan lebih RM5 juta untuk lompat parti menyertai BN pada tahun 2010.

Beliau bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Azan memberitahu pemberita hari ini bahawa ia berlaku pada 27 Januari 2010 di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur di mana "ejen terbabit telah mengatur satu siri pertemuan".

Beliau mendakwa, mereka mewakili seorang pemimpin yang sangat dihormati, yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata Azan adalah "saksi utama" untuk membuktikan bahawa sememangnya ada operasi rahsia untuk memujuk ahli parlimen PKR melompat parti. - mK

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

INFO TENTANG SEJARAH ZAMAN JEPUN


Mangsa kekejaman Jepun, darah memancut keluar sebaik sahaja kepalanya dipenggal. Setiap pedang Jepun harus menikmati rasa darah supaya hikmatnya diisi.

Kalau ada orang yang memandang remeh tugas anggota kita yang bertugas di perbatasan negara, saya sememangnya akan cepat berkecil hati dan saya tidak segan silu membidas mereka ini, tidak kisah jika mereka ini muda atau tua.

Selepas dikaji oleh researcher dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), elemen kedatangan Jepun sebenarnya sudah mula dikesan sejak dari awal 1900 an lagi iaitu 40 tahun sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua!!!!

Tahun 1920an dan 1930an, kedatangan mereka mula dimantapkan dengan kemasukan industri dari Jepun dan penyerapan agen-agen imperial ke dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

Tahun 1940an, prasarana yang disediakan oleh industri dan agen-agen Imperial ini tiba-tiba bertukar sekelip mata menjadi senjata sokongan terhadap kemaraan tentera Jepun, kilang-kilang yang kelihatan “innocent” semasa pentadbiran British tiba-tiba bertukar sifat yang akhirnya membenam kekuasaan British ke dalam lumpur kekalahan yang memalukan.

Inilah strategi yang saudara pembaca harus teliti dan garapkan dalam kehidupan iaitu “PERANCANGAN STRATEGIK”, ia mungkin mengambil masa singkat dan mungkin ambil masa puluhan tahun tapi hasilnya akan membantu anak bangsa.

SEBAB MISTIK JEPUN KE TANAH MELAYU

Istimewanya Tanah Melayu dengan negara lain yang dijajah oleh Jepun amat berbeza dengan keadaan di Indonesia, Filiphina atau China.

Di China misalnya, habis orang-orang Cina disembelih, begitu juga di Jepun, mereka membuat Holocause beramai-ramai terhadap kaum ini.

Ada pendapat yang menyatakan Jepun sebenarnya tertarik dengan sejarah dan mistiknya orang Melayu dan Tanah Melayu ini tetapi maaflah, saya tidak dapat mengupas soal ini.

Apa yang diketahui Jepun, siapa yang mengerakkan Jepun dan apa misi Jepun, hanya Allah yang Maha Kuasa juga yang tahu.

Adakah atas sebab-sebab mistik ini, Jepun meletakkan baju ajaib itu di Singapura (yang dikira sebagai sebahagian dari Tanah melayu ketika itu), mengapa batu ajaib itu tidak diletak di Indonesia, Filiphina tidaklah saya tahu.

Apabila saya bertanya pada pegawai Muzium Tentera Darat, sah beliau mengesahkan batu itu memang wujud dan agensi perisikan Singapura tahu mengenainya, yang pelik, bagi sahabat saya, cerita batu ini seolah-olah menjadi sebahagian dari Akta Rahsia Rasmi Singapura dan ia merupakan perkara yang sangat sensitif untuk diceritakan.

Maaf saya terpaksa hentikan cerita pasal Jepun di atas, terpulang jika anda semua mahu percaya atau tidak, saya tidak rugi apa…tetapi kalau ada sesiapa yang tahu dan ada maklumat tambahan, sila tambah-tambahkan apa yang saya tidak tahu melalui emel dan ruang komen.

MAKLUMAT YANG TIDAK BOLEH DIKONGSI

Menurut sahabat saya dari kalangan pasukan tentera, kedua-dua empayar iaitu Jepun dan Inggeris, walaupun selepas mereka keluar dari Tanah Melayu dan hari ini, negara bertuah ini sudah menjadi Malaysia, masih ada sejarah dan perkara sulit yang mereka sembunyikan.

ATM pernah meminta blueprint untuk semua struktur bangunan, kubu dan kompleks pertahanan Inggeris di Tanah Melayu tetapi malangnya, permintaan ini disambut dengan tangan yang dingin.

Mereka enggan berkerjasama, entah apa yang masih disembunyikan, tidaklah diketahui.

Di Malaysia, saban tahu dan pada musim-musim tertentu, ada sesetengah tempat dibanjiri oleh pelancong dan penyelam Jepun, mereka kemudian hilang dan tidak kembali lagi, misteri.

Perisik-perisik luar negara dari kalangan Amerika Syarikat dan Inggeris masih lagi masuk secara senyap ke dalam negara, bukan maklumat pertahanan yang dicari, ada maklumat lain yang kita sendiri pun tidak tahu, apa yang mereka cari.

Walaupun saya tahu, tetapi macam dogengan untuk dikongsi.

Sumber : Le Maz

JAILANI & RAJA AZMI FAIL PENCERAIAN

PETALING JAYA: Penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal menfailkan penceraian dengan suaminya iaitu Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Laporan Harian Metro menyebut, keputusan yang dibuat itu demi menjaga maruah suaminya sebagai seorang lelaki dan keputusan itu diambil atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.

“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh.

“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.

“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.

Raja Azmi, 48, berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga. - hM

WOOO !!! 'USTAZAH ABBY' JADI MANGSA KEGATALAN PAK LEBAI PAS






Tersenyum memanjang 'ustazah Abby' bila ramai pak lebai dan pak haji pas menghalakan lense kamera kearahnya. Jangan terperasan udahlah ustazah!!!
pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

VIDEO !!! PENGAKUAN MANGSA PUKUL DEMONTRASI SEPARUH GANAS DI KELANTAN



Persoalannya siapa yang benar dan siapa yang bersalah bermain di setiap fikiran kita. Apapun masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! ABBY ABADI KESAL DENGAN TUDUHAN



Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Abby juga mempersoalkan mengapa semasa beliau aktif di dalam dunia lakonan dan sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat. - MPPon9

pT
Masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BETUL KE !!! ARTIS SEKSI NI HISAP GANJA??


Terkejut jugak pT bila ada pihak yang kata artis seksi dan cun ni ambik ganja! Cun macam ni pun ambik ganja ke? Dah takde benda lain nak ambik?!!! Aper la punya artis!!!!

Gossip Ambil Ganja Jatuhkan Maruah Saya, Kata Erin Malik

Pelakon Nur Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik, dikatakan telah mengambil dadah jenis ganja di set penggambaran drama Mis Cinta bulan lalu di Kemaman, Terengganu.

Namun pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang tidak berasas ke atas dirinya.

“Saya tidak mahu komen lagi, jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.

“Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.
“Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya,” katanya.

Erin yang telah menerima pelbagai tohmahan dari gosip yang melibatkan dirinya itu menegaskan jika perkara ini berpanjangan, dia tidak teragak agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tambah Erin lagi, dia sendiri tidak tahu mengapa orang sanggup menabur fitnah dan mempunyai perasaan cemburu ke atasnya.

Erin yang baru sahaja selesai dari penggambaran drama Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie , Nur Iman. - Mynewshub.my 

Tuesday, 26 June 2012

TERKINI !!! VIDEO RAKAMAN KEKECOHAN TEAM "R" DAN TEAM "SEDAR" DI DEPAN SUK KELANTAN



Rakaman kekecohan yang berlaku di perhimpunan yang bertembung diantara dua kumpulan yaitu SEDAR dan juga TEAM "R" pagi ini di depan SUK Kota Bharu.



Dilaporkan seramai 5 orang ahli kumpulan TEAM "R" cedera didakwa dipukul ketika perhimpunan tersebut.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! APA ADA PADA KAIN RENTANG?



Kain rentang kumpulan 'R' Royalti

Kain rentang kumpulan 'Sedar'

Ternyata perbezaan yang ketara di antara 2 kain rentang di atas, kumpulan 'Sedar' dan 'Royalti' adalah mewakili parti masing-masing. Amat benar apa yang di katakan oleh blogger GK dari KCW di dalam blognya...

"Nak bantu rakyat macam mana kalau nak bantu NGO yang menyokong pun tak boleh....Ini tahun 2012 bukan tahun 1912....Memalukan...Jangan sampai orang muda merasa malu dengan sikap tidak endah pemimpin UMNO negeri Kelantan""

pT

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

TERKINI !!! GAMBAR SEKITAR SUASANA DI HADAPAN SUK KELANTAN










Salah seotrang pendemo cedera di pukul !!

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

TERKINI !!! SUASANA TEGANG DI HADAPAN SUK KELANTAN - PERTEMBUNGAN 2 NGO


KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Monday, 25 June 2012

SAYA TIDAK SOKONG PEMBINAAN LYNAS - CHE ROSLI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Saintis PAS, Dr Che Rosli Che Mat mahu semua pihak termasuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) agar tidak mengaitkan kononnya beliau menyokong pembinaan projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat mendakwa namanya digunakan secara berleluasa tanpa kebenaran bagi tujuan promosi semata-mata mahu meyakinkan rakyat tentang projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

"Saya tak izinkan nama saya digunakandalam kenyataan untuk pertahankan Lynas. Saya hanya berikan pandangan sebagai seorang saintis sahaja.

"Saya tak benarkan sama ada Ahli Parlimen BN atau mana-mana pihak yang menyokong Lynas gunakan nama saya untuk katakan Lynas itu selamat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Selain itu Che Rosli yang juga pakar nuklear menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang menggunakan namanya demi kepentingan tertentu dalam isu Lynas yangmendapat bantahan pembangkang.

"Sekarang ini ada pin baju yang menggunakan gambar saya dengan slogan kami sokong Lynas.

"Semua sebaran seperti kartun, kemeja-T serta pin baju itu dibuat tanpa persetujuan saya.

"Saya tak pernah minta nama saya digunakan untuk menjelaskan kebaikan atau mengesahkan Lynas itu selamat.

"Sekiranya ada yang gunakan juga, saya akan ambil tindakan undang-undang," katanya.

Bagaimanapun Che Rosli sekali lagi mengakui beliau bersetuju dengan laporan bahawa kadar radiasi projek Lynas berada pada tahap yang rendah.

"Saya akui tahap radiasinya memang rendah. Tapi bukan bermakna saya buat persetujuan bahawa Lynas itu selamat.

"Banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian seperti pengurusan sisa projek itu nanti," katanya.

SI BOTAK KEMBALI DENGAN GAYA TERSEKSI!!!!!



Ingat lagi tak dengan seorang wanita yang agak berumur jika berambut turut berkhemah di Dataran Merdeka bersama mahasiswa lain bagi menuntut pemansuhan PTPTN kepada pelajar Malaysia. Kakak Tua Botak ini juga lah yang lebih banyak melaungkan kata-kata provokasi supaya kumpulan yang digelar Dataran Occupy ini boleh berkhemah lama di dataran.


Woooo....Manyak seksi punya ini nenek orang. Agak- agak perempuan ni memang nak cari populariti lah. Mentang-mentang dah tak laku dalam industri seni, maka terpaksalah ikut politik untuk cari makan.

Ini lah salah seorang dari banyak-banyak artis yang ikut parti pembangkang yang agak nampak bodoh! Ini juga lah pengikut ambiga dalam LGBT! - Jawa Bernam

pT
Perempaun yang merupakan ikon bagi siswa demo PTPTN yang lalu.. inikah seorang manusia yang menjadi lambang perjuangan sekumpulan manusia siswa tempoh hari? Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! - PELABUR TAK MAHU DATANG KE KELANTAN - TOK PA

Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.

"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain.

"Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya.

Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi".

"Pengalaman ini kita tawarkan kepada rakyat Kelantan, dan kita berharap rakyat Kelantan membuat pilihan yang tepat supaya Kelantan dapat dimajukan," katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive