Showing posts with label Dinar Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Dinar Kelantan. Show all posts

Monday, 25 June 2012

BIAR BETUL !!! - PELABUR TAK MAHU DATANG KE KELANTAN - TOK PA

Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.

"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain.

"Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya.

Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi".

"Pengalaman ini kita tawarkan kepada rakyat Kelantan, dan kita berharap rakyat Kelantan membuat pilihan yang tepat supaya Kelantan dapat dimajukan," katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive