Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

Thursday, 13 March 2014

MH370 - Penyiasat Nahas Air France 447 Hulur Bantuan #Pray4MH370



Paris (Perancis): Lembaga kemalangan udara Perancis yang menjalankan siasatan nahas pesawat Air France 447 menawarkan pertolongan kepada Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Jurucakap cawangan siasatan BEA di Paris berkata, pihaknya sudah memaklumkan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dan sedia membantu dalam operasi mencari di bawah air atau pemulihan pesawat.


Penerbangan Air France 447 hilang di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009.

Pesawat Airbus A330 itu membawa 288 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris

Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui pada Mei 2011.

Kehilangan Air France 447 itu hampir menyamai kejadian pesawat 777-200 MAS yang hilang dari radar selepas berlepas ke Beijing awal pagi, Sabtu lalu. - Reuters

Monday, 10 March 2014

MH370 - Bapa Pengsan Terima Berita Pesawat MAS MH370 Hilang #Pray4MH370


BANTING: Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.


Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.

"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.

"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di sini hari ini.

Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.

Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.

Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.

"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.

Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.

Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.

Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.

Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.

"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. - Bernama




MH370 - Ada Objek Mencurigakan 100km Dari Pulau Tho Chu!!! #Pray4MH370


Pasukan pencari Singapura mengesan objek mencurigakan terapung 100 kilometer selatan-barat daya pulau Tho Chu di Vietnam sewaktu unit mencari dan menyelamat negara itu dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Wall Street Journal memetik koordinator berpengkalan di Vietnam sebagai berkata tentera Vietnam menghantar tiga kapal ke tempat kejadian dan kapal pertama dijangka tiba 7 petang waktu tempatan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal pada awal pagi Sabtu ketika dalam perjalanan ke Beijing.

Tentera Vietnam terdahulu melaporkan dua tumpahan minyak berhampiran pulau sementara Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menjumpai tumpahan minyak 20 batu nautika daripada kawasan pesawat dilaporkan hilang.

Penumpang warga China yang ketika itu melintasi kawasan berkenaan turut mengambil beberapa keping gambar yang dipercayai serpihan berhampiran pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan.

Akhbar perniagaan itu turut melaporkan sepasukan penyiasat kemalangan udara Amerika Syarikat yang diketuai pakar Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dalam perjalanan ke Asia bagi membantu pesawat malang berkenaan.

Tentera Laut China melaporkan mereka menghantar dua kapal perang bagi membantu kerja mencari. Beijing sebelum ini menghantar satu kapal penyelamat dan dua kapal mencari dan menyelamat ke kawasan tersebut, menurut laporan media.

“Apabila lokasi pesawat dikenalpasti, peraturan kemalangan antarabangsa akan menentukan negara mana yang akan mengetuai siasatan,” kata NTSB.

Pengumuman NTSB isyarat terbaru menunjukkan minat warga antarabangsa membantu mempercepatkan untuk mengenalpasti punca Boeing 777-200 hilang di udara dalam keadaan cuaca baik.

“Pasukan itu yang terdiri daripada penasihat teknikal Boeing Co dan Unit Pentadbiran Penerbangan Persekutuan meninggalkan Amerika Syarikat pada Sabtu dan akan ditempatkan bagi memberi bantuan kepada pasukan senegara,” kata NTSB.

NTSB sepertinya tidak akan mengetuai siasatan lanjut yang lebih kompleks namun lembaga itu dapat memainkan peranannya dari segi mengaitkan kejadian peristiwa. China, Malaysia dan Vietnam kini sedang mencari tanda terdapatnya serpihan yang turut dibantu pihak Amerika Syarikat.

NTSB seperti dilaporkan sumber rasmi keselamatan udara memutuskan pada masa ini, pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat dan pemerhati keselamatan memantau keselamatan pesawat serta beranggapan kejadian berlaku disebabkan kemalangan berbanding ancaman pengganas. – 9 Mac, 2014. - Sumber

Wednesday, 22 May 2013

Kronologi Ibu Malang Dinafikan Hak Oleh Air Asia???

DARI BLOG HAZREY

Berikut adalah kronologi ibu malang Izan Suhaila dinafikan hak oleh Air Asia... 

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.

5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

11. Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

PT
Kisah ini banyak pengajaran dan membuka mata semua pihak. Jadi sudah sampai masanya untuk kita sama - sama berfikir dan menggunakan hak yang kita ada sebagai pengguna.

Friday, 31 August 2012

VIDEO !!! 'BATPOD' DARI CIPTAAN MEKANIK VIETNAM


Seorang peminat Batman dan juga seorang mekanik dari Vietnam, Vu Tung Lam merekabentuk dan membina sendiri sebuah "Batpod" (motor Batman), menggunakan besi terpakai dan sebuah enjin Suzuki berkuasa 125cc.

Thursday, 30 August 2012

BIAR BETUL !!! POLIS RAKAM VIDEO PELACUR DENGAN PELANGGAN




Lima anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakam video dua orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat dalam suatu operasi membanteras kegiatan pelacuran. Klip video itu kemudiannya tersebar di internet.

Jangan saspens! Kelima-lima polis ini bukanlah anggota PDRM tetapi anggota polisVietnam yang bertugas di daerah Quang Ninh yang letaknya di utara negara itu. Kelima-lima mereka diturunkan pangkat kerana didapati menyalahi etika dan disiplin pasukan tersebut.

Menurut sumber, seorang daripada enam anggota polis itu merakam kedua-dua pelacur itu bersama-sama dengan pelangan masing-masing untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bukti kes tersebut.



Klip itu menunjukkan wanita-wanita itu dalam keadaan tanpa pakaian di bilik hotel sementara beberapa orang polis berpakaian biasa kelihatan sedang menulis sesuatu. Kedua-dua wanita itu cuba menutup tubuh bogel mereka namun dihalang oleh polis-polis tersebut sementara salah seorang daripada mereka merakam proses tersebut.

Klip itu walau bagaimanapun tersebar di internet. Kejadian itu membangkitkan kemarahan masyarakat kerana perbuatan itu jelas membuktikan bahawa polis-polis itu telah menyalahgunakan kuasa mereka.

Pihak polis Vietnam juga sedang menyiasat bagaimana video itu boleh tersebar di internet.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive