Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Thursday, 8 May 2014

Hudud!!! Renungan Dari Pelbagai Sudut

Kerapkali orang menyangka bahawa mereka boleh “melaksanakan hukum Allah” (menggunakan ungkapan mereka) hanya dengan semangat yang berkobar, tangan yang digenggam dan pekikan takbir yang memekak.

Mereka menyangka, tidak kira apa persediaan yang dibuat, bagaimana ia dilakukan, ia semestinya akan berjalan dengan baik, menjamin keadilan dan berjaya semata-mata kerana mereka “melaksanakan hukum Allah” atau mereka tidak fikir langsung mengenainya. Mereka lupa bahawa Sunnah Allah berlaku di mana-mana.

Tentera Islam yang diketuai oleh Rasul Allah sendiri pun pernah kalah dalam perang Uhud bukan kerana tujuan mereka tidak baik, bukan kerana iman mereka berkurangan, tetapi kerana pasukan pemanah tidak mematuhi arahan, meninggal posisi mereka untuk merebut harta rampasan yang membolehkan Khalid Ibn Walid dan pasukannya memusing dan menyerang dari arah yang berlainan.

Dalam melaksanakan undang-undang pun serupa. Tidak kira undang-undang apa yang hendak dilaksanakan, jika ia tidak dilaksanakan dengan betul, cekap dan jujur, ia boleh membawa kepada ketidakadilan. Itu Sunnah Allah, dari apa yang saya faham.

Pelaksanaan sesuatu undang-undang bukanlah tamat dengan penguatkuasaannya. Lebih penting ialah bagaimana pelaksanaan itu berjalan, apa kesan dan akibatnya, adakah ia membawa kepada keadaan masyarakat yang lebih aman dan tenteram dan adakah ia meningkatkan tahap keadilan di sesebuah negara itu?

Kejayaan pelaksanaan hukuman hudud bukanlah terletak kepada berapa banyak kepala dipancung, berapa orang direjam dan berapa banyak tangan dipotong. Dari apa yang kita baca mengenai apa yang berlaku di Pakistan, Nigeria dan Sudan, nampaknya pelaksanaan undang-undang itu masih belum boleh dikatakan berjalan dengan licin dan meningkatkan keadilan.

Kita baca mengenai ketidak adilan kepada wanita-wanita mangsa rogol yang berakhir dengan dihukum kerana kesalahan zina, sebab mereka tidak dapat mengemukakan saksi-saksi secukupnya dan mereka mengandung.

Di Pakistan, tuduhan ini ditolak oleh Taqi Usmani, bekas Hakim Mahkamah Syari’ah Persekutuan Pakistan dan Hakim Mahkamah Agung Pakistan (Bahagian Rayuan Syari’ah) sambil mengatakan bahawa, semasa beliau menjadi Hakim, beliau tidak pernah menemui satu kes pun di mana seorang perempuan yang melaporkan dia dirogol berahkir dengan dihukum kerana berzinai.

Kita terima kenyataannya, tetapi bagaimana dengan kes-kes yang tidak pergi kepadanya, terutama sekali di kawasan pedalaman? Kita tidak tahu hakikat yang sebenar. Apa yang kita pasti ialah, setelah “berlaku tunjuk perasaan setiap hari” kesalahan rogol dikeluarkan daripada Hudud Ordinance dan masukkan semula ke dalam Penal Code dan dibicarakan oleh Mahkamah Sivil semula sehinggalah sekarang.

Di sini saya memetik kata-kata Dr. Anwarul Haq, seorang rakyat Pakistan yang berkhidmat dengan Kerajaan Brunei selama kira-kira tiga puluh tahun, antara lain, untuk menggubal Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah 2013 yang kita sedang bincangkan ini.

Soalan: Mengapa “berlaku tunjuk perasaan setiap hari” dan mengapa kesalahan rogol sahaja yang dikeluarkan daripada Hudud Ordinance dan dimasukkan semula ke dalam Penal Code?

Semesatinya tunjuk perasaan itu berkaitan dengan kesalahan rogol. Mengapa? Mengenai Nigeria, saya bertanya Hakim Ibrahim Bukar, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Wilayah Persekutuan, Abuja, Nigeria mengenai pegalaman Nigeria.

Dalam jawapannya kepada saya melalui email pada 10 Disember 2013, beliau berkata dan saya petik sepenuhnya dengan terjemahan saya sendiri:

“Memang betul sistem perundangan syariah telah diperkenalkan di lebih kurang 10 buah negeri di bahagian utara Nigeria. Sebagaimana yang tuan sedia maklum Nigeria adalah sebuah Persekutuan yang terdiri daripada 36 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.

Sistem itu telah diperkenalkan di negeri-negeri itu secara tergesa-gesa dan lebih kerana keuntungan politik daripada pentingannya dan keperluannya. Tambahan lagi, idea itu timbul di negeri-negeri itu dan diperkenalkan tanpa rundingan dan pandangan Kerajaan Persekutuan.

Di Nigeria, Jabatan Polis, Jabatan Penjara dan undang-undang keterangan terletak di bawah senarai bidangkuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan. Tanpa “peralatan” itu, keadilan jenayah tidak boleh ditadbirkan dengan berkesan.Keadaan ini telah memberi kesan kepada innovasi itu.

Kedua, kegagalan kerajaan untuk melakukan orientasi kepada anggota masyarakat yang terlibat dan membolehkan masyarakat bukan Islam di kawasan itu menghargai (appreciate) bahawa sistem itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja menyebabkan sistem itu ditentang.

Kebanyakan pengamal undang-undang tidak mahir dalam syariah. Ini juga adalah satu faktor yang menghalang kejayaan pelaksanaannya.

Kesimpulannya, pengenalan keadilan jenyah syariah, disebabkan oleh faktor-faktor ini dan lain-lain, tidaklah boleh dikatakan satu usaha yang berjaya.

Malah, di kebelakangan ini, kita tidak langsung mendengar hukuman hudud dikenakan. Kebanyakan, jika tidak semua, hukuman yang telah dijatuhkan telah dibuat rayuan. Dalam keadaan itu, jawapan saya kepada soalan tuan ialah pelaksanaan hudud tidak atau masih belum diterima sepenuhnya.”

Lebih kurang sepuluh tahun dahulu, di satu persidangan di IKIM, Prof. Dr. Ibraheem Sulaiman daripada Centre of Islamic Studies, Ahmadu Bello University, Nigeria, antra lain, mengatakan bahawa pelaksanaan Syari’ah di Nigeria berlaku dengan cara mengejut dan tergesa-gesa.

Dalam satu rencana bertajuk “Enforcement of Hudood Punishments under Islamic Law in Nigeria: Implications for a Plural Legal System” yang ditulis oleh Aminu Adamu Bello dari Faculty of Law, University of Abuja, Nigeria, penulis itu merumuskan bahawa “..... data tidak menyokong kenyataan bahawa pelaksanaan hukuman hudud mempunyai apa-apa kesan ke atas kelakuan anti-sosial, terutama sekali rompakan bersenjata (hibara) di negeri-negeri itu.” (Terjemahan saya”). xxviii

Mengikut rencana itu, “Setakat ini terdapat tidak kurang daripada 23 orang yang sedang menunggu hukuman potong tangan dan rejam di Negeri Bauchi sahaja. Banyak daripada mereka telah berada dalam penjara lebih kurang tujuh tahun tanpa pegesahan (“ratification”) atau sebaliknya terhadap hukuman mereka oleh kerajaan negeri.”(Terjemahan saya) xxix

Mengapa kerajaan negeri tidak mengesahkan hukuman-hukuman itu?

Jawapannya, “......Gabenor-Gabenor itu mengatakan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan hukuman-hukuman itu kerana hakim-hakim Mahkamah Syari’ah telah menjatuhkan hukuman-hukuman itu dengan tergsa-tergesa tanpa mamatuhi proses perundangan.’” (Terjemahan saya).xxx

Malah, penulis rencana itu mencadangkan supaya pelaksanaan hukuman hudud dI negeri-negeri berkenaan di gantungkan.

Bagaimana dengan Sudan? Saya cuba mendapat, termasuk melalui rakan-rakan akademik, orang-orang yang mempunyai maklumat terus mengenai keadaan di Sudan untuk mejelaskan kepada kita keadaan sebenar di Sudan tetapi tidak berjaya.

Saya tidak tahu mengapa. Apa yang kita baca dan lihat di internet amatlah membimbangkan. Tetapi, untuk berlaku adil, kita tidak tahu hal yang sebenar. Maka saya hanya akan memetik dua kenyatan ini.

Pertama, saya pernah membaca satu rencana (memanglah saya tidak dapat mencarinya sekarang) yang mangatakan bahawa, atas sebab-sebab politik, suatu malam, Presiden Jaafar Nameiri muncul di talivesyen dan mengisytiharkan bahawa mulai jam 12.00 malam itu Syari’ah akan dilaksanakan sepenuhnya di Sudan.

Esoknya semua aktiviti terhenti. Polis tidak tahu yang hendak dibuat, Pendakwa tidak tahu apa yang hendak dibuat, Peguam tidak tahu apa yang hendak dibuat dan mahkamah juga tidak tahu apa yang hendak dibuat. Peguam-Peguam berlari ke kedai-kedai buku mencari apa-apa buku yang ada mengenai Syari’ah.

Kedua, kita juga membaca bahawa, dalam bulan Mac 2013, Timbalan Hakim Besar Sudan, Abdul Rahman Sharfi membuat satu pengumuman bahawa jika doktor-doktor enggan memotong tangan penjenayah yang disabitkan oleh mahkamah, kerajaan akan melatih Hakim-Hakim untuk melakukannya sendiri!

Malah beliau juga mencadangkan supaya doktor-doktor yang enggan melaksanakan hukuman itu didakwa. Saya tidak akan berhujah mengenai kewajiban melaksanakan hukuman-hukuman itu kerana saya bukan seorang ulamak.

Tetapi, saya ingin menarik perhatian kepada dua perkara. Pertama, kita tahu bahawa, Umar Ibn Khattab, Khalifah Islam yang kedua, penah tidak melaksanakan hukuman hudud bagi kesalahan mencuri di musim kelaparan.

Soalan: Adakah pendekatan seperti itu hanya diberi khusus kepada Umar Ibn Khattab dan terpakai di musim kelaparan sahaja?

Kedua, matlamat undang-undang jenayah bukanlah untuk mengenakan hukuman termasuklah sesuatu jenis hukuman tertentu. Matlamat undang-undang jenayah adalah untuk mewujudkan ketenteraman awam dan melaksanakan keadilan jika berlaku pelanggaran terhadapnya.

Hukuman adalah alat untuk mencapai matlamat tersebut. Alat bukannya matlamat. Maka, bagaimana alat itu digunakan perlu diambil kira. Hasilnya akan menjadi pengukur kejayaannya atau sebaliknya.

Mungkin orang akan berhujah bahawa prinsip ini tidak terpakai kepada hukuman hudud sebab ia adalah hak Allah. Jika demikian, soalan saya ialah: Bagaimana kita hendak “justify” tindakan Umar Ibn Khattab yang saya sebutkan itu?

Kita belum boleh membuat penilaian mengenai pelaksanaan undang-undang itu di Brunei kerana ia belum dilaksanakan. Mungkin dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi kita boleh melihat bagaimana pelaksanaannya sebenarnya berlaku dan kesannya.

Adakah ia meningkatkan tahap pencapaian keadilan? Adakah ia mengurangkan kadar jenayah seperti yang diharapkan? Adakah Negara Brunei Darussalam, yang sudah pun aman tenteram itu, akan menjadi lebih aman dan tenteram?

Setakat ini negara-negara yang melaksanakan hukuman hudud, seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan nampaknya masih jauh di belakang berbanding dengan negara-negara yang tidak melaksanakan hukuman hadd seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun dalam hal ini. Mungkin ada factor-faktor lain.

Kita tidak boleh menjadikan apa yang kita lihat di Makkah dan Madinah sebagai ukuran. Orang-orang yang pergi ke sana adalah orang-orang yang hendak mengerjakan ibadat haji, kebanyakannya mungkin hanya sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup yang mungkin disimpan seumur hidup, berhasrat mendapat haji yang mabrur dan kebanyakannya sudah lanjut usia dan sudah bertaubat.

Semestinyalah mereka tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan jenayah. Sebaliknya, tidakkah peraturan bahawa perempuan mesti diiringi oleh mahramnya (lelaki) dan hakikat bahawa hingga ke hari ini perempuan di Saudi Arabia tidak dibenarkan memandu kereta mempunyai kaitannya dengan keselamatan diri mereka?

Mungkin Brunei akan membuktikan sesuatu kelak. Kita tunggu dan lihat. Sekurang-kurangnya di Brunei ada satu perbezaan. Di Brunei pelaksanaannya bukanlah kerana survival politik atau untuk memenangi pilihanraya yang terdekat. Kerja-kerja ke arahnya telah berjalan kira-kira tiga puluh tahun dan masih belum selesai.

Di Malaysia? Saya telah meletakkan faktanya di hadapan tuan-tuan dan puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan fikirlah sendiri dan buatlah keputusan sendiri. Terima kasih.

Catitan : Tulisan diatas merupakan petikan bahagian 'penutup' WACANA INTELEKTUAL MPM-YADIM 7 January 2014 PELAKSANAAN HUDUD DI BRUNEI: PERBEZAAN DI ANTARA BRUNEI DAN MALAYSIA Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad (Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia)

Monday, 18 November 2013

[VIDEO] Adakah Roboh Masjid Punca Filipina Di Landa Taufan Haiyan???

Sadis dan kesian apabila melihat bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 4000 nyawa.

Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.



Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut. - Sumber

Thursday, 17 October 2013

[VIDEO] Kalimah Allah!!! Kristian Indonesia Murtadkan Umat Islam...

Satu masa dulu Indonesia adalah antara negera terbesar umat Islam di dunia, tapi dek kerana kebodohan pemerintah Indonesia yang membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible dan dalam setiap upacara keagamaan mereka, kini indonesia berdepan masaalah, masaalah yang tak boleh nak di selesaikan lagi, kalau dulu indonesia jadi negara Islam paling besar dalam rantau asia, kini semuanya sudah terbalik, indonesia kini menuju kearah menjadi negara kristian terbesar di rantau ini...

Bagai mana semua ini bermula? semuanya bermulula bila pihak kristian menukar perkataan god itu menjadi Allah, seperti yang sedang berlaku di negara kita sekarang, bermula dari zaman Soekarno hinggalah Gus Dur, mereka langsung tidak kisah kristian menggunakan kalimah Allah, mungkin pendapat mereka seperti pendapat beberapa pemimpin pembangkang di negara kita.

Video di bawah menceritakan segala-galanya bagaimana puak kristian cuba menjadikan sebuah negara terbesar umat Islam menjadi negara kristian terbesar di rantau asia.... - Sumber


Tuesday, 15 October 2013

The National (UAE) - Malaysia Kejam Pada Kristian???

Ada yang berpendapat isu penggunaan kalimah Allah tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS. Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam.



Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.

"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya."

Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.

Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam.

"Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya.

"Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam.
"Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu."

Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.

Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010. Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut,

"Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam.
"Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar. – 15 Oktober, 2013.

Dr Maza Harap Tiada Provokasi Terhadap Keputusan Mahkamah

MELAKA: Jangan ada provokasi terhadap keputusan mahkamah melarang penggunaan kalimah Allah untuk majalah mingguan The Herald, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, larangan berkenaan hanya diputuskan untuk majalah berkenaan yang dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah tidak menjadi masalah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran dan Hadis.

Manakala, kalimah Allah turut digunakan Bible di negara Indonesia selain di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Krubong Perdana, Melaka.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menerusi panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri berhubung larangan berkenaan.

Antaranya penggunaan kalimah Allah di majalah berkenaan berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.

Renungan!!! Kisah Benar & Nyata - 7 Kali Naik Haji Tapi Tak Dapat Tengok Kaabah!!!

Kepada sahabat-sahabat sebelum pergi ke Mekah, mari kita ambik iktibar dulu ye.. Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.
  

Ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.

Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.

Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.

Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.

Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah.

Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah...

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut.. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah. ....." betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.

Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? "tanya ulama itu lagi sedikit kesal.

"Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.

Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.

"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.

Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu... "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur.. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.

Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". . kata orang itu.Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.  - Sumber MyEmail

The Herald Tiada Hak Guna Kalimah Allah

Mahkamah Rayuan semalam memutuskan penerbitan Katolik, The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam edisi bahasa Melayunya.

Keputusan dibuat oleh tiga panel yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pertikaian mengenai kalimah Allah ini bermula apabila KDN mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah sebagai syarat untuk memperbaharui permit penerbitan itu pada 2007 dengan alasan antara lain, ia akan mengelirukan umat Islam.

Dalam penghakimannya, Mohamed Appandi berkata Mahkamah mendapati penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah merupakan sebahagian daripada kepercayaan atau amalan agama Kristian.

“Justeru itu, mahkamah tidak melihat alasan kenapa responden (The Herald) begitu berkeras untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan mereka.

“Penggunaan tersebut, sekiranya dibenarkan, akan mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat,” katanya ketika membacakan ringkasan keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 memutuskan The Herald boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penggunaan kalimah tersebut.

Ia juga berpendapat kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak digunakan untuk berdakwah kepada umat Islam. - Sumber

Wednesday, 26 December 2012

DAP TAK BOLEH GUNA 'ALLAH' - STOPA SU PAS



SHAH ALAM – Pas menyarankan kitab Bible hanya perlu diterjemah ke dalam Bahasa Melayu menggunakan perkataan asal dalam kitab agama Kristian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, oleh kerana dalam kitab Bible perkataan asal digunakan ‘God’, maka terjemahan tepat perkataan itu adalah Tuhan.

“Wajar perkataan Tuhan saja diguna, tidak perlu menggunakan ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, PKR meminta perkara ini tidak lagi dijadikan isu memandangkan ia telah dijawab dan penggunaannya perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu ini telah pun dijawab Pakatan Rakyat (PR) dan kepimpinan PKR pada 2010. - Sumber

PT
Dah agak Pas menyarankan, pelik betul pemimpin pas ni, tiba-tiba saja bercakap macam orang lembik dan pondan dalam isu yang sebegini penting untuk masa depan agama dan umat Islam. Nampak macam tiada ketegasan langsung. Macam ini kah parti Pas mempertahankan dan memperjuangkan Islam ? Sesama orang Islam sendiri bukan main lagi ceramahnya.. berdegar-degar dengan sumpah seranah.

RENUNGAN !!! 1000 SOLAT JUMAAT HANYA 40 ORANG YANG SANGGUP MATI KERANA ALLAH

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ……. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ”



Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 40 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yang paling lawak sekali .. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..


Sumber

Monday, 24 December 2012

VIDEO !!! PATUNG YESUS TERBAKAR DIPANAH PETIR DI USA



Subhanallah!! Patung Yesus merupakan patung tertinggi di USA telah disambar petir dan terbakar. Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah yang menunjukkan kepada kita agama yang diredhai oleh Allah ialah Islam.

Islam merupakan agama yang tinggi (mulia) dan sempurna, tiada agama yang dapat menandingi agama Islam. – MyBerita


Friday, 19 October 2012

ANWAR BUKAN NAK JADI PM TAPI UNTUK MEMBALAS DENDAM DENGAN MENJAHANAMKAN NEGARA INI ???

Anwar Ibrahim ni tuan2 boleh pikir sendrilah...he declare himself...bukan words being put in his mouth..

1. Dia sokong atau tidak menyanggah LGBT

2. Dia sokong dan berpendirian Islam Liberal

3. Dia sokong penggunaan kalimah Allah digunakan Kristian sedangkan kita tahu mereka menyokong trinity principle (Father, son and holy ghost..which is actually Paul's principle...Nabi Isa AS never teach that)

4. Dalam pelbagai kezaliman pada org Islam di Palestine, dia declare sokong kewujudan negara Israel walaupun konon berlapik.

5. Dia make friendship dengan wolfowitz..architect of war in Iraq

6. Dia incite hatred from other countries to condemn Malaysia sehingga Indonesia yg sgt rapat dgn kita dari segi agama dan keturunan boleh ada yg buat demonstrasi hentam Malaysia???

Pendek kata, as we all know, dunia ini terbahagi dua...one...zionist lead  
side (macam USA, UK, singapore etc etc) and on the other negara2 Islam include Indonesia, German, China, Australia etc etc)...dsai..somehow is on  the earlier side..why? 

So..in this land of Tanah Melayu yang even Raja2nya ramai keturunan  Rasulullah SAW dan keturunan Raja2 Bugis yang amat dalam ilmu serta warak....and with 70% Muslim Malay and this figure is ever increasing. Because rata2 org Melayu suka anak, buat anak dan ramai anak..dengan Iman yang kuat..yakin, why dsai did all that??? 

Nak sokongan lagi 30%..tak cukup Tuan. So, apa logiknya??? Gerakan catur ini bukan kepada menjadi PM..Tak lain dan tak bukan hanyalah dendam untuk menjahanamkan negara ini kerana dendam dirinya dimalukan. Kita diluar sistem parti pun kasihan melihat nasib dia dan mengharapkan jika ada cara yg lain......tapi punca itu dari dirinya sendiri dan dia telah diberi pilihan utk tarik diri, letak jawatan. 

Sepatutnya dia letaklah jawatan...sudahlahh..bertaubatlah..bukannya orang tak tahu...anak isterinya pun tahu tapi tidak kerana dia ni sejahat2 manusia, dia telah mengambil sifat Iblis laknatullahalaih...dendam kerana di hukum Allah SWT daripada setinggi2 darjat kepada serendah2 makhluk..maka seluruh Anak keturunan Adam AS hendak dihapuskan tak kira Islam atau Kafir..setelah semuanya mati barulah Iblis akan merasa puas. Dendamnya sangat lama dan dalam. 

Demikianlah dendam Anwar...dia malu dan marah kerana di malukan setelah mencapai pangkat kedua tertinggi dgn cepat dlm pentadbiran...dia nak menjahanamkan sahaja bukannya nak jadi PM...dia tahu yang dia tidak mampu dan dia tidak berkehendak pun...kebenaran ini sudah diisytiharkan di tujuh petala langit dan bumi..

Dengan bertopengkan usrah2..watak2 alim..watak2 difitnah dan terseksa....watak org yg dizalimi...dia telah meniupkan sentimen reformasi...namun dengarlah wahai sahabat2 sekelian...walau seluruh makhluk mengatakan yg matahari itu sejuk..namun ia tak dpt memdamkan hakikat yang Matahari itu panas kejadiannya.

Bukankah dsai yg beria2 nak kita terima IMF? memang perancangan dia memporak perandakan negara dan setelah dia dilantik jadi PM baru semuanya akan aman.

The spinning gasing cannot spin any more...pasal gasing dah kena pakuk dan terbelah...the irony is...dia pakuk gasing dia sendiri kerana marah. 

Sudahlah..kenapa diikut sifat Iblis tu.....Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..marilah kita sama2 kembali pada dia dengan hati yg tulus dan ikhlas...marilah kita bersihkan diri kita sebelum mengadap Dia. Masa sentiasa berlalu...Diri sebenar kita yang suci dan indah itu (handsome, gagah, cantik) tidak suka kepada semua yang tidak baik...

Menyebabkan bila kita buat yg tidak baik rupa kita pun bertambah buruk...lihatlah pada orang tua2 dikampung yang baik2, walaupun tua, wajahnya cantik berseri...wajah kita macam mana?..ia mencerminkan hati...tiada botox boleh mengaburi cahaya wajah yg lahir dari hati.

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Sumber :myemail

Monday, 1 October 2012

KISAH PENJUAL TEMPE - MOGA JADI IKTIBAR


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap  tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kala dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. 

Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat....

Tuesday, 28 August 2012

MENGHARGAI NILAI SEBUAH KEMERDEKAAN


Sempena bulan kemerdekaan kali ini juga marilah kita memahami erti kemerdekaan. Kemerdekaan secara umumnya dapat diertikan sebagai bebas dan lepas daripada sebarang bentuk penjajahan dan naungan serta mampu berdiri sendiri dengan tidak bergantung kepada yang lain. Negara kita Malaysia telah mendapat kemerdekaannya secara rasmi pada 31 Ogos 1957 dalam ertikata rakyat di negara ini sudah tidak lagi dijajah oleh kuasa asing. 


Setelah sekian lama berada di dalam cengkaman penjajah, akhirnya umat Islam telah mendapat semula kuasa memerintah di tanahair sendiri. Sesungguhnya ini merupakan satu bentuk kemerdekaan yang perlu dipertahankan oleh setiap rakyat yang cintakan tanahairnya. 

Kemerdekaan ini merupakan suatu nikmat yang diberikan oleh Allah swt agar dapat disyukuri oleh setiap umat Islam yang inginkan kebebasan dan keamanan. Firman Allah swt di dalam surah An-Naml ayat ke 40;

"Dia berkata (Nabi Sulaiman), Ini ialah daripada limpah kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. (Sebenarnya) sesiapa yang bersyukur, maka faedah syukurnya itu hanyalah kembali kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi mudarat kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah".

Persoalannya, apakah hakikat kemerdekaan yang wajib dipertahankan? Adakah memadai dengan laungan merdeka pada setiap tanggal 31 Ogos sedangkan pemikiran kita masih lagi mengikut telunjuk kuasa asing yang pernah menjajah kita suatu masa dahulu?. Apakah kita sekadar berpuas hati dengan kebebasan lahiriah sedangkan jiwa dan rohani kita masih lagi terbelenggu dengan pemikiran dan budaya negatif penjajah?.

Menurut Islam, kemerdekaan itu bererti kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan samada lahiriah mahupun batiniah. Namun kebebasan itu mestilah dibataskan dengan syariat Allah swt. 


Pada hakikatnya manusia tidak boleh bebas mengikut kehendaknya sendiri. Allah swt menentukan perkara yang dibolehkan dan dilarang kepada manusia demi kebaikan hidup mereka di dunia dan di akhirat. Bahkan secara fitrahnya juga manusia itu diciptakan oleh Allah swt mempunyai naluri untuk berpegang kepada agama sebagai panduan di dalam kehidupan ini. Firman Allah swt di dalam surah Ar-Ruum ayat ke 30 ;

"Maka hadapkanlah wajahmu (mengikhlaskan dirimu) ke arah agama Allah, fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Manusia menurut fitrahnya memang memerlukan kemerdekaan dan kebebasan tetapi kemerdekaan dan kebebasan itu terbatas dengan syariat Allah.

Sejarah perjuangan Islam telah menyaksikan bahawa Rasulullah SAW adalah merupakan utusan terakhir Allah yang berjuang membebaskan umat manusia dari penjajahan jahiliyah kepada hidayah Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan ‘La Ilaha Illa Allah', maka apabila ia mengucapkannya maka telah terpeliharalah darah dan hartanya kecuali dengan haknya dan perhitungannya ke atas Allah S.W.T".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemerdekaan negara wajib dipertahankan daripada sebarang bentuk ancaman penjajahan. Antara ciri-ciri sebuah kemerdekaan menurut Islam sebagaimana yang diperjelaskan oleh para cendikiawan Islam adalah sebagaimana berikut ;

Pertama : Menjadikan syariat Allah swt sebagai panduan dalam menjalankan hukum sesama manusia.

Kedua : Mengamalkan konsep syura atau musyawarah dalam pentadbiran negara.

Ketiga : Melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keadilan.

Keempat : Mengutamakan kesepaduan umat.

Kelima : Melaksanakan amar ma'aruf dan nahi munkar.

Sekiranya ciri-ciri tersebut masih lagi tidak dilaksanakan di dalam sebuah negara, maka kemerdekaan itu tidak akan tercapai sepenuhnya. Usaha-usaha mestilah dilakukan agar syariat Islam itu dapat dilaksanakan secara keseluruhannya. Para pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap kebajikan rakyat. Manakala rakyat pula hendaklah mematuhi pemimpin di samping saling ingat mengingatkan dan memperbetulkan kesilapan pemerintahnya. 

Firman-Nya lagi di dalam surah Az-Zariat ayat 55;

"Teruskanlah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah bagi orang yang beriman".
Syariat Islam mestilah dilaksanakan secara menyeluruh samada dalam urusan-urusan ibadat, muamalat mahupun jenayah. Ia tidak akan dianggap sempurna sekiranya hanya dilaksanakan di dalam satu-satu bahagian sahaja tanpa menyentuh bahagian yang lain. Ini bukanlah kemerdekaan yang dikehendaki oleh Islam.

Kemerdekaan yang kita pertahankan selama ini janganlah hanya kemerdekaan yang berbentuk lahiriah semata-mata meskipun kita telah berjaya mengeluarkan penjajah daripada tanahair yang kita cintai. Kita juga hendaklah mempertahankan kuasa umat Islam daripada campur tangan kuasa-kuasa asing. 

Kita hendaklah mempertahankan jiwa dan rohani generasi Islam daripada penjajahan hawa nafsu yang merosakkan nilai akhlak dan akidah umat Islam. Bahka mestilah membebaskan aqidah generasi kita daripada fahaman atau ajaran yang salah dan menyesatkan.

Pengisian merdeka seharusnya diseimbangkan di antara keperluan jasmani dan juga rohani. Tiada salahnya menyambut ulang tahun kemerdekaan pada setiap tahun; yang salahnya ialah apabila pengisian itu dicemari dengan perkara-pekara maksiat dan kemungkaran. Kita hendakah mengisi kemerdekaan ini dengan amalan-amalan soleh dan perkara-perkara kebajikan yang dapat mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah swt. 

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 83 ;

"Apakah mereka hendak mencari agama yang lain daripada Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan".

Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dan mempertahankannya serta membebaskan diri secara zahir dan batin daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai kota Makkah); Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat".

Friday, 24 August 2012

RENUNGAN !!! ADAKAH RAMADHAN KITA DITERIMA ALLAH S.W.T ???



Generasi awal Islam merupakan generasi terbaik umat ini. Adalah sesuatu yang rasional untuk kita melihat contoh-contoh generasi terbaik ini. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali r.h.m membawakan beberapa contoh tentang kerisauan generasi salaf/tiga generasi terawal Islam berkaitan pengabulan amalan kebaikan mereka oleh Allah
s.w.t.
كان السلف الصالح يجتهدون في إتمام العمل و إكماله و إتقانه ثم يهتمون بعد ذلك بقبوله و يخافون من رده و هؤلاء الذين : { وَالَ�`ذِينَ يُؤ�'تُونَ مَا آَتَو�'ا وَقُلُوبُهُم�' وَجِلَةٌ أَنَ�`هُم�' إِلَى رَبِ�`هِم�' رَاجِعُونَ
Imam Ibn Rajab berkata: Generasi Salafussoleh berusaha bersungguh-sungguh dalam beramal dan menyempurnakannya. Selepas itu mereka akan menjadi sangat risau tentang penerimaan (Allah) ke atas amalan yang dilakukan. Mereka sangat takut jika amal-amal mereka ditolak. Mereka inilah yang disebut dalam ayat yang bermaksud: Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang penuh khuatir, sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka [Al Mu'minun : 60].

روي عن علي رضي الله عنه قال : كونوا لقبول العمل أشد اهتماما منكم بالعمل ألم تسمعوا الله عز و جل يقول : { إِنَ�`مَا يَتَقَبَ�`لُ اللَ�`هُ مِنَ ال�'مُتَ�`قِينَ}
Diriwayatkan bahawa `Ali r.a berkata: Mereka (generasi salaf) lebih mengambil berat tentang penerimaan amal berbanding dengan amal itu sendiri. Adakan kalian tidak pernah mendengar Allah s.w.t berfirman : Sesungguhnya Dia (Allah) hanya menerima (amalan-amalan) daripada mereka yang bertaqwa [al-Maidah : 27]


 و عن فضالة بن عبيد قال : لأن أكون أعلم أن الله قد تقبل مني مثقال حبة من خردل أحب إلي من الدنيا و ما فيها لأن الله يقول : { إنما يتقبل الله من المتقين }
Fudhalah bin `Ubaid berkata: Seandainya aku mengetahui Allah menerima amalan aku walau seberat biji benih, itu lebih aku cintai daripada dunia dan isinya. Ini kerana Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan-amalan) mereka yang bertaqwa.


قال ابن دينار : الخوف على العمل أن لا يتقبل أشد من العمل و قال عطاء السلمي : الحذر الاتقاء على العمل أن لا يكون لله
Ibn Dinar berkata: Perasaan takut bahawa amalan tidak akan diterima itu lebih kuat daripada amalan itu sendiri. `Atha' as-Salami berkata: Berhati-hatilah menjaga amal agar ia takut-takut ia dilakukan bukan kerana Allah.


و قال عبد العزيز بن أبي رواد : أدركتهم يجتهدون في العمل الصالح فإذا فعلوه وقع عليهم الهم أيقبل منهم أم لا قال بعض السلف كانوا يدعون الله ستة أشهر أن يبلغهم شهر رمضان ثم يدعون الله ستة أشهر أن يتقبله منهم
Abdul Aziz bin Rawwad berkata: Aku melihat generasi salaf sangat bersungguh-sungguh melakukan amal soleh. Apabila mereka telah melakukannya, timbul pula perasaan risau adakah amalan itu diterima atau tidak.

Sebahagian generasi salaf menyatakan : Mereka akan berdoa kepada Allah enam bulan (sebelum Ramadhan) agar Ramadhan dapat bertemu dengan mereka, kemudian mereka berdoa selama enam bulan (selepas Ramadhan) agar Allah menerima amalan-amalan mereka.



خرج عمر بن عبد العزيز رحمه الله في يوم عيد فطر فقال في خطبته : أيها الناس إنكم صمتم لله ثلاثين يوما و قمتم ثلاثين ليلة و خرجتم اليوم تطلبون من الله أن يتقبل منكم كان بعض السلف يظهر عليه الحزن يوم عيد الفطر فيقال له : إنه يوم فرح و سرور فيقول : صدقتم و لكني عبد أمرني مولاي أن أعمل له عملا فلا أدري أيقبله مني أم لا ؟
Pada satu hari raya Aidilfitri, Umar bin Abdul Aziz keluar lalu berkata di dalam khutbahnya: Wahai manusia! Sesungguhnya kalian telah berpuasa ikhlas kerana Allah selama tiga puluh hari. Kalian telah bangun beribadah di waktu malam selama tiga puluh malam, dan kalian telah keluar pada hari ini menuntut daripada Allah agar amalan-amalan kalian diterima.

Sebahagian generasi salaf, jelas kelihatan pada wajah mereka kesedihan pada hari raya Aidilfitri, lalu mereka disoal: Bukankah ini adalah hari untuk bergembira?Mereka menjawab: Engkau betul, akan tetapi aku adalah seorang hamba, Tuan aku menyuruh aku beramal, tetapi aku tidak tahu adakah Dia akan menerima amalan aku atau tidak.



رأى وهب بن الورد قوما يضحكون في يوم عيد فقال : إن كان هؤلاء تقبل منهم صيامهم فما هذا فعل الشاكرين و إن كان لم يتقبل منهم صيامهم فما هذا فعل الخائفين
Wahab bin al-Warid melihat sekumpulan manusia bergelak ketawa di hari raya, lalu dia berkata: Seandainya mereka adalah orang yang diterima puasanya, adakah ini perilaku manusia bersyukur? Jika puasa mereka tidak diterima, adakah ini perilaku manusia-manusia yang takut.


و عن الحسن قال : إن الله جعل شهر رمضان مضمارا لخلقه يستبقون فيه بطاعته إلى مرضاته فسبق قوم ففازوا و تخلف آخرون فخابوا فالعجب من اللاعب الضاحك في اليوم الذي يفوز فيه المحسنون و يخسر فيه المبطلون
Al-Hasan berkata: Sesungguhnya Allah menjadikan Ramadhan sebagai medan perlumbaan untuk makhluk-makhluknya berlumba-lumba melakukan ketaatan untuk memburu keredhaanNya. Sebahagian manusia mendahului perlumbaan lalu mereka lah yang menang. Sebahagian yang lain tercicir di belakang lalu merekan insan yang diulit kekecewaan. Sungguh pelik mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa pada hari kejayaan orang-orang yang baik, dan hari kerugian orang-orang jahat.

[Lathoif al-Maarif m/s 181]

------------------
Bukanlah tujuan tulisan ini menyuruh kita bersedih dan bergundah gulana di hari raya. Sungguh bergembira di hari raya adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Hanya sahaja tulisan ini satu sesi muhasabah awal kita di awal Syawal untuk kita membanyakkan doa agar amalan-amalan Ramadhan kita diterima Allah s.w.t.

Monday, 13 August 2012

video !!! TANDA KIAMAT BESAR ( MENARA JAM MEKAH )



Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: 'Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. 

Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat.

 Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: '..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.' SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.

Thursday, 19 July 2012

VIDEO !!! ARAHAN NIK ABDUH KEPADA LALAT HIJAU RAMPAS PUTRAJAYA



Yarabi! Bila masa pulak Allah kata kita kena rampas Putrajaya! Dia ada terima sms dari 'atas' ke ? Bila masa pulak Allah suruh pakai baju hijau je? Pas for all !!!
 

Inilah jenis orang yang jahil murakkab. Bila masa pula Allah menyuruh dia (mengajak orang ramai) merampas kuasa? Dengan senang manusia ni menyebarkan fitnah terhadap Islam. Samada dia seorang Syiah atau terlalu jahil mengenai Al-Quran dan Hadis
.

Friday, 13 July 2012

SIKSAAN ALLAH TERHADAP ARIEL SHARON


Subhanallah....

Pembalasan dari Allah SWT atas segala kekejaman nya, maka beringat2 kita sebagai hambaNya, jangan s eka li2 melakukan kezaliman terhadap insan lain....!!!!

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup
Semoga Allah SWT menimpakan Azab Nya kepada seluruh Zionist Yahudi yang setuju terhadap pembantaian Umat Islam Palestin & Lebanon.

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Written by Ummu Raihanah

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (B eka s PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata'ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah.

Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerusakan di sekujur tubuh.

Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sama s eka li dan tidak mengetahui sekelilingnya.

Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata'ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup.

Demikianlah, mer eka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.

Benarlah firman Allah SubhanahuWata' ala: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur'an itu benar "(Fushilat:53)

Dipetik dari: Majalah Qiblati, Jeddah,
 KSA.

Friday, 25 May 2012

SEKADAR RENUNGAN - RAHSIA DI SEBALIK SOLAT


Assalamualaikum dan salam Jumaat. Selamilah pengertian setiap ayat dan perbuatan dalam solat kita. Banyak sungguh fadhilat dan kelebihannya... SubhanAllah.. Setiap yang kau ciptakan sesungguhnya terlalu indah + sempurna dan besar ganjarannya..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive