Friday 22 June 2012

KAMALANATHAN BIDAS SALAHUDDIN AYUB - PERARAKAN THAIPUSAM

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan membidas kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Salahuddin ketika debat bertajuk 'Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi' anjuran Sinar Harian, malam Selasa lalu.

"Lebih satu juta penganut agama Hindu di negara ini kecewa dengan kenyataan tersebut. Malah, ia dianggap satu penghinaan.

"Bagaimana perayaan suci ini boleh disamakan dengan demonstrasi jalanan? Kedua-duanya merupakan aktiviti yang berbeza," katanya menerusi blog
dihttp://www.pkamalanathan.blogspot.com.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berdebat dengan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah pada malam tersebut.

Ketika debat, Salahuddin didakwa menyifatkan aktiviti kerohanian perarakan Thaipusam sama seperti perhimpunan jalanan.

"Menggelar penganut Hindu yang berarak sebagai peserta perhimpunan jalanan separuh sedar menunjukkan beliau tidak hormat dan memahami pegangan kepercayaan agama lain," katanya.

Sehubungan dengan itu, P Kamalanathan yang juga Ketua Penyelaras Putera MIC mendesak Salahuddin untuk memohon maaf kepada seluruh penganut agama Hindu di atas kenyataan tersebut. - mS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive