Showing posts with label jelajah merdeka. Show all posts
Showing posts with label jelajah merdeka. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

RUPANYA BAS PKR ADALAH BALASAN PEMBELIAN LORI SAMPAH ???



KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa diminta tampil untuk menyiasat sebuah bas dua tingkat yang dilancarkan oleh Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Anwar Ibrahim untuk Jelajah Merdeka Rakyat pada 31 Ogos lalu.

Menurut kenyataan di blog http://sel13.com hari ini, terdapat maklumat yang meragukan mengenai status pemilikan bas dua tingkat itu.

Dalam kenyataan blog tersebut, bas dua tingkat yang berjenama Dong Feng itu didakwa adalah sebagai balasan kepada Kerajaan Negeri Selangor selepas Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Khalid Ibrahim membeli 50 buah lori kompaktor dari China dengan jenama yang sama.

“Siasatan kami mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.

“Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara.

“Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim,” kenyataan dari blog sel13.com.

Turut didedahkan beberapa maklumat seperti nombor pendaftaran, nombor enjin, pembuat, tarikh daftar termasuklah nama pemilik bas itu iaitu nama Khalid sendiri.

“Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya. Salinan kad pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat.

“Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut; No Pendaftaran: BLU 8779, No Enjin: M61HA800001, Pembuat: Dong Feng, Tarikh Daftar: 03 September 2012, Kegunaan: Persendirian, Pemilik: Abdul Khalid Bin Ibrahim,” tulis pemilik blog itu.

Berbeza dengan kenyataan dari Khalid, bas itu disewa dan dibiaya sepenuh olehnya dan bukanlah menggunakan duit rakyat Selangor.

“Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri,” kata Khalid.

Bagaimanapun, Anwar pula pernah menyatakan bas itu adalah hak milik kerajaan negeri itu dan bukanlah disewa seperti mana kenyataan Khalid.

Selain itu, blog tersebut juga mendedahkan terdapat sebuah trak kontraktor juga dijalankan proses ubah suai di kilang yang sama, di Intercoach Sdn Bhd., Rawang Selangor.

Justeru, blog tersebut menggesa agar pihak berkuasa segera menyiasat kes penyelewengan yang berlaku dalam urusan jual-beli 50 buah lori kompaktor, sebuah bas dua tingkat dan juga sebuah trak kontraktor yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.


Sumber : malaysiainstinct

Saturday, 8 September 2012

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA TENTANG LORI DAN BAS 'JELAJAH MERDEKA RAKYAT'

Lihatlah bertapa Mewahnya Pakatan Rakyat di Selangor untuk BUS Jelajah Merdeka.Habislah Duit Rakyat Selangor digunakan oleh PKR Selangor.Tak ada Puak puak PAS yang mengkritik BUS dan LORI Mewah ini ker?Kemewahan ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat sudah nampak terbukti....lagi.Rakyat Di Malaysia harus sedar semuanya ini mainan Pakatan Rakyat belaka....Rakyat harus menghukum Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.





Dari Double-Y


Tanpa kita disedari konsep PKR dan Anwar Ibrahim ini telah pun berjaya menarik serta mempengaruhi rakyat yang tidak berparti lebih-lebih lagi rakyat di pendalaman. Paling cikai pun mereka akan berpusu-pusu keluar untuk melihat dengan lebih dekat, lalu merakam gambar menggunakan telefon bimbit!

Konsep ini juga pernah digunakan oleh kerajaan pada tahun 1978, yang mana Jabatan Penerangan menggunakan konsep ini dengan nama 'PENTARAMA' (Penerangan, Nyanyian, Tarian & Drama)

Pada waktu itu beberapa kakitangan dari Jabatan Penerangan Khas Angkasapuri telah menjelajah ke setiap pelusuk Kelantan selama 3 bulan dalam usaha untuk merampas Kelantan daripada PAS.

Akhirnya konsep 'PENTARAMA' terbukti berjaya mempengaruhi pengundi pendalaman Kelantan dan menyaksikan PAS tumbang di Kelantan dalam pilihanraya umum ke-5 pada 8 Julai 1978.

Di pihak kita pula, apa usaha yang dilakukan oleh jabatan Penerangan atau apa saja yang sama waktu dengannya?


PT

Kalau nak komen atau nak bagi pendapat tentang apa usaha di pihak kita nanti dikatakan kita ni lawan kerajaan pulak. Baiklah berdiam diri dan hanya tunggu dan lihat sajalah yang terdaya bagi penyokong UMNO bawahan ini. Apaun kita ada akal dan fikiran maka fikir2 dan renung2kanlah!!!

Saturday, 1 September 2012

VIDEO !!! BAS ANWAR DISIMBAH CAT MERAH ???




Anwar Ibrahim dilanda desperado yang semakin kronik... 
Gimik bas disimbah cat (sudah tentu dituduh penyokong UMNO) 
tak dapat menarik ramai sokongan untuk menyaksikan ceramahnya
di atas deck khas yang dibina pada bas Jelajah Merdekanya.
Cuma 50 orang yang berminat mendengar... Kesiannn!
Sumber  : 1peluru


MEWAH DAN HEBAT !!! BAS 2 TINGKAT KHAS UNTUK ANWAR IBRAHIM !!!

Bas mewah milik Khalid Ibrahim untuk kegunaan boss beliau, Anwar Ibrahim telah menjadi perbualah hangat rakyat.

Perbualannya bukan menjuruskan kepada kekaguman Pakatan pembangkang menggunapakai bas mewah untuk berpolitik.

Tetapi ianya lebih kepada sindiran dan cemuhan rakyat kerana Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang seolah-olah menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sedangkan masih ramai lagi rakyat yang perlukan bantuan di negeri Selangor.

Tambahan pula, bas mewah 2 tingkat itu tidak praktikal untuk masuk di jalan-jalan kecil dalam kampung-kampung, malah akan menjadi bahan cemuhan orang kampung apabila melihat bas mewah tersebut.

Dan sudah tentu, ianya tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada Anwar Ibrahim yang wajah beliau turut menghiasi bas mewah itu.

Berkempen dengan bas mewah 2 tingkat? Rakyat akan bangkit mengkrtitik hebat.


Beginikah cara Anwar mahu berkempen cara bermewah-mewah dan kemudian mengharapkan undi rakyat? I don't think so !

Di bawah adalah interior design yang menyerlahkan lagi ciri-ciri kemewahan bas 2 tingkat tersebut.

Canggih ! Kerusi urut di sediakan. Untuk kegunaan Anwar yang pernah sakit belakang?


Yang mungkin juga akan diperkatakan oleh rakyat ialah, "daripada belanja mahal beli dan ubahsuai bas mewah, lebih baik mereka bagi duit tu kepada rakyat" atau "kan negara kita ni dah elok dengan jalan lebuhrayanya, buat apa nak berlagak pakai bas mewah." dan sebagainya.

Janganlah kita samakan dengan senario di Amerika Syarikat di mana bas digunakan untuk berkempen kerana negara itu jauh lebih besar daripada negara kita. Manakala, jarak lokasi berkempen mengambil masa yang lama dan berkemungkinan tanpa fasiliti penginapan dan sebagainya.

So, bagi MiM, penggunaan bas mewah 2 tingkat ini adalah strategi berkempen dan politik yang tidak menguntungkan dan akan backfired kepada parti pembangkang.

Malah, ianya bakal mendatangkan mual dan cemuhan daripada mereka yang hadir dan mendengar Anwar berkempen di bas mewah tersebut.
Pelik kerana takkan Anwar Ibrahim dan pegawai-pegawai beliau tidak tahu implikasi negatif danconsequences mereka menayangkan bas mewah 2 tingkat di depan rakyat? Atau mereka sudah tahu?

Yang kelakarnya ialah Minaq Jinggo melaporkan bahawa 'untuk jelajahan pertama ini bas bergerak kosong saja kerana permit dari JPJ tidak diperolehi lagi selepas renovasi dan pengubahsuaian siap. Ahli rombongan termasuk Anwar Ibrahim dan Kak Wan mengekori dengan kenderaan persendirian.'

Selanjutnya klik : novandri.

KATA PKR UMNO UPAH PEMUDA SAMSENG PECAHKAN CERMIN DAN SIMBAH CAT PADA BAS ???






Dari laporan yang layak dipercayai bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Difahamkan  ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.


Kenyataan dikeluarka menyebut, "pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan."

Cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut.

"Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan," tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, kenyataan itu menjelaskan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

PT

Geng Sarkas  kena attack..kena bala atas dunia lagi, belum lagi di akhirat, itupun tak faham2 lagi. Mungkin orang PAS tak suka PKR bertapak di Kelantan kot ???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive