Wednesday 27 June 2012

BIAR BETUL !!! ABBY ABADI KESAL DENGAN TUDUHAN



Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Abby juga mempersoalkan mengapa semasa beliau aktif di dalam dunia lakonan dan sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat. - MPPon9

pT
Masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive