Saturday, 18 June 2016

Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN


SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau, di sini.

Beliau tiba di pusat mengundi itu pada kira-kira 8.35 pagi ini dengan ditemani bapa dan ibunya Mohd Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62, yang turut mengundi di pusat mengundi yang sama. Bagaimanapun, isteri beliau Norma Aida Abdullah yang turut menemani tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di Sungai Besar.

“Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan ramai kerana hari ini cuaca dilihat baik berbanding semalam yang hujan sepanjang hari,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi.

Budiman, 44, turut memaklumkan beliau akan meninjau kesemua tempat mengundi bagi melihat proses pengundian dan turut memuji kelancaran proses pengundian yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon BN itu turut yakin BN mampu meningkatkan jumlah undi di beberapa kawasan yang dianggap kubu kuat pembangkang serta berjanji akan menggalas tugas sebaiknya sekiranya diberi mandat oleh rakyat kawasan Sungai Besar.

Tiga saluran mengundi disediakan kepada 1,265 pengundi di sekolah berkenaan yang merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kawasan Sungai Limau, melibatkan Melayu (1,219/96.36 peratus), Cina (41/3.24 peratus), India (3/0.24 peratus) dan kaum Bumiputera (2/0.16 peratus).

Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk PRK Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suasana pengundian pagi ini tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat pada sebelah petang.

Penyokong dan perayu undi daripada parti-parti bertanding juga kelihatan berkumpul secara harmoni di bahu jalan, kira-kira 50 meter dari perkarangan pusat  mengundi  Sk Sg Limau.

Friday, 17 June 2016

BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar-Noh Omar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) mempunyai agenda yang lebih besar jika calon BN, Budiman Mohd Zohdi berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini, malahan formula sama boleh digunakan untuk menawan kembali Selangor.

Noh berkata kemenangan Sungai Besar akan memberi keyakinan kepada BN untuk merampas negeri Selangor yang sudah dua penggal diperintah PKR, disamping memberi jaminan semua janji akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Bila BN menang saya sebagai Pengerusi BN saya akan pastikan janji yang diberikan pada kempen di sini akan ditunaikan.

“Kita ada agenda yang lebih besar kalau kita janji kita akan ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRK14) untuk memberi lebih keyakinan kepada pengundi,” kata Noh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Pelancaran Gelombang Biru Wanita UMNO di Bangunan UMNO Sungai Besar pada Khamis.
Menurutnya, formula yang digunakan di Sungai Besar juga akan digunakan di seluruh negeri sekiranya BN mendapat kejayaan dalam PRK kali ini.

“Semua ini akan jadi satu ‘rehersal’ kepada pendekatan atau strategi untuk kita gunakan pada kempen PRU nanti. Kalau menang kita boleh pakai apa yang kita gunakan di sini di keseluruhan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Noh juga mengumumkan semasa hari pengundian nanti BN akan menumpukan kepada perkhidmatan ‘chartered’ bagi membawa pengundi keluar untuk mengundi berbanding servis ‘shuttle’ yang digunakan sebelum ini bagi meraih jumlah majoriti undi yang lebih tinggi.

“Shuttle ni kita hanya ambil pengundi yang ada di beberapa kawasan. Kalau ada kita bawa mereka pergi undi. Tapi chartered ni kita kumpulkan pengundi kita bawa mereka semua sekali. Jadi lebih berkesan. Ramai pengundi yang akan berjaya kita kumpulkan.

“Saya yakin majoriti undi BN akan lebih daripada PRU13 lalu kerana jentera BN berjalan dengan lebih baik dan mereka bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis hari ini calon PRK BN, Budiman Mohd Zohdi serta Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datin Paduka Nor Hayati Onn. Dalam sidang media yang sama Norhayati berkata pergerakan parti kompenan yang sistematik kali ini akan memberi kelebihan kepada BN dalam mencapai peratusan pengundi yang lebih baik selain sokongan ‘Gelombang Biru’ yang sangat konsisten.

“Kita dah belajar daripada PRK sebelum ini bagaimana kita menjalankan pergerakkan jentera PRK yang lebih sistematik, bagaimana kita akan pastikan perkara atau isu kecil tidak akan menyebabkan pengundi tidak mahu mengundi atau mereka mengundi parti lain pada masa pengundian nanti,” katanya.

Dengan kemenangan BN pada 18 Jun ini, Norhayati berharap akan dapat menyambung legasi yang ditinggalkan oleh bekas ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

“Kita juga berharap pengundi Cina akan bersama-sama kita dapat mengenang budi dan berterima kasih kepada BN dengan mengundi Budiman,” katanya.

Kepada pengundi Sg Besar, sebagai menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, PT tak mahu beri komen berjela-jela.Cuma PT nak tahu samada Haji Hadi sudah tarik belum amanat yang mengkafirkan orang-orang UMNO dulu? Cukuplah setakat itu sahaja. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!! #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR-Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mengingatkan pengundi dan jentera Barisan Nasional (BN) Sungai Besar agar berhati-hati dengan permainan politik kotor dan licik yang mungkin menjadi modal pihak pembangkang di hari terakhir kempen bagi menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap calon BN.

Kata beliau, pihak pembangkang kini berada di tahap yang paling tertekan di waktu-waktu terakhir kempen menjelang hari pengundian, justeru itu mereka boleh berbuat apa saja demi untuk meraih undi dan menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap calon BN.

“Pihak pembangkang kalau berdasarkan track record mereka dalam pilihanraya sebelum ini, kebarangkalian besar mereka akan menggunakan taktik kotor. Di sini saya tekankan kepada jentera PAN agar kita berwaspada dan berhati-hati kerana kita tahu semua jentera mereka adalah dari Dap.

“Ini kerana jentera Dap tidak memahami dan tidak tahu nilai-nilai semangat persefahaman antara kaum di mana kita lihat timbul jentera Dap tidak hormat umat Islam bersempena bulan Ramadan ini dengan mengadakan ceramah mereka yang diadakan pada waktu umat Islam sedang solat terawih, jadi mereka boleh lakukan apa saja provokasi yang melampau.

“Sepertimana minggu lepas, mereka menaikkan papan tanda provokasi yang tertera perkataan-perkataan perkauman yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

“Jadi saya menyeru pada setiap masyarakat, jentera dari dalam dan luar agar lebih berhati-hati dan bertindak pantas untuk menangani apa juga provokasi yang dilakukan oleh pihak lawan terutama daripada PAN,” tegas beliau di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu mana-mana jentera parti atau pengundi di kawasan ini yang melihat sebarang bentuk poster, papan tanda, kain rentang dan sebagainya yang berbaur perkauman dan melanggar tata etika serta undang-undang pilihanraya.

“Kita telah wujudkan biro keselamatan dan biro aduan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) dan mana-mana pihak yang melihat sebarang poster, risalah dan papan tanda yang tidak sepatutnya boleh melaporkan kepada pihak-pihak keselamatan di PDM mereka.

“Dan di command center BN di Sungai Panjang ini juga ada biro keselamatan dan aduan kita yang bertugas selama 24 jam pada 16, 17 dan 18 Jun ini bagi memastikan pilihanraya dan gerak kerja jentera BN di kawasan ini berjalan lancar.

“Sekiranya ada aduan dan laporan berhubung perkara-perkara tersebut maka kita diperingkat bahagian akan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah atau sebarang provokasi melampau dari pihak lawan. Dan pada tarikh-tarikh tersebut juga saya juga akan berada di command center 24 jam bagi memastikan semuanya dalam keadaan terkawal,” ujarnya.

Kepada jentera BN perlu mengambil peluang berkenaan dengan memanfaatkan hari-hari terakhir kempen dalam memastikan penyokong setia BN dan pengundi yang berada di luar Sungai Besar keluar mengundi pada 18 Jun iaitu esok.

Hati-hatilah pengundi Sg Besar, ingat Amanah itu kuda tunggangan Dap, jadikan esok hari yang penuh bermakna.Kuasa memilih pemimpin berada di tangan anda. Pastikan PRK Sg Besar tidak berlalu sia-sia dan esok merupakan hari penentuan. Bijak memilih, Sg Besar bersih. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive