Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Monday, 23 September 2013

Terkini!!! Ostazah Abbiey Di Hentam Pengikut Kerana Ilmu Twitternya???



Ada juga yang mempersoalkan tindakan Abbiey Abadiey itu? Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas? Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?

Pandai2 la hang jawab, dasar mulut longkang barangkali????

Wednesday, 2 January 2013

WAH!!! OSTAZAH ARBAAYAH SEMAKIN PANDAI DALAM MELABELKAN SESEORANG ???

Semakin hari semakin hebat ketinggian ilmu agama osrazah pening ni dalam nenghukum seseorang. Terbaru dalam twitternya sipening yang merasakan dirinya hebat telah melabelkan seseorang tak cerdik jika tidak percaya pada amanat Hj Hadi.

Lihat beberapa folowers telah menghentam tindakan si ostazah ni.Apapun ppara pembaca nilailah sendiri dan PT malas nak ulas panjang-panjang.

Lagi pun ilmu agama yang dimiliki oleh ostazah Arbaayah ni terlalu tinggi mengalahkan kehebatan pak lebai dan juga ostad dari puak-puak 'KALER HIJAU'.

Friday, 31 August 2012

"DIJEMPUT CERAMAH TIDAK SEMESTINYA FAHAM AGAMA" - PESAN DR MAZA PADA ABBY



Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.

Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.
“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.
“Teliti sebelum komen.”
Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.
“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.

Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.
Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.-TMI

PT
Kalau ya pun nak tegur belajar dulu ilmu agama setinggi yang boleh ostajah abby !!. kalau tidak akan menampakkan kebodohan diri sendiri. Jange dok cari penyakit la ostajah weh !!!!

Thursday, 23 August 2012

'SIBAPOK TUA' BAGI AMARAN KEPADA PM ???



Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.

Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.

Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.

Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.




Sumber asal di kutip dari Mynewshub. Aiyoo.. si Pondan Azwan Ali dah mengamuk pulak dah.. Apa kena mengena hubungan Mak Tom dengan Azmin Ali dan politik? Mak Tom cuma menangis kerana anak jantannya tidak pulang ke rumah walaupun raya. Bahkan untuk meminta ampun pun tidak. Soo.. TV3 melaporkan dalam buletin utama. Apa masalah dengan politik pulak?

Azwan ni kadang-kadang dah melampau.. bila kena kecam, terus melutut minta maaf. Dulu dia kutuk Tun Dr Mahathir, lepas tu meraung menangis minta maaf bila kena kutuk. Kali ni dia cuba nak mengugut DS Najib pulak. Apa dia ingat orang heran sangat lelaki lembut macam dia ni? Pergi mampus laa..

Jangan pulak lepas ni ada lagi adegan meraung teresak-esak sebab kena hentam teruk-teruk akibat ugut DS Najib pulak.. nak minta maaf je meraung, balik-balik ulang skrip yang sama.. bosan la Azwan, bosannn..

Sumber

Thursday, 9 August 2012

FOTO !!! HIJRAH NURUL SYUHADA MHI TV3



Alhamdulillah semkain ramai artis wanita yang bertudung di bulan mulia Ramadhan ini. Terbaru Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam program MHI pagi tadi. Ternyata kemunculan Nurul Syuhada dengan imej bertudung mengejutkan ramai peminatnya di Twitter. 


Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis 

“Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini.
GAMBAR Nurul Syuhada Nurul Ain Bertudung Di MHI.Layan....


Sumber : Rotikaya.com

Wednesday, 8 August 2012

JALUR GEMILANG JALUR MALANG - NIZAR PUTAR ALAM ???



KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar)menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.

Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Nizar berkata pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiringkan bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara. Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.

Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!".

Mengulas lanjut, Nizar berkata apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.

Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.

"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas beliau. - Sumber

PT

Nizar memang bernasib malang sehingga kini.....Dimana semangat patriotik dan semangat kenegaraan dari pemimpin PAS? Inikah sifat pemimpin yang bakal memerintah Malaysia? Kecewa dengan tema kemerdekaan,jalur gemilang dikritik dan dihina.

Jika seorang pemimpin tidak mempunyai semangat patriotik dan semangat kenegaraan, dia tidak layak untuk menjadi pemimpin di bumi Malaysia ini.

Untuk mengkritik atau mengeluarkan kenyataan, seseorang pemimpin perlu berfikir panjang menilai baik buruk sesuatu perkara. Hal ini kerana, setia perkataan yang keluar dari mulut pemimin akan menjadi perhatian rakyat dan akan menjadi ikutan rakyat.

Friday, 27 July 2012

ABBY CETEK PEMIKIRAN - UMIE AIDA


Portal berita MH Online telah menyiarkan kenyataan Abby Abadi yang menganggap selebriti yang berhijrah seperti dirinya mempunyai ruang bekerja dalam industri hiburan yang terhad di seandainya negara bawah kerajaan sedia ada;

“Apabila kita berhijrah, ruang untuk kita berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PAKATAN RAKYAT perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah Islam.” – Abby Abadi

Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi tersebut, melalui akaun tiwtternya, Umie Aida menganggap kenyataan yang dikeluarkan Abby Abadi sebagai cetek pemikiran dan agendaPolitik semata.

Melalui beberapa lagi post di Twitternya, Umie Aida menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan Islam dalam agenda Politiknya.




Sumber

Thursday, 26 July 2012

MAMAT SEPAH TUNJUK GEDEBE DI TWITTER !!!


Untuk makluman, keadaan panik yang mengatakan Zed Zaidi kemalangan semalam sebenarnya berpunca daripada satu gambar yang dikirim oleh Mamat Sepah di Twitter.

Walaupun gambar tersebut disahkan sebagai salah satu babak dalam drama dan bukan kemalangan sebenar, Mamat masih enggan meminta maaf.

Teguran beberapa individu daripada pihak media membuatkan pelawak ini melatah dan berlagak samseng termasuk menghamburkan kata-kata kesat kepada seorang wartawan, Hazrey.

Sebenarnya kami ragu-ragu juga dengan tahap kesamsengan Mamat Sepah adakah sekadar berada pada tahap 10% atau 15% saja.

Bukan apa, kena tinggal dengan awek pun menangis inikan pula mahu ajak orang lain bertumbuk. Apa dia ingat orang lain tiada kaki dan tangan?


Sumber

Tuesday, 3 July 2012

BIARKAN ANJING ITU MENYALAK - TMJ


Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. -Bernama

Wednesday, 27 June 2012

BIAR BETUL !!! ABBY ABADI KESAL DENGAN TUDUHAN



Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Abby juga mempersoalkan mengapa semasa beliau aktif di dalam dunia lakonan dan sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat. - MPPon9

pT
Masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive