Thursday 21 June 2012

SKANDAL DINAR KELANTAN - KENAPA KERAJAAN PAS KELANTAN MEMBISU?


KOTA BAHARU - Kerajaan PAS Kelantan telah diminta untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

"Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila iannya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Mahsiswa dan Malam Pra Graduan 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya, Dr Mohd Shukri Omar.

Laporan media semalam melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai berlaku 'skandal mata wang syariah' di negeri ini.

Mereka juga meminta Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri menjelaskan mengenai isu itu.

Isu berkenaan timbul selepas tiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan berlaku salah laku yang membabitkan seorang daripada pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Jan lepas, seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis, Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Terdahulu dalam ucapanya, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu meminta pelajar supaya mensyukuri nikmat pembangunan yang diberikan melalui institusi pendidikan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive