Thursday 28 June 2012

BIAR BETUL !!! MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA PALING SELAMAT

JOHOR BAHRU - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat dalam kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, Malaysia pada masa yang sama diiktiraf sebagai negara ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat (ke-13) dan Britain (ke-14).

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.

Abdul Rahim berkata, berikutan pengiktirafan itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive