Tuesday 19 June 2012

MURAD SEDIA BEKERJASAMA BABITKAN SKANDAL RM3b

KUALA LUMPUR: Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. - mS

pT
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. Memang patut pun didedahkan supaya semua rakyat mengetahui sama ada penyokong Anwar atau kerajaan. Sama2lah kita menilaikan kebenaran dengan menggunakan akal yang waras bukan dengan cara "taksub" kepada pihak tertentu. Jadi fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive