Tuesday, 5 August 2014

Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza

Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.

Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.

Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkanpengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.

Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.

Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan. - rotikaya

Friday, 25 July 2014

Kerana #SAVEGAZA Azizulhasni Dibeti Amaran Oleh Penganjur

Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang diberi amaran oleh penganjur namun dibenar berlumba di veledrom basikal Sukan Komanwel Glasgow hari ini susulan tindakannya memakai sarung tangan bertulis 'Save Gaza' (Selamatkan Gaza) pada aksi di velodrom Sir Chris Hoy, awal pagi semalam.

Azizulhasni berkata, beliau berasa sedih kepada mereka yang menyalahtafsirkan mesej yang cuba disampaikan olehnya dengan mengaitkan tindakan beliau sebagai protes berunsur politik.

“Tiada kaitan dengan protes berunsur politik. Ia adalah luahan kemanusiaan dari hati saya sendiri. Sejak bila menzahirkan perasaan kemanusiaan dianggap sebagai politik?

Apapun, saya memohon maaf kepada anda yang merasakan saya bersalah dan terima kasih kepada sesiapa juga yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya,” katanya dalam status terbaru beliau dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Pada aksi di velodrom Sir Chris Hoy itu, Azizulhasni memakai dan menunjukkan kepada kamera kedua-dua belah sarung tangannya yang bertulis “Save” di sebelah kanan dan “Gaza” di sebelah kirinya.

Jurucakap penganjur Glasgow 2014 berkata: “Kami sudah meminta Chef de mission Malaysia untuk memberi laporan supaya kami boleh menganalisis fakta terbabit.”

Azizulhasni akan beraksi awal pagi ini selepas layak ke suku akhir dalam acara pecut lelaki. Pada sesi kelayakan awal pagi tadi, Azizulhasni layak selepas mencatat masa 10.158 saat di kedudukan tujuh terbaik. Seramai 12 pelumba terbaik layak ke suku akhir.

Thursday, 24 July 2014

Hebat!!! Kholid Ibrahim Warning Bang Non???

Berkongsi nama bapa tapi orangnya lain lain, itu le yang membuatkan satu masa dulu orang beranggapan bahawa Khalid dan Anwar amat baik dan rapat.

Sekarang secara terang terangan kita dapat melihat bagaimana rupa sebenar Anwar yang akan melakukan apa sahaja demi untuk kepentingan kaum keluarga beliau.

Seperti langkah Kajang yang dicetuskan sebenarnya bukanlah untuk menghampiri Putrajaya, tapi yang sebenarnya adalah untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor seterusnya menidakkan mandat yang diberikan oleh rakyat serta kepercayaan Tuanku Sultan kepada Khalid untuk menerajui negeri Selangor.

Tapi sekarang kita sudah dapat mendengar kenyataan kenyataan Khalid yang memberikan amaran kepada Anwar tentang kehendak beliau untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar.

Khalid juga nampaknya mendapat beberapa sokongan dari parti dalam pakatan sendiri dan PAS sebagai contoh masih mahukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor walaupun baru baru ini.

Mat Sabu menghadiri mesyuarat bersama sama dengan Anwar dan Lim Kit Siang dan PAS dikatakan bersetuju dengan keputusan Anwar untuk menyingkirkan Khalid.

Tapi kenapa Mat Sabu dan bukannya Haji Hadi sebagai Presiden Parti yang mempunyai kuasa untuk menentukan setuju atau tidak. Kalau diikutkan, PAS Selangor dilihat menyokong Khalid sebagai Menteri Besar bagi menerajui negeri tersebut dan ada kemungkinan Anwar dan Wan Azizah akan gigit jari melihat kerusi Menteri Besar dan ianya akan jadi seperti angan angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kita tunggu apa keputusan nya nanti sama ada PAS Selangor masih seperti lembu yang dicucuk hidung dan mengikuti apa sahaja kehendak Anwar walaupun kita mengetahui bahawa PAS mempunyai kerusi melebihi PKR.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive