Showing posts with label Amanah. Show all posts
Showing posts with label Amanah. Show all posts

Saturday, 18 June 2016

Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN


SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau, di sini.

Beliau tiba di pusat mengundi itu pada kira-kira 8.35 pagi ini dengan ditemani bapa dan ibunya Mohd Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62, yang turut mengundi di pusat mengundi yang sama. Bagaimanapun, isteri beliau Norma Aida Abdullah yang turut menemani tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di Sungai Besar.

“Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan ramai kerana hari ini cuaca dilihat baik berbanding semalam yang hujan sepanjang hari,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi.

Budiman, 44, turut memaklumkan beliau akan meninjau kesemua tempat mengundi bagi melihat proses pengundian dan turut memuji kelancaran proses pengundian yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon BN itu turut yakin BN mampu meningkatkan jumlah undi di beberapa kawasan yang dianggap kubu kuat pembangkang serta berjanji akan menggalas tugas sebaiknya sekiranya diberi mandat oleh rakyat kawasan Sungai Besar.

Tiga saluran mengundi disediakan kepada 1,265 pengundi di sekolah berkenaan yang merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kawasan Sungai Limau, melibatkan Melayu (1,219/96.36 peratus), Cina (41/3.24 peratus), India (3/0.24 peratus) dan kaum Bumiputera (2/0.16 peratus).

Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk PRK Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suasana pengundian pagi ini tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat pada sebelah petang.

Penyokong dan perayu undi daripada parti-parti bertanding juga kelihatan berkumpul secara harmoni di bahu jalan, kira-kira 50 meter dari perkarangan pusat  mengundi  Sk Sg Limau.

Friday, 17 June 2016

BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar-Noh Omar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) mempunyai agenda yang lebih besar jika calon BN, Budiman Mohd Zohdi berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini, malahan formula sama boleh digunakan untuk menawan kembali Selangor.

Noh berkata kemenangan Sungai Besar akan memberi keyakinan kepada BN untuk merampas negeri Selangor yang sudah dua penggal diperintah PKR, disamping memberi jaminan semua janji akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Bila BN menang saya sebagai Pengerusi BN saya akan pastikan janji yang diberikan pada kempen di sini akan ditunaikan.

“Kita ada agenda yang lebih besar kalau kita janji kita akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRK14) untuk memberi lebih keyakinan kepada pengundi,” kata Noh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Pelancaran Gelombang Biru Wanita UMNO di Bangunan UMNO Sungai Besar pada Khamis.
Menurutnya, formula yang digunakan di Sungai Besar juga akan digunakan di seluruh negeri sekiranya BN mendapat kejayaan dalam PRK kali ini.

“Semua ini akan jadi satu ‘rehersal’ kepada pendekatan atau strategi untuk kita gunakan pada kempen PRU nanti. Kalau menang kita boleh pakai apa yang kita gunakan di sini di keseluruhan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Noh juga mengumumkan semasa hari pengundian nanti BN akan menumpukan kepada perkhidmatan ‘chartered’ bagi membawa pengundi keluar untuk mengundi berbanding servis ‘shuttle’ yang digunakan sebelum ini bagi meraih jumlah majoriti undi yang lebih tinggi.

“Shuttle ni kita hanya ambil pengundi yang ada di beberapa kawasan. Kalau ada kita bawa mereka pergi undi. Tapi chartered ni kita kumpulkan pengundi kita bawa mereka semua sekali. Jadi lebih berkesan. Ramai pengundi yang akan berjaya kita kumpulkan.

“Saya yakin majoriti undi BN akan lebih daripada PRU13 lalu kerana jentera BN berjalan dengan lebih baik dan mereka bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis hari ini calon PRK BN, Budiman Mohd Zohdi serta Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datin Paduka Nor Hayati Onn. Dalam sidang media yang sama Norhayati berkata pergerakan parti kompenan yang sistematik kali ini akan memberi kelebihan kepada BN dalam mencapai peratusan pengundi yang lebih baik selain sokongan ‘Gelombang Biru’ yang sangat konsisten.

“Kita dah belajar daripada PRK sebelum ini bagaimana kita menjalankan pergerakkan jentera PRK yang lebih sistematik, bagaimana kita akan pastikan perkara atau isu kecil tidak akan menyebabkan pengundi tidak mahu mengundi atau mereka mengundi parti lain pada masa pengundian nanti,” katanya.

Dengan kemenangan BN pada 18 Jun ini, Norhayati berharap akan dapat menyambung legasi yang ditinggalkan oleh bekas ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

“Kita juga berharap pengundi Cina akan bersama-sama kita dapat mengenang budi dan berterima kasih kepada BN dengan mengundi Budiman,” katanya.

Kepada pengundi Sg Besar, sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, PT tak mahu beri komen berjela-jela.Cuma PT nak tahu samada Haji Hadi sudah tarik belum amanat yang mengkafirkan orang-orang UMNO dulu? Cukuplah setakat itu sahaja. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Thursday, 16 June 2016

Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Mungkin kerana sedang tertekan dengan kurangnya sokongan penduduk terhadap calon Pas berbanding Umno dan Amanah di Sungai Besar  ketika ini, pemimpin Pas seperti hilang pertimbangan sebaik membuka mulut mereka. Di sebalik mengatakan parti itu ketika ini mengamalkan politik matang dan sejahtera, tiada dendam, ingin berbaik dengan semua dan macam-macam lagi kata-kata yang memikat kalbu, hakikatnya perbuatan yang ditunjukkan amat bertentangan sekali.

Sebelum ini Hadi Awang mengatakan berdosa dan celaka jika pengundi tidak tidak menyokong calon mereka, melabel Amanah sebagai alat DAP dan kemudian ada peguam Pas, oleh kerana ketiadaan isu, turut membangkitkan isu remeh berkaitan warna sebenar logo parti itu.

Terbaru ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak logo dan warna jingga yang menjadi imej Amanah dengan mengatakannya sebagai parti yang nanar atau bengong kerana tidak pandai memilih logo sehingga menyerupai lambang stesen televisyen India, Imayam TB serta memilih warna yang sama dengan tok sami.

"Bukti nanar ini nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna yang serupa dengan tok sami.

"Lambang pula lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?" katanya ketika berucap di Kuala Kangsar.

Alahai...kesian sungguh dengan pimpinan Pas ini? Sudah kering isu sangatkah? Inikah tanda politik matang dan sejahtera, tiada dendam serta ingin berbaik dengan semua?

Kepada pimpinan Pas, sebelum mahu menyebut politik matang, sejahtera, tiada dendam dan sebagainya kepada khalayak umum, eloklah belajar dulu mengawal emosi, cool, tidak banyak mengarut dan sentiasa rasional dalam perbuatan atau pengucapan. Jika tidak, malu kat budak-budak sekolah dengan serban.

Selain buta dan ketinggalan isu semasa yang dihadapi rakyat marhaen, para pendokong TUANG AMANAT 1981 cenderung bermulut celupar, bercakap seperti bangang.Melabel - fitnah jelek adalah seperti sudah jadi darah daging.Kebanyakkan manusia biasa akan merasa malu apabila bercakap yang tidak mencerminkan akidah/pegangan agama tetapi berbeza sekali mereka-mereka yang tidak sayang mulut ini.

Sama ada mereka ini tidak berfikir sebelum bercakap ataupun mereka sudah tiada perasaan malu apabila jarang sekali beradab/bersopan bila berbicara.

Inikah pemimpin yang pengundi Sg Besar mahu pilih sebagai wakil mereka?? Kepada pengundi Sg Besar janganlah perjudikan nasib anda semua dengan memilih pemimpin yang hanya reti menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan pihak.

Berbaki dua hari saja lagi untuk pengundi membuat pilihan yang tepat untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu membela nasib penduduk Sg Besar. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Anda mampu mengubahnya!!!!

Wednesday, 15 June 2016

Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI PANJANG - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan secara jelas menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau memberitahu ketokohan yang ada pada Azhar mampu membawa suara rakyat yang cukup besar di dalam Parlimen. Malah katanya, latar belakang dan kredibiliti Azhar mampu mengangkat martabat rakyat Parlimen itu untuk diketengahkan di Dewan Rakyat.

"Saya dah berbincang panjang..saya nyatakan sokongan penuh kepada calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan," katanya ketika berucap pada Program Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang hari ini. Bagaimanapun, Mohamed Azmin turut menasihati Adun Meru, Dr Rani Osman agar tidak bersedih.

"Kita sahabat dalam Dun. Beliau (Abdul Rani) juga banyak beri sokongan pada dasar kerajaan sejak 2008 untuk menjayakan program yang akan dan telah dilaksanakan.

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama dalam kerajaan negeri dan bertekad menentang kezaliman BN di Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik,"katanya.

Pengundi Sg Besar jangan biarkan diri anda dibelenggu oleh perasaan kesian kepada pembangkang, berfikir secara waras dan jangan sesekali perjudikan nasib anda ditangan pembangkang di hari mengundi nanti. Fikir-fikir dan renung-renungkan.  Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Tuesday, 14 June 2016

Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) menjadikan kekalahannya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas sebagai satu iktibar. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Umno dan BN menghormati keputusan pengundi Cina untuk tidak memberi undi kepada kerajaan pada waktu itu dan menyedari bahawa mereka melakukannya kerana mahu memberi mesej tertentu.

“Kadang-kadang rakyat ingin beri isyarat tertentu, kita tak boleh pandang enteng sahaja, yang lepas sudah lepas, kita ambil sebagai iktibar dengan hormati suara rakyat.

“Tapi untuk pilihan raya kali ini kita mesti menjelaskan dan mesti berterus-terang, kita tetap ingin merayu, ingin memohon sokongan sahabat-sahabat pengundi Cina,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di sini, Selasa.

Annuar berkata, kekalahan BN di Sekinchan dalam PRU lepas perlu dilihat sebagai teguran rakyat dan jentera parti tidak harus berputus asa dengan kekalahan lalu.

“Kita tak harus memandang sepi, sinikal atau memandang serong kalau pun betul dulu di Sekinchan misalnya kita dapat undi sikit sahaja, kita tak harus putus asa, kita harus hormat suara rakyat, itu teguran rakyat,” tegasnya.

Mengulas mengenai cabaran BN dalam berdepan pembangkang yang ingin menjadikan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai kayu pengukur dalam menuju PRU-14, Annuar berkata, sebagai parti memerintah, BN sentiasa berdepan cabaran besar.

Bagaimanapun katanya, dengan formula yang ada dalam BN untuk mengekalkan keamanan, kestabilan ekonomi dan keharmonian kaum di negara ini beliau optimis BN akan terus mendapat sokongan rakyat termasuk pengundi Cina.

Katanya, kebanyakan masyarakat Cina di negara ini mencari rezeki dengan berniaga dan berdagang, justeru faktor seperti kestabilan ekonomi dan perpaduan kaum penting untuk mereka.

“Saya percaya masyarakat Cina menghargai kestabilan dan perkembangan ekonomi yang sedang diuruskan oleh kerajaan. Dalam konteks ini, Annuar berkata, masyarakat Cina dilihat lebih pragmatik kerana mereka boleh memberi undi kepada parti lain yang menjadi pilihan mereka walaupun tidak berada dalam parti tersebut.

“Saya tak fikir orang Cina ada masalah sokong BN, sebab selama ini pun masyarakat Cina adalah penyokong kuat kita, tapi adakalanya mereka tarik undi daripada kita, mungkin ada isyarat tertentu.

“Kalau kita boleh bersikap terbuka, saya percaya bukan semua orang Cina suka DAP, mereka lebih suka BN tapi adakalanya mungkin pengundi Cina nak memberikan mesej tertentu kepada kita,” katanya.

Berbaki tiga hari lagi tarikh sebenar hari pembuangan undi , kepada pengundi-pengundi parlimen Sg Besar jadikan hari yang terbaik untuk anda memangkah calon BN bagi menyambung legasi wakil rakyat yang lepas. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Anda mampu mengubahnya!!!

Thursday, 31 May 2012

BIAR BETUL !!! SHEIKH KADIR # KELUAR PARTI KERANA NAK TUBUH PARTI

Ada angin senja yang berhembus membawa khabar bekas MT Umno yang sudah tidak lagi mempercayai kepada parti itu dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti yang disertai lebih 50 tahun itu, Kadir Sheikh Fadzil akan menubuhkan parti politik baru sebagai platform barunya untuk berjuang membela rakyat dan serentak itu mendedahkan kebusukan Umno.

Kadir dikata mengambil keputusan itu selepas beliau gagal untuk menyalin Ngo Angkatan Amanat Merdeka (Amanah) sebagai parti politik apabila mendapat bantahan daripada kebanyakan anggota Ngo berkenaan.

Sebelum ini Kadir yang juga timbalan presiden Amanah dikatakan telah mencadangkan kepada Tengku Razaleigh berbuat demikian tetapi permintaan itu tidak disetujui Tengku Razaleigh kerana beliau menghormati majoriti ahli yang mahu Amanah kekal sebagai sebuah Ngo bebas tanpa berparti.

Bekas menteri penerangan itu kini dikatakan sedang memikirkan apakah nama parti politik baru itu. Khabar angin tersebut secara langsung menjelaskan Kadir masih belum puas berjuang menerusi parti politik. Kadir yang meninggalkan Umno kerana menyedari parti itu sudah jauh terpesong dari perjuangan asal serta amalan politik wang dalam parti itu, kebelakangan rancak memburukkan parti tersebut.

Tindakan terbaru beliau kini sudah mulai turun ke gelanggang dan berada sepentas dengan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Pas. Di Kedah minggu lalu beliau berceramah bersama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan timbalannya Muhammad Sabu. Katanya puluhan ribu hadir mendengar syarahan Kadir dan sambutan hangat itu semakin menghairankan beliau untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum itu beliau telah mengunjungi ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut dan beramah mesra dan bertgukar-tukar fikiran dengan Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar dan lain-lain.

Beliau juga pada malam Sabtu lalu turun ke Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dalam majlis countdown Bersih dan ikut sama berucap. Sebelum ini Kadir menegaskan beliau akan berada di barisan hadapan dalam himpunan Bersih: Duduk dan Bantah 3.0 pada 29 April nanti.

Dalam pada itu ada desas desus menyebut kemungkinan sekiranya usaha Kadir untuk menubuhkan parti politik gagal beliau akan memilih untuk menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Penyertaan itu bagi membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Disebut-sebut juga Pas telah menawar keahlian kepada Kadir.

Untuk Kadir berundur dari langkah 'songsangnya' sekarang kerana meninggal parti yang pernah meletakkan beliau sebagai menteri, tidak mungkin lagi kerana beliau sudah menapak dan terlanjur begitu jauh.

Sumber : Mso

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive