Showing posts with label Wardina. Show all posts
Showing posts with label Wardina. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Hebat Betul Wardina,Sudah Berani Menyalahkan Kerajaan???



Bekas pelakon dan pengacara TV3, Wardina Safiyyah meluahkan rasa kecewa di twitter selepas membaca Laporan Audit Negara 2012 yang mendedahkan begitu banyak pembaziran dan penyelewengan kerajaan.


Antara kata-kata beliau ialah .... Rasa sesak nafas baca penyelewengan yang berlaku ... Many ppl struggling to pay Uni yuran .. Yg hutang sekeliling pinggang. Yg nak bukak business x de modal . Yg x de duit beli susu anak . You joly ... Sakitnya baca satu demi satu pembaziran yg terjadi. Tolong orng Melayu bukak business .. masuk University lg elok ... Mcm ini kita x pyh menidakkan . X pyh live in denial . We know thre ar MANY corrupt so called 'leaders' I dont want them to be MY leaders.
Wardina Ingat dalam Sektor Kerajaan semuanya orang UMNO ker?Ingat jangan jadi Bodoh pemikiran tu.Ada akal tak nak pakai...cakap merapu rapu saja...Inilah kalau minda nak dipolitik kan.Jikalau lah Laporan Audit terkena pada Negeri Pakatan Pembangkang...semuanya dituduh Laporan Audit Itu Orang UMNO..... saja saja nak burukkan Negeri Pembangkang? - Sumber

Friday, 13 July 2012

ARTIS BUKAN AHLI POLITIK DAN BUKAN BIJAK - WARDINA



“Bagi saya, kalau hendak berubah ke arah lebih baik, buat perubahan pada diri.

“Bila diri kita berubah ke arah yang lebih positif, Insyaallah keadaan akan turut berubah,” kata Wardina Safiyyah ketika dihubungi MyNewsHub hari ini.

Ujarnya, itu menjadi hak masing-masing untuk melakukan perubahan pada diri mereka melalui apa cara yang dirasakan betul sama ada melalui pengajian agama, berguru dengan yang arif, serta banyak lagi.

“Mungkin mereka rasa politik mampu mengubah mereka ke arah yang lebih baik,” kata Wardina.

Menurutnya, segelintir selebriti yang memilih platform politik untuk merubah diri mereka pastinya telah berfikir dengan mendalam berkenaan pembabitan mereka dalam parti tersebut dan itu menjadi hak mereka.

“Selebriti atau artis itu bukanlah ahli politik, mereka bukan golongan yang bijak pandai menyuarakan sesuatu isu berkaitan politik,” ujar Wardina.

Wardina diminta mengulas berkenaan isu segelintir artis yang menggunakan platform politik untuk mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif.

Semenjak demam pilihanraya umum ke-13 semakin memuncak, beberapa selebriti tanah air telah memilih medium politik sebagai cara untuk merubah diri mereka ke arah yang lebih positif.

Mereka bukan sahaja ingin merubah diri bahkan sebaliknya hingga ada yang bersifat radikal serta ‘agresif’ memperjuangkan parti.

Jika kita lihat, ramai selebriti yang mula malah ada yang sudah bertahun-tahun menunjukkan perubahan ke arah yang lebih positif seperti Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Aizat Amdan, Diana Amir, Yatt Hamzah, dan Heliza Helmi di mana mereka tidak memilih jalan politik sebagai perubahan.

Namun, jika benar ada di antara mereka yang terlibat dengan politik, itu menjadi hak mereka.

Sebaliknya mereka tidak bertindak ‘keterlaluan’, bersikap professional dan neutral bagi memastikan ia tidak akan menjejaskan periuk nasi mereka sebagai selebriti yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama serta fahaman politik.

Oleh: HK-74

Monday, 9 July 2012

MEMANG BETUL !!! WARDINA BACKUP ABBY ABADI



PELAKON dan PENGACARA Wardina Safiyyah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari meneruskan tugas sebagai Pengacara Rancangan TV3 Malaysia Hari Ini bagi mencari ketenangan setelah dikecam menyokong Parti Pembangkang. 

Wardina yang sebelum ini menafikan sekeras2nya menyokong rusuhan BERSIH mendakwa beliau mengakui mengalami tekanan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap karier yang beliau ceburi akibat daripada serangan beberapa blog sebelum ini.Beliau akan kembali bertugas seperti biasa setelah berehat selama 2 bulan. 

Begitu sekali tekanan yang dihadapi beliau.  Wardina, anda merupakan penggiat dunia seni tanah air. Itu yang masyarakat terutamanya peminat anda mahu dari anda. Fokus pada karier. Kerana anda masih diperlukan dalam dunia seni. Semoga Wardina kembali. Melayu CinDia akan lihat sejauhmana kebenaran yang didedahkan sahabat2 blogger yang lain.

Hari ini Wardina dengan lantang mempertahankan Abby yang menyertai Pas dan mengepalai protes pemebebasan tahanan ISA di Kem Kamunting.


Wardina sudah mula panas punggung barangkali bila TV3 merehatkannya dari jadi pengacara..marah betul kepada mereka yang menghentam sahabat baik beliau...tengok apa ulasan ustazah Abby di bawah....


  Aku dah baca semua posting Abby Abadi dekat Facebook dia. Apa yang aku baca yang dia tulis itu semua fakta. Bila aku kata fakta tu maksudnya benda tu memang dibuktikan secara sahih dan betul-betul berlaku 

Bila Aby Abadi mengecam ISA kenapa nak pula nak tuduh dia tak bersyukur? Aku tak nampak apa yang relate kat situ sebab sekarang ni memang orang nampak ISA ni tugasnya menangkap sesiapa yang dilihat mengancam "keselamatan" individu seseorang atau sekempulan terntentu dan tahanan itu dibuli semahunya (aku lebih suka guna term "buli").  - ulasan dari laman twitter Wardina

Tahniah dan kredit untuk Wardina kerana telah secara terang-terang menyokong perjuangan Abby didalam pembakang. Jadi apalagi yang Wardina tunggu..ikutilah jejak Abby untuk mendapatkan imbuhan yang melebihi 50k sebulan....Umno mana boleh bagi job kepada artis ???

pT 
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive