Showing posts with label gelombang biru. Show all posts
Showing posts with label gelombang biru. Show all posts

Friday, 17 June 2016

BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar-Noh Omar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) mempunyai agenda yang lebih besar jika calon BN, Budiman Mohd Zohdi berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini, malahan formula sama boleh digunakan untuk menawan kembali Selangor.

Noh berkata kemenangan Sungai Besar akan memberi keyakinan kepada BN untuk merampas negeri Selangor yang sudah dua penggal diperintah PKR, disamping memberi jaminan semua janji akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Bila BN menang saya sebagai Pengerusi BN saya akan pastikan janji yang diberikan pada kempen di sini akan ditunaikan.

“Kita ada agenda yang lebih besar kalau kita janji kita akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRK14) untuk memberi lebih keyakinan kepada pengundi,” kata Noh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Pelancaran Gelombang Biru Wanita UMNO di Bangunan UMNO Sungai Besar pada Khamis.
Menurutnya, formula yang digunakan di Sungai Besar juga akan digunakan di seluruh negeri sekiranya BN mendapat kejayaan dalam PRK kali ini.

“Semua ini akan jadi satu ‘rehersal’ kepada pendekatan atau strategi untuk kita gunakan pada kempen PRU nanti. Kalau menang kita boleh pakai apa yang kita gunakan di sini di keseluruhan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Noh juga mengumumkan semasa hari pengundian nanti BN akan menumpukan kepada perkhidmatan ‘chartered’ bagi membawa pengundi keluar untuk mengundi berbanding servis ‘shuttle’ yang digunakan sebelum ini bagi meraih jumlah majoriti undi yang lebih tinggi.

“Shuttle ni kita hanya ambil pengundi yang ada di beberapa kawasan. Kalau ada kita bawa mereka pergi undi. Tapi chartered ni kita kumpulkan pengundi kita bawa mereka semua sekali. Jadi lebih berkesan. Ramai pengundi yang akan berjaya kita kumpulkan.

“Saya yakin majoriti undi BN akan lebih daripada PRU13 lalu kerana jentera BN berjalan dengan lebih baik dan mereka bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis hari ini calon PRK BN, Budiman Mohd Zohdi serta Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datin Paduka Nor Hayati Onn. Dalam sidang media yang sama Norhayati berkata pergerakan parti kompenan yang sistematik kali ini akan memberi kelebihan kepada BN dalam mencapai peratusan pengundi yang lebih baik selain sokongan ‘Gelombang Biru’ yang sangat konsisten.

“Kita dah belajar daripada PRK sebelum ini bagaimana kita menjalankan pergerakkan jentera PRK yang lebih sistematik, bagaimana kita akan pastikan perkara atau isu kecil tidak akan menyebabkan pengundi tidak mahu mengundi atau mereka mengundi parti lain pada masa pengundian nanti,” katanya.

Dengan kemenangan BN pada 18 Jun ini, Norhayati berharap akan dapat menyambung legasi yang ditinggalkan oleh bekas ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

“Kita juga berharap pengundi Cina akan bersama-sama kita dapat mengenang budi dan berterima kasih kepada BN dengan mengundi Budiman,” katanya.

Kepada pengundi Sg Besar, sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, PT tak mahu beri komen berjela-jela.Cuma PT nak tahu samada Haji Hadi sudah tarik belum amanat yang mengkafirkan orang-orang UMNO dulu? Cukuplah setakat itu sahaja. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive