Showing posts with label singapura. Show all posts
Showing posts with label singapura. Show all posts

Sunday, 28 December 2014

Kehilangan Pesawat Air Asia QZ8501 Bagaikan Mimpi Ngeri - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes terharu dengan sokongan yang diterimanya di media sosial dan menganggap kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 sebagai satu mimpi ngeri.

Beliau yang sudah tiba di Surabaya, Indonesia berkata ingatan beliau adalah bersama para penumpang dan anak kapal. “Saya sebagai CEO kumpulan anda akan terus bersama dalam masa-masa sukar ini.

Kami akan melalui pengalaman pahit ini bersama dan saya akan cuba untuk bertemu seberapa banyak daripada anda,” tulis Tony di Twitter.

Beliau turut berterima kasih dengan pihak kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dan meletakkan harapan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Tambahnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menjaga ahli keluarga staf beliau dan para penumpang. Kata-kata Tony di Twitter terus mendapat reaksi pengguna media sosial, yang berkata mereka akan sentiasa bersama Tony dalam saat yang menguji ini.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut. Penerbangan tersebut membawa 162 penumpang dan anak kapal.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang Dari Radar Pagi Tadi

Akhbar negara jiran, Kompas dan media-media utama Indonesia melaporkan bahawa pesawat Air Asia QZ 8501 hilang dari radar.

Pesawat yang membawa 155 penumpang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi, 28 Disember 2014.

Pengarah Keselamatan Penerbangan Indonesia, Wisnu Darjono menjelaskan pesawat terbabit sepatutnya dijadual tiba di Singapura pada 7.20 pagi.

Akan tetapi pesawat jenis Airbus A320-200 tersebut hilang perhubungan dengan menara kawalan di antara sempadan Indonesia dan Singapura.

155 penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak, satu bayi, dua pilot, empat anak kapal dan seorang pegawai teknikal. Pesawat terbabit diterbangkan oleh Kapten Irianto.

Sumber

Wednesday, 13 November 2013

'Batman' Di Penjara Kerana Pelbagai Kesalahan Termasuk Pecah Rumah

Namanya boleh super hero tapi kelakuannya seorang penjahat, itulah yang terjadi terhadap seorang lelaki Singapura bernama Batman bin Suparman yang menjadi selebriti media sosial baru-baru ini.


Batman bin Suparman, yang bererti “Batman anaknya Suparman” dalam bahasa Melayu, dijatuhi hukuman penjara selama hampir tiga tahun pada hari Isnin (11/11/2013) kerana melakukan pelbagai kesalahan, termasuk pencurian, pecah rumah serta mengambil dadah.

Penganggur berusia 23 tahun ini ditangkap pada 19 Ogos lepas lalu, setelah video pihak keselamatan memperlihatkan dia menyelinap ke sebuah kedai di malam hari pada dua kesempatan yang berasingan.

Ia juga dituduh mencuri kad ATM adiknya dan melakukan pengeluaran sebanyak S$500 yang wangnya digunakan untuk mengambil heroin.

Batman, yang dijatuhi hukuman sejumlah 33 bulan penjara, menjadi sensasi media sosial setelah kad pengenalannya beredar secara online.

Meski pun penjahat, sebuah halaman “Batman bin Suparman Fan Club” di laman maya sosial Facebook telah mengumpulkan lebih 11,000 likes. - Sumber


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive