Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Demo Minyak!!! Kakak Montel PR Tunjuk Gedebe

Pagi tadi dengar cerita ada himpunan yang dilakukan oleh para penyokong PR di jalan masuk Parlimen. Antara punca mereka ini berkumpul adalaj disebabkan oleh peningkatan harga minyak petrol dan diesel apabila kerajaan mengambil keputusan menarik balik subsidi sebanyak RM0.20 sejak beberapa hari lepas.

Ada di kalangan peserta demo membawa kertas bertulis " Nak bagi rakyat makan pasir ke" seperti di bawah.

Dari apa yang kita tengok, kakak kita ni badannya boleh tahan juga, agak chubby juga orangnya. Agaknya oleh kerana risau badannya akan turun maka beliau membuat pertanyaan sebegitu.

Bersyukur le kak sebab badan dah gedempol macam tu sebab berada di Malaysia, kalau di Afrika rasanya nak berjalan pun akak tak tentu mampu sampai baju saiz double S pun dah nampak macam saiz L.

Kat tangan tu pun kita boleh tengok ada smartphone, mampu akak kita ni membeli telefon canggih macam tu dan patutnya bersyukurlah sebab di negara ni rakyatnya sekarang dah ramai menggunakan smartphone macam tu dan ini membuktikan bahawa penduduk negara ini mempunyai kemampuan.

Sumber

Sunday, 5 October 2014

Minyak Oh Minyak!!! Alasan Bengong Anak Pengikut Pas Kepada Ibubapa Mereka

PT telah kehilangan bapa pada tahun 2006 dan kehilangan ibu setahun sebelum itu. Kalaulah ditakdirkan kedua orang tua PT masih ada kini, sudah pasti PT akan kerap pulang untuk menjengah kedua dua mereka tapi apakan daya kedua dua orang tua PT telah pergi mengadap Ilahi.

Tapi berbeza pula dengan pengikut pengikut PAS yang hanya akan melawat atau pulang je kampung jika ibu bapa mereka mengundi PAS hanya semata mata kerana penarikan subsidi minyak sebanyak RM 0.20 baru baru ini. 

Nampaknya pengikut PAS tak tau nilai perhubungan diantara anak dengan orang tua mereka hingga memberikan alasan penambahan harga minyak, bayaran tol dan PTPTN membuatkan mereka tidak mampu untuk menjengah kedua orang tua di kampung.

Alasan alasan ini adalah tidak wajar kerana pengorbanan ibu bapa kita di kampung untuk membesarkan kita rasanya lebih besar nilainya dari seliter minyak petrol atau diesel dan harga tol yang kita perlu bayar.

Mungkin orang yang membuat kain rentang ini tidak pernah memikirkan bahawa ibu bapa mereka di kampung memerlukan bantuan dari kerajaan seperti hospital yang selesa, bantuan sara hidup dan sebagainya dan dari pada penarikan subsidi minyak sebayak RM 0.20 itu rasanya ibu bapa mereka juga dapat menikmati pembangunan yang dapat dilakukan

Begitu juga dengan tol dilebuhraya, bukankah ia sepatutnya menjadi menjadi perantara bagi memudahkan pergerakan kita untuk pulang ke kampung halaman masing masing?

Pernahkah mereka ini terfikir bahawa dengan bantuan pinjaman PTPTN itu sepatutnya boleh membuatkan ibu bapa mereka merasa selesa dengan pemberian anak anak kerana telah berjaya menjawat jawatan yang tinggi dalam sektor swasta atau kerajaan?

Kenapa pinjaman untuk ke arah itu perlu dipertikaikan? PTPTN hanya akan dibayar semula jika mereka gagal dalam pelajaran dan adakah dengan kegagalan tersebut maka kerajaan juga harus dipersalahkan?

Jangan jadikan semua ini sebagai alasan untuk kita tidak pulang menjenguk ibu bapa di kampung dan bagi Sangkakala pula, walau seribu harga minyak seliter, pulang menjengah orang tua tetap Sangkakala akan lakukan.

Pernah juga ke mereka ini mendengar orang tua mereka merungut untuk pergi bekerja bagi menyara kehidupan keluarga? Bagi ibu bapa yang menoreh getah, rasanya alasan nyamuk tidak pernah disebut untuk tidak membeli beras dan lauk untuk hidangan anak anak yang dijaga.

Bagi yang bersawah, tidak pernah mengayakan bahawa lintah dan terik matahari dijadikan alasan untuk membiarkan anak anak tidak ke sekolah untuk menimba ilmu. Belajarlah jadi manusia, kecil hati ibu dan bapa kalau melihat ini adalah alasan anak anak mereka tidak pulang ke kampung halaman.

Hari ini pula, jalan mengahala ke utara dan selatan serta ke pantai timur di katakan sesak dengan kenderaan, dan syabas kepada mereka yang pulang berhari raya tanpa memberikan alasan BENGONG seperti yang tertera dalam kain rentang seperti yang diatas.-Sumber

Thursday, 2 October 2014

RON95 - Kronologi Harga Minyak Malaysia!!! Janji Dicapati


Petikan dan  luahan pemain2 dari group WhatsApp di seluruh Malaysia akibat penurunan subsidi minyak yang mengakibatkan kenaikan harga minyak RON95....sebanyak 20 sen seliter..

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA 

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78) 
01/09/2009 - RM 1.80 (TURUN RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05) 
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)
02/10/2014 - RM 2.30 (kenaikan RM 0.20).

Homework sikit

Berita luar negara lain pulak ceritanya ..... pelik pelik

1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu - telegraph UK (1 hari yang lalu)

2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 - bloomberg
(2 yg lalu)

3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun - Wall street (1  yg lalu)

4) Menteri minyak risau harga minyak yg rendah akn mengurangkan pelaburan - reuters UK (2 hari yg lalu)

5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran - the globe and mail (1 hari yang lalu)

6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun - edmonton journal (1 hari yang lalu)

7) Harga minyak di Malaysia naik -  Kerajaan Malaysia - (18 jam yang lalu)

Wednesday, 1 October 2014

RON95 Naik 20 Sen - Rela Demi Tolong Kerajaan Kita....


SAH! Nah….baru sahaja diumumkan  sebentar tadi, yang mana melalui pengumuman yang disampaikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan yang mana pada awal pagi esok, 2 Oktober (Khamis) bermulanya tawaran harga baru bagi harga minyak RON95 dan harga minyak diesel di Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dengan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan Malaysia mengurangkan beban subsidi petrol RON95, diesel dan LPG yang ditanggung mereka selama ini sejumlah RM21 bilion untuk tahun 2014. Manakala rakyat pula???

Friday, 27 September 2013

Petrol RON95 Tak Akan Naik Tengah Malam Ini - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi itu masih kekal RM2.10. "Pasa masa ini, harga petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 September lalu.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek turut menafikan khabar angin itu. Katanya, khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.

Thursday, 5 September 2013

[FOTO] Pengguna Naik Minyak Akibat RON97 Dinaikkan!!!

Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib dua hari lepas dan terbaru semalam untuk RON97 ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka.


Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).


Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana :


pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.


Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 dan Diesel) - Sumber




PT
Belum reda lagi isu kenaikan harga minyak RON95. Terbaru  dapat berita bahawa RON97 pulak bakal dinaikkan harga. Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng.

Sebaik-baiknya Kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat (ini janji BN!) akibat kenaikan ini semasa mengumumkan kenaikan harga tersebut, termasuklah apa yg hendak dibuat untuk rakyat berhubung dengan wang yang dikatakan dapat dijimatkan berbilion2 itu!

Thursday, 30 May 2013

Telaga Minyak Atas Darat Siap Proses Pertama Dijumpa NGOk R!!

Lawak gila -PRU13 oleh anak2 didik Husam Musa, NGOk-R... Telaga minyak-siap-proses yang pertama ditemui di dunia, warna dah sama dengan petroleum RON95 dan dah boleh digunakan untuk menghidupkan enjin. WOW!!

"Crude oil varies greatly in appearance depending on its composition. It is usually *black* or *dark brown*" -WIKI

Mungkin ini cara untuk menegakkan kelentong oleh ketua mereka yang telah direject di bumi Kelantan...

*Tapi ini teori paling relevan dari Mat Jek (FB)* -motosikal jatuh dalam telaga, minyak motosikal tersebut tumpah dalam telaga & puak2 NGOk-R datang tangguk minyak dan dibawa ke makmal.Kah kah kah....

PT
Apalah puok-puok ni bengong sangat.. Minyak gred RON 95 dalam perigi tu mungkin anugerah daripada Tuhan kerana PAS berjaya mengekalkan kerajaannya di Kelantan. Tuhan beri minyak tak payah proses terus lboeh guna. Ada dalam dunia ni minyak mentah dalam perut bumi tak payah proses? Tak ada kan. Hanya di Kelantan. Bukankah itu anugerah selepas mengundi PAS dapat pahala.

Sumber

Monday, 25 February 2013

[TERKINI !!! VIDEO] Husam Hanya Pandai Cakap Kosong ???


Cakap Sampai Meleleh Air Liur, Tapi Rupanya Tak Gazet( Husam yang kata )

Daripada terus ditipu hidup-hidup oleh lamunan janji manis Husam, lebih baik rakyat Kelantan memegang teguh pada janji pembangunan yang diumumkan oleh PM, ada juga kredibiliti dan reputasinya yang terbukti benar menepati janji. Bo La Weii!!!

Untuk itu, PRU 13 kelak eloklah semua rakyat Kelantan melupakan Husam & PAS serta janji politik mereka yang satu sen pun tidak berguna. Lebih baik pakat-pakat semua memilih BN, dengan demikian BN berpeluang membuktikan janji yang mereka kemukakan adalah janji yang ditepati dan memberi manfaat untuk sekalian rakyat jelata. 


Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 5 February 2013

[VIDEO] #Mustapa_Mohamed- PENJELASAN ISU ROYALTI MINYAK DENGAN FAKTA BUKAN AUTA !!!


Husam Musa hanya pandai berkata-kata tanpa FAKTA ...

Isu Royalti Minyak merupakan talian hayat PAS untuk meraih sokongan anak muda di Kelantan kerena mereka tahu bahawa tidak ramai daripada anak muda ini akan meneliti satu persatu segala undang-undang yang termaktub dalam perjanjian hasil minyak di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Maka sentimen yang dimainkan PAS sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi anak muda untuk menolak BN atas alasan BN menafikan hak Kelantan.

Walhal tahun 1992 Husam Musa sendiri mengakui bahawa selepas perbincangan kerajaan negeri Kelantan terpaksa akur bahawasanya minyak yang ditemui ketika itu bukanlah berada di perairan Kelantan sebaliknya di Vietnam.


Ikuti penjelasan berfakta Tok Pa mengenai isu pembayaran royalti minyak di Kelantan, tidak perlu baca panjang-panjang hanya perlu luangkan masa anda 10 minit untuk meneliti fakta yang diberikan oleh Tok Pa :

Oleh itu lapanglah dada dan ikuti penjelasan daripada Tok Pa, harap-harap penjelasan ini tidak mengusarkan Husam Musa dengan NGO 'R' selepas Presiden mereka kecut telur untuk menyahut cabaran debat oleh blogger kickdefella : - Sumber 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive