Showing posts with label UMNOBN. Show all posts
Showing posts with label UMNOBN. Show all posts

Saturday, 18 June 2016

Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN


SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau, di sini.

Beliau tiba di pusat mengundi itu pada kira-kira 8.35 pagi ini dengan ditemani bapa dan ibunya Mohd Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62, yang turut mengundi di pusat mengundi yang sama. Bagaimanapun, isteri beliau Norma Aida Abdullah yang turut menemani tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di Sungai Besar.

“Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan ramai kerana hari ini cuaca dilihat baik berbanding semalam yang hujan sepanjang hari,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi.

Budiman, 44, turut memaklumkan beliau akan meninjau kesemua tempat mengundi bagi melihat proses pengundian dan turut memuji kelancaran proses pengundian yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon BN itu turut yakin BN mampu meningkatkan jumlah undi di beberapa kawasan yang dianggap kubu kuat pembangkang serta berjanji akan menggalas tugas sebaiknya sekiranya diberi mandat oleh rakyat kawasan Sungai Besar.

Tiga saluran mengundi disediakan kepada 1,265 pengundi di sekolah berkenaan yang merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kawasan Sungai Limau, melibatkan Melayu (1,219/96.36 peratus), Cina (41/3.24 peratus), India (3/0.24 peratus) dan kaum Bumiputera (2/0.16 peratus).

Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk PRK Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suasana pengundian pagi ini tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat pada sebelah petang.

Penyokong dan perayu undi daripada parti-parti bertanding juga kelihatan berkumpul secara harmoni di bahu jalan, kira-kira 50 meter dari perkarangan pusat  mengundi  Sk Sg Limau.

Friday, 17 June 2016

BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar-Noh Omar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) mempunyai agenda yang lebih besar jika calon BN, Budiman Mohd Zohdi berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini, malahan formula sama boleh digunakan untuk menawan kembali Selangor.

Noh berkata kemenangan Sungai Besar akan memberi keyakinan kepada BN untuk merampas negeri Selangor yang sudah dua penggal diperintah PKR, disamping memberi jaminan semua janji akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Bila BN menang saya sebagai Pengerusi BN saya akan pastikan janji yang diberikan pada kempen di sini akan ditunaikan.

“Kita ada agenda yang lebih besar kalau kita janji kita akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRK14) untuk memberi lebih keyakinan kepada pengundi,” kata Noh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Pelancaran Gelombang Biru Wanita UMNO di Bangunan UMNO Sungai Besar pada Khamis.
Menurutnya, formula yang digunakan di Sungai Besar juga akan digunakan di seluruh negeri sekiranya BN mendapat kejayaan dalam PRK kali ini.

“Semua ini akan jadi satu ‘rehersal’ kepada pendekatan atau strategi untuk kita gunakan pada kempen PRU nanti. Kalau menang kita boleh pakai apa yang kita gunakan di sini di keseluruhan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Noh juga mengumumkan semasa hari pengundian nanti BN akan menumpukan kepada perkhidmatan ‘chartered’ bagi membawa pengundi keluar untuk mengundi berbanding servis ‘shuttle’ yang digunakan sebelum ini bagi meraih jumlah majoriti undi yang lebih tinggi.

“Shuttle ni kita hanya ambil pengundi yang ada di beberapa kawasan. Kalau ada kita bawa mereka pergi undi. Tapi chartered ni kita kumpulkan pengundi kita bawa mereka semua sekali. Jadi lebih berkesan. Ramai pengundi yang akan berjaya kita kumpulkan.

“Saya yakin majoriti undi BN akan lebih daripada PRU13 lalu kerana jentera BN berjalan dengan lebih baik dan mereka bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis hari ini calon PRK BN, Budiman Mohd Zohdi serta Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datin Paduka Nor Hayati Onn. Dalam sidang media yang sama Norhayati berkata pergerakan parti kompenan yang sistematik kali ini akan memberi kelebihan kepada BN dalam mencapai peratusan pengundi yang lebih baik selain sokongan ‘Gelombang Biru’ yang sangat konsisten.

“Kita dah belajar daripada PRK sebelum ini bagaimana kita menjalankan pergerakkan jentera PRK yang lebih sistematik, bagaimana kita akan pastikan perkara atau isu kecil tidak akan menyebabkan pengundi tidak mahu mengundi atau mereka mengundi parti lain pada masa pengundian nanti,” katanya.

Dengan kemenangan BN pada 18 Jun ini, Norhayati berharap akan dapat menyambung legasi yang ditinggalkan oleh bekas ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

“Kita juga berharap pengundi Cina akan bersama-sama kita dapat mengenang budi dan berterima kasih kepada BN dengan mengundi Budiman,” katanya.

Kepada pengundi Sg Besar, sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, PT tak mahu beri komen berjela-jela.Cuma PT nak tahu samada Haji Hadi sudah tarik belum amanat yang mengkafirkan orang-orang UMNO dulu? Cukuplah setakat itu sahaja. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!! #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR-Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mengingatkan pengundi dan jentera Barisan Nasional (BN) Sungai Besar agar berhati-hati dengan permainan politik kotor dan licik yang mungkin menjadi modal pihak pembangkang di hari terakhir kempen bagi menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap calon BN.

Kata beliau, pihak pembangkang kini berada di tahap yang paling tertekan di waktu-waktu terakhir kempen menjelang hari pengundian, justeru itu mereka boleh berbuat apa saja demi untuk meraih undi dan menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap calon BN.

“Pihak pembangkang kalau berdasarkan track record mereka dalam pilihanraya sebelum ini, kebarangkalian besar mereka akan menggunakan taktik kotor. Di sini saya tekankan kepada jentera PAN agar kita berwaspada dan berhati-hati kerana kita tahu semua jentera mereka adalah dari Dap.

“Ini kerana jentera Dap tidak memahami dan tidak tahu nilai-nilai semangat persefahaman antara kaum di mana kita lihat timbul jentera Dap tidak hormat umat Islam bersempena bulan Ramadan ini dengan mengadakan ceramah mereka yang diadakan pada waktu umat Islam sedang solat terawih, jadi mereka boleh lakukan apa saja provokasi yang melampau.

“Sepertimana minggu lepas, mereka menaikkan papan tanda provokasi yang tertera perkataan-perkataan perkauman yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

“Jadi saya menyeru pada setiap masyarakat, jentera dari dalam dan luar agar lebih berhati-hati dan bertindak pantas untuk menangani apa juga provokasi yang dilakukan oleh pihak lawan terutama daripada PAN,” tegas beliau di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu mana-mana jentera parti atau pengundi di kawasan ini yang melihat sebarang bentuk poster, papan tanda, kain rentang dan sebagainya yang berbaur perkauman dan melanggar tata etika serta undang-undang pilihanraya.

“Kita telah wujudkan biro keselamatan dan biro aduan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) dan mana-mana pihak yang melihat sebarang poster, risalah dan papan tanda yang tidak sepatutnya boleh melaporkan kepada pihak-pihak keselamatan di PDM mereka.

“Dan di command center BN di Sungai Panjang ini juga ada biro keselamatan dan aduan kita yang bertugas selama 24 jam pada 16, 17 dan 18 Jun ini bagi memastikan pilihanraya dan gerak kerja jentera BN di kawasan ini berjalan lancar.

“Sekiranya ada aduan dan laporan berhubung perkara-perkara tersebut maka kita diperingkat bahagian akan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah atau sebarang provokasi melampau dari pihak lawan. Dan pada tarikh-tarikh tersebut juga saya juga akan berada di command center 24 jam bagi memastikan semuanya dalam keadaan terkawal,” ujarnya.

Kepada jentera BN perlu mengambil peluang berkenaan dengan memanfaatkan hari-hari terakhir kempen dalam memastikan penyokong setia BN dan pengundi yang berada di luar Sungai Besar keluar mengundi pada 18 Jun iaitu esok.

Hati-hatilah pengundi Sg Besar, ingat Amanah itu kuda tunggangan Dap, jadikan esok hari yang penuh bermakna.Kuasa memilih pemimpin berada di tangan anda. Pastikan PRK Sg Besar tidak berlalu sia-sia dan esok merupakan hari penentuan. Bijak memilih, Sg Besar bersih. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Thursday, 16 June 2016

Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Usaha Yang Dilakukan Sejak Mac 2016 bagi pembebasan Nelayan dan pemulangan bot akhirnya membuahkan hasil. Kepulangan 2 orang nelayan sekinchan amat dinantikan.

Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional kerana usaha murni telah melegakan keluarga yang terlibat.

Tarikh 18hb hanya satu hari saja lagi.Ketibaannya ditunggu penuh debaran. Akan menangkah YB Budiman di PRK Sg Besar nanti. Ataupun calon Pas dan Amanah bakal ditalkin tanpa kubur Sabtu ini?

PT mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi Sg Besar. Kuasa memilih pemimpin sebagai wakil berada ditangan anda. Pastikan PRK Sg Besar tidak berlalu sia-sia, bijak memilih, Sg Besar bersih.Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Mungkin kerana sedang tertekan dengan kurangnya sokongan penduduk terhadap calon Pas berbanding Umno dan Amanah di Sungai Besar  ketika ini, pemimpin Pas seperti hilang pertimbangan sebaik membuka mulut mereka. Di sebalik mengatakan parti itu ketika ini mengamalkan politik matang dan sejahtera, tiada dendam, ingin berbaik dengan semua dan macam-macam lagi kata-kata yang memikat kalbu, hakikatnya perbuatan yang ditunjukkan amat bertentangan sekali.

Sebelum ini Hadi Awang mengatakan berdosa dan celaka jika pengundi tidak tidak menyokong calon mereka, melabel Amanah sebagai alat DAP dan kemudian ada peguam Pas, oleh kerana ketiadaan isu, turut membangkitkan isu remeh berkaitan warna sebenar logo parti itu.

Terbaru ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak logo dan warna jingga yang menjadi imej Amanah dengan mengatakannya sebagai parti yang nanar atau bengong kerana tidak pandai memilih logo sehingga menyerupai lambang stesen televisyen India, Imayam TB serta memilih warna yang sama dengan tok sami.

"Bukti nanar ini nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna yang serupa dengan tok sami.

"Lambang pula lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?" katanya ketika berucap di Kuala Kangsar.

Alahai...kesian sungguh dengan pimpinan Pas ini? Sudah kering isu sangatkah? Inikah tanda politik matang dan sejahtera, tiada dendam serta ingin berbaik dengan semua?

Kepada pimpinan Pas, sebelum mahu menyebut politik matang, sejahtera, tiada dendam dan sebagainya kepada khalayak umum, eloklah belajar dulu mengawal emosi, cool, tidak banyak mengarut dan sentiasa rasional dalam perbuatan atau pengucapan. Jika tidak, malu kat budak-budak sekolah dengan serban.

Selain buta dan ketinggalan isu semasa yang dihadapi rakyat marhaen, para pendokong TUANG AMANAT 1981 cenderung bermulut celupar, bercakap seperti bangang.Melabel - fitnah jelek adalah seperti sudah jadi darah daging.Kebanyakkan manusia biasa akan merasa malu apabila bercakap yang tidak mencerminkan akidah/pegangan agama tetapi berbeza sekali mereka-mereka yang tidak sayang mulut ini.

Sama ada mereka ini tidak berfikir sebelum bercakap ataupun mereka sudah tiada perasaan malu apabila jarang sekali beradab/bersopan bila berbicara.

Inikah pemimpin yang pengundi Sg Besar mahu pilih sebagai wakil mereka?? Kepada pengundi Sg Besar janganlah perjudikan nasib anda semua dengan memilih pemimpin yang hanya reti menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan pihak.

Berbaki dua hari saja lagi untuk pengundi membuat pilihan yang tepat untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu membela nasib penduduk Sg Besar. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Anda mampu mengubahnya!!!!

Wednesday, 15 June 2016

Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI PANJANG - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan secara jelas menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau memberitahu ketokohan yang ada pada Azhar mampu membawa suara rakyat yang cukup besar di dalam Parlimen. Malah katanya, latar belakang dan kredibiliti Azhar mampu mengangkat martabat rakyat Parlimen itu untuk diketengahkan di Dewan Rakyat.

"Saya dah berbincang panjang..saya nyatakan sokongan penuh kepada calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan," katanya ketika berucap pada Program Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang hari ini. Bagaimanapun, Mohamed Azmin turut menasihati Adun Meru, Dr Rani Osman agar tidak bersedih.

"Kita sahabat dalam Dun. Beliau (Abdul Rani) juga banyak beri sokongan pada dasar kerajaan sejak 2008 untuk menjayakan program yang akan dan telah dilaksanakan.

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama dalam kerajaan negeri dan bertekad menentang kezaliman BN di Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik,"katanya.

Pengundi Sg Besar jangan biarkan diri anda dibelenggu oleh perasaan kesian kepada pembangkang, berfikir secara waras dan jangan sesekali perjudikan nasib anda ditangan pembangkang di hari mengundi nanti. Fikir-fikir dan renung-renungkan.  Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Retak menenti belah... itulah situasi dalam kerajaan Selangor selepas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang disokong oleh PAS, kini berpaling tadah dengan menyokong PAN dan berkempen untuk parti tersebut. Azmin dijadualkan berkempen untuk PAN di Sungai Panjang Sungai Besar Selangor petang Selasa.

Ini sudah pasti akan menaikkan ego Parti Amanah Nasional (PAN) yang sedang berusaha untuk menunjukkan mereka sebahagian daripada kerajaan Selangor dengan menabur janji-janji dalam PRK Sungai Besar. Apa yang menjadi musykilnya adalah jika PAN tabur janji sebagai kerajaan... di mana kedudukan PAS, parti yang mempunyai 13 kerusi DUN (campur satu Tan Sri Khalid Ibrahim Bebas Pelabuhan Klang) merupakan tulang belakang kerajaan Selangor.

Untuk rekod, Azmin tidak akan menjadi Menteri Besar tanpa sokongan PAS kerana ketika itu 13 ADUN PKR dan 15 ADUN DAP menetapkan calon MB mereka adalah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bukannya Azmin. Azmin bagaimanapun berjaya membuatkan lima ADUN PKR 'uturn' dan dengan sokongan PAS serta ADUN-ADUN BN yang berkecuali beliau mempunyai majoriti yang kemudiannya menyebabkan PKR dan DAP terpaksa menyokongnya.

Sebab itu, Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Iskandar Samad dalam sidang media di markaz Induk PAS Sungai Besar berkata PAN usah ‘berlagak’ umpama mereka kerajaan negeri Selangor kerana hakikatnya pembentukan itu adalah hasil tiga parti iaitu PAS, PKR, dan DAP.

Menurutnya pembentukan kerajaan negeri pada 2008 dan 2013 adalah daripada tiga parti itu. Jelas beliau, PAN baru saja ditubuhkan dan mereka tidak boleh ‘berlagak’ seperti kerajaan negeri sedangkan fakta adalah sebaliknya.

“Sesiapa saja boleh mendakwa bermacam perkara. Sama juga keadaannya dengan PAN, mereka boleh mendakwa macam-macam seolah mereka sebahagian daripada kerajaan negeri,” katanya.

Naib Presiden PAS itu menyindir dengan mengatakan jawatan paling tinggi disandang oleh ahli PAN itu hanyalah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), yang tidak mempunyai kuasa menentukan dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad berkata PAN menolak dakwaan mereka tidak layak membuat janji kepada pengundi di Sungai Besar kerana mereka bukan kerajaan. Pengarah Komunikasi, Khalid Samad, berkata Pakatan Harapan mempunyai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Kerajaan Selangor berbanding PAS yang hanya memiliki 13 wakil rakyat.
Katanya, parti itu juga disokong Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan EXCO PKR serta DAP.

"Saya hairan mengapa perkara ini diungkitkan oleh (Naib Presiden PAS) Datuk Iskandar Abdul Samad kerana jika dakwaan kita tidak tepat, maka sudah tentu ia akan disanggah Menteri Besar atau EXCO PKR dan DAP.

"PAS hanya ada 13 ADUN, Kerajaan Selangor dipimpin oleh PH yang mendominasi dari segi jumlah dengan 29 ADUN. Jelaslah 29 lebih besar daripada 13, jadi kita berhak bercakap bagi pihak kerajaan negeri dan membuat janji kepada pengundi di sini," katanya.

Perbalahan kem pembangkang semakin ketara dan huru hara diantara Pan dan Pas. Masing-masing ingin menjadikan PRK Sungai Besar sebagai medan untuk merebut sokongan dan simpati dari MB Selangor. Kononnya merekalah yang paling layak untuk menabur janji kepada pengundi- pengundi di Sungai Besar. Kehadiran MB Selangor berkempen untuk kem Pan di sini menambahkan lagi luka yang sedia ada diantara Pkr dan Pas.

Kepada pengundi parlimen Sg Besar persetankan dengan keretakan pembangkang, jadikan 18hb nanti hari terbaik untuk memilih pemimpin yang dapat membela nasib penduduk Sg Besar. Fikir - fikir  dan renung - renungkan. Anda mampu mengubahnya!!!

Tuesday, 14 June 2016

Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) menjadikan kekalahannya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas sebagai satu iktibar. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Umno dan BN menghormati keputusan pengundi Cina untuk tidak memberi undi kepada kerajaan pada waktu itu dan menyedari bahawa mereka melakukannya kerana mahu memberi mesej tertentu.

“Kadang-kadang rakyat ingin beri isyarat tertentu, kita tak boleh pandang enteng sahaja, yang lepas sudah lepas, kita ambil sebagai iktibar dengan hormati suara rakyat.

“Tapi untuk pilihan raya kali ini kita mesti menjelaskan dan mesti berterus-terang, kita tetap ingin merayu, ingin memohon sokongan sahabat-sahabat pengundi Cina,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di sini, Selasa.

Annuar berkata, kekalahan BN di Sekinchan dalam PRU lepas perlu dilihat sebagai teguran rakyat dan jentera parti tidak harus berputus asa dengan kekalahan lalu.

“Kita tak harus memandang sepi, sinikal atau memandang serong kalau pun betul dulu di Sekinchan misalnya kita dapat undi sikit sahaja, kita tak harus putus asa, kita harus hormat suara rakyat, itu teguran rakyat,” tegasnya.

Mengulas mengenai cabaran BN dalam berdepan pembangkang yang ingin menjadikan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai kayu pengukur dalam menuju PRU-14, Annuar berkata, sebagai parti memerintah, BN sentiasa berdepan cabaran besar.

Bagaimanapun katanya, dengan formula yang ada dalam BN untuk mengekalkan keamanan, kestabilan ekonomi dan keharmonian kaum di negara ini beliau optimis BN akan terus mendapat sokongan rakyat termasuk pengundi Cina.

Katanya, kebanyakan masyarakat Cina di negara ini mencari rezeki dengan berniaga dan berdagang, justeru faktor seperti kestabilan ekonomi dan perpaduan kaum penting untuk mereka.

“Saya percaya masyarakat Cina menghargai kestabilan dan perkembangan ekonomi yang sedang diuruskan oleh kerajaan. Dalam konteks ini, Annuar berkata, masyarakat Cina dilihat lebih pragmatik kerana mereka boleh memberi undi kepada parti lain yang menjadi pilihan mereka walaupun tidak berada dalam parti tersebut.

“Saya tak fikir orang Cina ada masalah sokong BN, sebab selama ini pun masyarakat Cina adalah penyokong kuat kita, tapi adakalanya mereka tarik undi daripada kita, mungkin ada isyarat tertentu.

“Kalau kita boleh bersikap terbuka, saya percaya bukan semua orang Cina suka DAP, mereka lebih suka BN tapi adakalanya mungkin pengundi Cina nak memberikan mesej tertentu kepada kita,” katanya.

Berbaki tiga hari lagi tarikh sebenar hari pembuangan undi , kepada pengundi-pengundi parlimen Sg Besar jadikan hari yang terbaik untuk anda memangkah calon BN bagi menyambung legasi wakil rakyat yang lepas. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Anda mampu mengubahnya!!!

YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menerbitkan sebuah buku bertajuk “Mesti Dapat Kerja” bagi berkongsi pengalaman dengan anak-anak muda setempat cara terbaik untuk mendapatkan kerja. Budiman mendapat idea menerbitkan buku selepas sering mendengar keluhan anak muda sukar mendapat pekerjaan.

Buku tersebut dilancarkan pada Selasa di pusat Giat MARA Sungai Besar dan diedarkan kepada kira-kira 100 pelatih di situ, ia juga merupakan buku ketiga diterbitkan beliau sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

Budiman berkata buku yang ditulis dan diterbitkan itu selepas mendengar sendiri keluhan ramai golongan belia yang sukar mendapat pekerjaan selepas ditemuduga atau tidak pandai memohon pekerjaan yang ditawarkan.

“Dalam buku ini ada sedikit perkongsian mengenai bagaimana caranya mencari pekerjaan yang sesuai dan cara menghadapi temuduga, disertakan dengan ilustrasi yang mudah difahami sebagai input tambahan kepada anak muda yang gagal mendapatkan pekerjaan.

“Tindakan saya menerbitkan buku bukanlah sesuatu yang asing kerana agenda menyampaikan ilmu pada bangsa sudah dilakukan sejak saya baru menjadi wakil rakyat lagi,” katanya hari ini.

Budiman berkata, beliau pernah melihat borang permohonan kerja yang dihantar golongan belia yang perlu diperbaiki kerana memberikan emel yang tidak sesuai, meletakkan akaun media sosial atau maklumat yang tidak menarik. Katanya, perkara sedemikian mungkin perkara kecil bagi pemohon tetapi sebaliknya bagi bakal majikan.

“Golongan belia juga harus memperhalusi bidang pekerjaan yang mereka mahu pohon bagi memastikan ia bersesuaian dengan prospek ekonomi semasa atau tidak. Sebagai contoh, bidang pertanian atau nelayan mungkin tidak bersesuaian dengan kebanyakan belia tetapi mereka boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan berkenaan jika mahu berusaha.

“Pada masa sama, setiap belia perlu mempunyai idola yang boleh contohi selain tidak lagi kabur dalam memilih cita-cita,” katanya. Budiman berkata, buku berkenaan diedarkan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan dan ia sebagai salah satu khidmat serta sumbangan beliau kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja sepanjang berkempen tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk rakyat terutamanya golongan belia.

Pengundi-pengundi parlimen Sg Besar tidak perlu berfikir panjang dalam siapa calon yang layak untuk memimpin anda. Jangan sesekali tersilap langkah memilih calon yang hanya reti berjanji bulan dan bintang tetapi hanya janji sahaja. PT yakin dan percaya calon BN adalah calon yang paling untuk membela nasib penduduk Sg Besar. Fikir-fikir dan renung- renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR: Parti Amanah Negara (Amanah) membidas tindakan PAS yang mempertikaikan mengenai kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu mendapat sokongan majoriti Pakatan Harapan yang mempunyai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berbanding PAS yang mempunyai 13 Adun.

“Pakatan Harapan ada 29 Adun dalam kerajaan negeri. Kalau 29 banding dengan 13, jelaslah 29 lagi besar.

“Kita disokong oleh menteri besar, oleh exco-exco PKR dan DAP yang jauh melebihi jumlah exco yang ada dalam PAS,” katanya kepada pemberita di pejabat Amanah Sungai Besar di sini, Isnin.

Khalid menjawab kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Amanah tidak layak untuk menabur janji kepada pengundi di Sungai Besar kerana tidak mempunyai wakil dalam kerajaan negeri. Iskandar turut mempersoalkan kempen yang dijalankan Amanah, seolah-olah parti itu berada dalam pentadbiran terdahulu dan pentadbiran semasa kerajaan Selangor.

“Saya cukup hairan kenapa ia diungkit oleh Iskandar kerana semestinya jika dakwaan kita tidak tepat, ia akan disanggah oleh menteri besar, PKR atau DAP sendiri.

“Jadi kita cukup berhak untuk bercakap bagi pihak kerajaan negeri Selangor dan menjanjikan beberapa tindakan atau janji-janji yang ada hubung kait dengan kerajaan negeri,” katanya. Jelasnya, PAS kini bersendirian dengan 13 Adun, berbeza dengan Amanah yang mendapat sokongan PKR dan DAP.

"Atau dia (PAS) bersama Umno saya tak tahulah,” katanya. Keseluruhannya, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN.

Dua parti ni samada Pas atau Amanah memang tidak layak menabur janji kepada pengundi di Sungai Besar. Apalagi untuk memimpin, sebelum penamaan calon mereka tak henti-henti saling menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan pihak lawan.

PT yakin pengundi Sg Besar sudah lama membuat pilihan yang tepat dengan memilih pemimpin yang benar-benar dapat merealisasikan harapan seluruh penduduk Sg Besar. Iaitu calon dari BN YB Budiman Mohd Zohdi. Fikir-fikir dan renung- renungkan, kita mampu mengubahnya!!!

Monday, 13 June 2016

Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Berdosa dan celaka jika pilih wakil rakyat salah, kata Hadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini. Katanya, memilih wakil rakyat adalah satu tanggungjawab.

“Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita,” katanya pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam. PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah pada akhirat termasuk memasuki syurga.

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan. Pilihan raya kecil Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi, dan calon AMANAH Azhar Shukur.

Hadi berkata calon-calon PAS, termasuk Dr Rani adalah jujur serta bertanggungjawab kerana telah melafazkan sumpah bai'ah bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari prinsip-prinsip parti Islam itu.

“Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah “Sebab itu wakil PAS tak makan dedak walaupun orang tabur dedak,” katanya, merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata bahawa beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi “apa yang dia nampak ialah dedak."

Menurut Hadi, sumpah bai’ah itu adalah mengapa wakil PAS tidak pernah terbabit dalam mana-mana skandal rasuah, termasuk yang melibatkan banglo. Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, bidasan itu mungkin ditujukan kepada bekas sekutu PAS yang kini bertukar menjadi musuhnya, iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang kini disiasat atas tuduhan rasuah kerana membeli banglo di bawah harga pasaran.

Hadi juga mungkin merujuk kepada bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo, yang baru-baru dibebaskan daripada tahanan rumah selepas menjalani hukuman penjara kerana skandal rasuah dalam pembelian banglonya.

Betul atau tidak, apa yang didakwa oleh tuang presideng Pas itu...terpulanglah kepada pengundi Sg Besar. Jangan mudah terpedaya dengan pemimpin parti yang menggunakan agama untuk meraih kemenangan mudah pada prk nanti. Guna akal secara waras demi legasi BN yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noriah Kasnon.Fikir-fikir dan renung-renungkan. Kita mampu mengubahnya!!!!

Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan Rakyat @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi berkata bahawa segala permasalahan yang berhubung isu kesejahteraan rakyat di kawasan parlimen Sungai Besar akan menjadi fokus utama beliau untuk diselesaikan sekiranya BN diberi peluang sekali lagi untuk menjadi wakil bagi rakyat di kawasan parlimen ini.

Jelas beliau, inilah tugas sebagai seorang wakil rakyat yang menjadi orang tengah bagi menyampaikan sebarang permasalahan rakyat setempat kepada kerajaan pusat.

“Saya suka mengambil tema permasalahan ini dengan kaedah bagaimana kita mahu memastikan kesejahteraan rakyat itu dilaksanakan secara berterusan.

“Jika berdasarkan kluster pengundi sama ada nelayan, penanam padi dan pekebun, mereka punyai masalah tersendiri yang berkaitan dengan kesejahteraan mereka. Kalau mereka merasakan punca pendapatan mereka terganggu, maka itu adalah satu isu bagi mereka.

“Contohnya majoriti daripada pesawah padi merasakan isu pemutuan padi dengan potongan sebanyak 20 peratus itu menyusahkan mereka.

“Tetapi dalam masa yang sama ada aspek-aspek lain yang perlu diambil kira sebagai contohnya sistem pengairan, suhu akibat bencana seperti El Nino kesan daripada perubahan cuaca, jadi perkara-perkara ini perlu juga untuk kita ambil kira dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam satu temubual ekslusif di sini hari ini.

Tambah beliau, begitu juga dengan golongan nelayan. Golongan ini juga punyai masalah tersendiri di mana nelayan di persisiran pantai di kawasan ini merasakan kaedah mereka mencari makan terganggu, dengan kehadiran pukat-pukat tunda yang melepasi kawasan mereka.

“Manakala golongan pekebun sayur di kawasan ini pula merasa terganggu dengan isu kenaikan harga racun dan baja yang semakin meningkat dan ianya diluar kawalan mereka.

“Jadi inilah perkara-perkara yang dikatakan sebagai isu kesejahteraan rakyat yang perlu diselesaikan dengan melihat pelbagai aspek, agar permasalahan ini dapat diselesaikan dan jalan penyelesaian yang diambil perlu mengambil kira faktor-faktor kesejahteraan rakyat secara berterusan,”ujarnya.

Justeru itu tegas Budiman, sekiranya beliau diberi peluang oleh pengundi di kawasan parlimen Sungai Besar ini untuk menjadi wakil rakyat mereka, maka sudah pasti permasalahan rakyat di sini menjadi lebih mudah untuk disampaikan kepada kerajaan pusat.

“Inilah tugas saya sebagai mediator atau sebagai orang tengah antara rakyat dan kerajaan. Hari ini, kerajaan BN adalah kerajaan pusat dan Alhamdulillah, saya juga mewakili kerajaan BN.

“Jadi insyaAllah apa yang saya sebutkan tadi sebagai isu kesejahteraan rakyat akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling mudah untuk kita selesaikan, demi untuk manfaat rakyat di kawasan parlimen ini,”ujarnya.

PT yakin dan percaya pengundi - pengundi parlimen Sg Besar tidak mudah untuk ditipu oleh pihak pembangkang dalam menentukan wakil rakyat mereka. Inilah masa dan peluang terbaik menentukan masa depan penduduk Sg Besar ke arah kesejahteraan dan kemudahan serta pembangunan. Fikir - fikir dan renung-renungkan. Pengundi- pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive