Showing posts with label tony fernandes. Show all posts
Showing posts with label tony fernandes. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

Pasukan SAR Yakin Kotak Hitam QZ8501 Akan Di Temui

JAKARTA: Pegawai SAR Indonesia berharap mereka akan dapat mencari kotak hitam daripada pesawat penerbangan AirAsia QZ8501 tidak lama lagi.

Pasukan itu juga yakin ia pasti tidak berada terlalu jauh dari lokasi di mana serpihan pesawat malang itu dikesan.

"Kami berharap kotak hitam itu ditemui berdekatan badan pesawat.

"Kami tidak rasa fiuslaj pesawat akan berada terlalu jauh daripada kawasan serpihan," kata pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) sepertimana dipetik daripada portal berita Indonesia, Berita Satu Online.

"Gelombang akan bergerak dari barat ke timur. Serpihan mungkin terapung jauh sedikit daripada badan pesawat," katanya lagi.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Cerita Di Sebalik Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501

Pesawat malang QZ8501 dikhuatiri melalui awan ribut (kumulus nimbus), dipercayai selepas permohonannya untuk mengubah laluan lewat mendapat maklum balas daripada pengawal trafik udara di Jakarta.

Perkara itu dipercayai berlaku memandangkan lokasi terakhir laluan pesawat QZ8501 itu adalah laluan penerbangan yang sibuk umpama Lebuh Raya Utara-Selatan.

Disebabkan kesibukan itu, pengawal trafik udara di Jakarta didakwa kerap kali memberi maklum balas yang agak lambat kepada pesawat. Seorang juruterbang tempatan yang kerap menggunakan laluan itu khuatir, kelewatan menerima maklum balas tersebut menyebabkan juruterbang berkenaan melalui awan tersebut.

Awan ribut yang dikesan berwarna merah dalam radar penerbangan memang bahaya dan perlu dielakkan. Dalam radar penerbangan, terdapat tiga jenis awan iaitu hijau yang bermaksud awan bergoncang, awan bergelombang (kuning) dan merah (awan ribut).

"Pada kebiasaannya juruterbang tidak akan mengambil risiko untuk melalui awan ribut. Kalau ada yang berani memang dia gila. "Juruterbang yang melihat awan merah ini sedaya upaya akan mengelak, kalau kita sudah rasa tidak selesa, apatah lagi pesawat dan penumpang," katanya kepada MalaysiaGazette.

Pesawat QZ8501 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu dikesan hilang dari radar pada pukul 7.24 pagi semalam ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Jelas juruterbang itu, seandainya jangkaan itu benar-benar berlaku bermakna pesawat malang tersebut mungkin berhadapan dengan dua situasi. Jika pesawat itu melalui awan ribut

kemungkinan besar tekanan udara boleh menarik terbang lebih tinggi ke tahap siling antara 35,000 kaki atau 40,000 kaki - gelombang lagi kuat sebelum terjunam. Tekanan yang kuat daripada awan ribut itu juga boleh mengakibatkan pesawat turun tetapi impaknya adalah kurang berbanding senario pertama.

Bagaimanapun, katanya, jika pesawat berkenaan melalui juga awan ribut itu, juruterbang perlu mematuhi prosedur-prosedur lain termasuk had kelajuan.

"Apapun selalunya juruterbang memang akan elak melalui awan ribut," jelasnya.

Mengulas mengenai kehilangan pesawat QZ8501 itu, juruterbang berkenaan berkata, walaupun dalam apa sekali keadaan, juruterbang tidak boleh menyimpang laluan pesawat sesuka hati hingga mendapat kebenaran menara kawalan udara kerana dikhuatir berlanggar dengan pesawat lain, apatah lagi lokasi tersebut memang sibuk.

"Laluan yang dilalui oleh pesawat QZ8501 itu sibuk kerana ia menjadi laluan ke Australia, Indonesia, Singapura dan Timur Tengah. "Kalau mengubah laluan sesuka hati lagi bahaya, mungkin menganggu laluan pesawat lain," tambahnya.

Menurut beliau, jika pesawat itu sahih terjunam, pesawat berkenaan tidak mungkin memerlukan masa yang lama untuk ditemui - kemungkinan besar serpihan atau bangkainya boleh dikesan esok. ~malaysia gazzette

Sunday, 28 December 2014

Kehilangan Pesawat Air Asia QZ8501 Bagaikan Mimpi Ngeri - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes terharu dengan sokongan yang diterimanya di media sosial dan menganggap kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 sebagai satu mimpi ngeri.

Beliau yang sudah tiba di Surabaya, Indonesia berkata ingatan beliau adalah bersama para penumpang dan anak kapal. “Saya sebagai CEO kumpulan anda akan terus bersama dalam masa-masa sukar ini.

Kami akan melalui pengalaman pahit ini bersama dan saya akan cuba untuk bertemu seberapa banyak daripada anda,” tulis Tony di Twitter.

Beliau turut berterima kasih dengan pihak kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dan meletakkan harapan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Tambahnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menjaga ahli keluarga staf beliau dan para penumpang. Kata-kata Tony di Twitter terus mendapat reaksi pengguna media sosial, yang berkata mereka akan sentiasa bersama Tony dalam saat yang menguji ini.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut. Penerbangan tersebut membawa 162 penumpang dan anak kapal.

Sumber

Thursday, 23 May 2013

BOIKOT AirAsia - CUEPACS Gesa Kakitangan Awam Pilih MAS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan penerbangan AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah ini susulan daripada aduan dan rungutan orang ramai terhadap perkhidmatan AirAsia yang jelas tidak memuaskan.

"Saya minta setiap ketua jabatan di dalam sektor awam turut menjadikan syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Firefly sebagai pilihan utama mereka untuk sebarang urusan rasmi kakitangan mereka sama ada di dalam mahupun ke luar negara.

"Kuasa pengguna daripada 1.4 juta kakitangan awam mampu memberi kesan kepada AirAsia, jadi saya minta semua kakitangan awam membuktikannya terutama pada musim cuti sekolah nanti," katanya.

Utusan melaporkan Omar mengulas kecaman beberapa persatuan pengguna terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.

Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak), Saadon Aris turut bersetuju supaya kakitangan kerajaan menjadikan AirAsia sebagai pilihan terakhir untuk sebarang urusan penerbangan rasmi mahupun peribadi mereka.

"Sememangnya terdapat banyak aduan berhubung perkhidmatan dan layanan daripada AirAsia yang tidak memuaskan, jadi saya minta kakitangan awam negara ini menilai semula pilihan mereka sekiranya perlu menggunakan perkhidmatan penerbangan.

"Kini pengguna mempunyai beberapa pilihan lain termasuk kemunculan syarikat penerbangan tempatan terbaharu, Malindo Air. Malah sebagai kakitangan awam, mereka juga boleh mengutamakan perkhidmatan MAS dan Firefly yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC)," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya memberitahu, pihaknya juga sering mendapat rungutan daripada pengguna berhubung perkhidmatan AirAsia yang diragui dan mengelirukan.

"Dalam hal ini saya menggesa orang ramai supaya menggunakan sepenuhnya kuasa pengguna. Mereka berhak untuk memilih perkhidmatan yang terbaik malah di negara ini beberapa syarikat turut menawarkan perkhidmatan penerbangan yang jelas lebih baik berbanding AirAsia.

Sumber

Wednesday, 22 May 2013

Pelik!!! Tetiba Air Asia Tawar Tiket Percuma Kepada Ibu Malang Izan Suhaila???

Tragedi malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menunjukkan AirAsia hanya mementingkan keuntungan berbanding melaksana tanggungjawab sosial.

Wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek berkata, AirAsia juga dilihat lepas tangan dalam kejadian itu kerana bergantung sepenuhnya kepada prosedur syarikat tanpa menggunakan budi bicara.

Sambil melahirkan rasa kesal, Mazidul Akmal yang turut menyaksikan kejadian itu menambah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tidak sepatutnya membuat kenyataan melulu mempertahan kakitangannya tanpa mendapat penjelasan lanjut daripada mangsa.

Malah, beliau menempelak Tony yang seolah-olah berbangga menawarkan tiket penerbangan AirAsia percuma kepada Izan Suhaila serta saudaranya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan mangsa sebelum itu dibiarkan terkapai-kapai di Ho Chi Minh, Vietnam.

"Malah, ketika kejadian itu juga tidak ada seorang pun daripada kakitangan AirAsia membantu mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mazidul Akmal mengulas tragedi yang menimpa Izan Suhaila yang dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.

Tindakan tidak berperikemanusiaan AirAsia itu mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas kejadian tersebut disiarkan Mazidul Akmal menerusi blognya di http://www.mazidulakmal.com semalam.

Sementara itu, Mazidul Akmal mempersoal penjelasan Tony kononnya seorang kakitangan perubatan memeriksa keadaan Maryam Sofea kerana wanita yang dimaksudkan memakai pakaian seperti seorang jururawat. Katanya, 'doktor' itu juga hanya membisu dan menghilangkan diri tanpa menjelaskan status kesihatan Maryam Sofea kepada ibu mangsa.

"Tony menyebut seorang doktor perubatan datang merawat bayi itu tetapi saya hairan adakah doktor di Vietnam berpakaian seperti jururawat?," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga kerana penumpang dalam pesawat AK 1455 sanggup menghulurkan wang kepada Izan Suhaila selepas mengetahui mengenai nasib malang ibu berkenaan sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya diambil Airasia. - Utusan

Saturday, 24 November 2012

BIAR BETUL !!! TONY FERNANDES AIRASIA 'PENYANGAK' ???


KUALA LUMPUR: MP Kinabatangan  Bung Mokhtar Radin memanggil Tan Sri Tony Fernandes “penyagak” (pencuri) di Dewan Rakyat hari ini.

Bung Mokhtar telah bercakap semasa bajet Kementerian Pengangkutan sehingga peringkat jawatankuasa itu perbahasan Bajet kementerian 2013 apabila dia menunjukkan kebencian beliau pada Fernandes dan AirAsia.

“Kita semua tahu bahawa Tony Fernandes adalah penyagak (pencuri). Beliau mahu 100 peratus keuntungan dalam segala-galanya. Beliau melabur dalam segala-galanya, walaupun sukan,” Bung berkata, ketika membincangkan isu sama ada syarikat penerbangan kos rendah akan beralih operasi untuk KLIA2 sekali kerajaan selesai pembinaannya pada April tahun depan.

Bung setiap kali nama AirAsia telah dibesarkan semasa selimutkan, sebagai berkata bahawa syarikat penerbangan itu boleh “berambus” (keluar) dari negara ini, dalam  cadangannya bahawa AirAsia boleh memindahkan operasinya ke Indonesia.

“Saya fikir bagi pihak rakyat Malaysia, saya akan berkata AirAsia boleh berambus dari negara ini,” katanya.


SETERUSNYA BACA 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive