Showing posts with label gelombang merah. Show all posts
Showing posts with label gelombang merah. Show all posts

Monday, 22 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Tentera Merah Tok Pa Tumbangkan Nik Aziz ?? #BetterNation #vote4BN #tolakPAS

Pertembungan di antara BN dan PAS di Kelantan pada PRU13 ini pastinya agak sengit di mana BN bukan sahaja dijangkakan bakal mengulangi kebangkitannya seperti yang berlaku pada PRU 11 2004, malah bersandarkan trend semasa tampak jelas BN berpeluang cerah untuk menoktahkan hayat politik PAS di negeri ini.


Beberapa otai politik yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah kekal bertanding mempertahankan Parlimen Gua Musang, sementara Datuk Dr. Awang Adek Husain pula akan menggalas cabaran untuk menawan kembali Parlimen Bachok.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali ramai dengan gelaran Tok Pa pula akan bertanding mempertahankan Parlimen Jeli di masa yang sama diberi tanggungjawab bertanding di DUN Air Lanas.

Manakala Bapa Kebangkitan Bola Sepak Kelantan iaitu Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa tidak berdepan sebarang masalah untuk mengibarkan kembali panji BN di Parlimen Ketereh di samping memastikan ketiga-tiga DUN dimenangi BN.

Salah satu kerusi DUN, iaitu N25 Kok Lanas akan dipertahankan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang tika ini adalah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan merupakan calon sesuai sebagai Timbalan MB.

Kombinasi lima orang warlord Kelantan ini pastinya mampu merealisasikan misi Gelombang Merah & menukar pucuk pimpinan negeri dari PAS kepada BN. Apatah lagi tika ini majoriti rakyat Kelantan semakin muak dengan permainan politik PAS dan kegagalan pimpinan parti itu dalam mengemudi Kelantan ke tahap yang lebih baik.

Rakyat Kelantan pernah kecewa sekali pada tahun 2004 apabila usaha menobatkan Tok Pa sebagai MB gagal walau pun tika itu PAS sudah di hujung tanduk, sekarang masanya dalam PRU13 ini rakyat Kelantan telah membulatkan tekad untuk memastikan hasrat itu menjadi realiti.


Thursday, 7 March 2013

[Foto] Kebangkitan Rakyat Kelantan Untuk Menukar Kerajaan #TukarKelantan

Macam-macam gelaran yang diberikan kepada Presiden Perkasa Malaysia tetapi yang paling tersoho ialah gelaran 'Berehey Katak'.

Tetapi kita jangan lupa bahawa aura Berehey Ali masih kuat lagi di Kelantan. Buktinya pada ceramah yang disampaikan oleh beliau di Simpang 3 Pengkalan Chepa dihadiri  ramai penduduk sekitar. Beberapa pemimpin umno Pengkalan Chepa turut hadir termasuklah Ketua Bahagian Datuk Dali Hussin.

Kebangkitan rakyat Kelantan untuk menukar Kerajaan Pas kepada BN semakin ketara dan tak dapat dibendung lagi.

Gelombang Merah,  BN Perintah , Kelantan Berubah !

Wednesday, 13 February 2013

PENGUMUMAN !!! PELANCARAN SKUAD KEMBARA TUKAR BN KELANTAN

Pada : 15 Februari 2013 (Jumaat)
Masa : 3:00ptg - 5:00ptg
Tempat : Perkarangan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
- HIMPUNAN TUKAR ADALAH HIJRAH, TANAH ADALAH MARUAH
- AMANAT PENTING PANGLIMA MERAH
- PENGUMUMAN PENTING KEPIMPINAN BN KELANTAN
- PELANCARAN SKUAD KEMBARA TUKAR
- LUAHAN/ MANIFESTASI RAKYAT KELANTAN KEPADA SEGALA PERMASALAHAN RAKYAT KELANTAN
GELOMBANG MERAH, BN MERENTAH, KELANTAN BERUBAH!

Monday, 11 February 2013

LIVE !!! TAHNIAH! TOK PA BERJAYA CETUS FENOMENA BARU BUAT RAKYAT KELANTAN! # tukarkelantan

Sangat meriah...

Itulah gambaran yang dapat dikongsikan betsama rakan online Tok Pa mala ni. Bergegar dengan laungan gelombang merah dan tukar oleh peserta yang seramai hampir 350 orang.

Tok Pa dengan rasa bangganya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian peserta yang hadir

Tok Pa juga telah mencetuskan satu fenomena baru buat rakyat Kelantan dengan sokongan dan gegaran yang tak berbelah bagi keseluruhan Kelantan.

Tukar! Tukar! Tukar!

Sunday, 30 December 2012

[FOTO] PAS PASIR PUTEH TERNGANGA LIHAT SAMBUTAN GEMPUR PENDITA


GEMPUR PENDITA MENUTUP TIRAI 2012 BERSAMA KEHADIRAN USTAZ MUDA (UMMATI) SERAMAI 96 ORANG DGN LAUNGAN2 SEMANGAT DARIPADA HADIRIN, MAKA SEMANGAT PERJUANGAN BERTERUSAN SEHINGGA GENDANG PERANG PRU13 DIBUNYIKAN...GELOMBANG MERAH. BERLANGSUNG DI DEWAN 
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETAI PASIR PUTEH .



BICARA PENDITA MAJLIS PELANTIKAN GURU-GURU KAFA 
PASIR PUTEH, KELANTAN Di Taman Sri Aman 2.




BICARA PENDITA P028 PASIR PUTEH MAJLIS PENYAMPIAN 
BANTUAN KEBAJIKAN RAKYAT 1MALAYSIA (KAR1SMA) DI SMK KAMIL 


Sumber dari FB Acu Uthink

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive