Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Akta Pencegahan Jenayah Menakutkan PR!!!

1 Oktober 2013 Kenapa PR Takut Akta Pencegahan Jenayah Pembangkang mula gentar apabila kerajaan bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) pada persidangan semasa Parlimen.

Hujah pembangkang PCA yang bakal dibahaskan dalam Dewan Rakyat tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2011. ISA digantikan pula oleh Akta Perhimpunan Awam yang membolehkan perhimpunan diadakan tanpa banyak kekangan tapi masih perlu mematuhi beberapa syarat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan. PCA perlu diperkenalkan bukan bagi mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat.

Apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk mensasarkan kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan jenayah.
Namun pada masa yang sama mereka turut mendesak agar kebebasan pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka diperketatkan. Keadaan ini dilihat menekan pihak polis sehingga timbul persepsi bahawa kedua-kedua belah tangan anggota polis diikat atas desakan pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.

Pembangkang mahu supaya polis duduk diam memerhati sementara jenayah pula berleluasa. Mereka lebih mementingkan isu hak asasi penjenayah daripada tugasan pihak penguatkuasa undang-undang dan keselamatan awam. Ini adalah antara faktor penting yang menyebabkan kadar jenayah meningkat bukan kerana pihak polis tidak menjalankan tugas mereka tetapi disebabkan fungsi utama mereka telah dikekang.

PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak pasukan mampu menjalankan tugas hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan. PCA akan lebih terbuka dan telus kerana tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Di samping itu di dalam PCA tidak ada peruntukan bagi kuasa menteri. Ini akan membuktikan bahawa perlaksanaan PCA kelak tidak akan mempunyai sebarang elemen tekanan politik dan pihak menteri berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi mana-mana keputusan pihak polis dalam menguatkuasakan akta tersebut.

Aspek penting ini menunjukkan kerajaan komited membawa perubahan kepada pentadbiran undang-undang bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.

Jadi bantahan pembangkang dengan melemparkan berbagai tuduhan kepada kerajaan mengenai PCA adalah mengejutkan. Mereka mahu Malaysia menjadi aman dan makumur dengan keselamatan awam terjamin dengan baik tetapi pada masa yang sama mereka menentang apa sahaja usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang selamat.

Ini adalah percanggahan jelas di dalam minda pemimpin pembangkang yang membuktikan mereka lebih mahu bermain politik daripada mengutamakan kebajikan rakyat. Pembangkang lebih rela supaya keselamatan negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan mengeskspolitasi isu-isu keselamatan.

Tidak kedengaran pembangkang memuji tindakan pihak polis ang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah serta menahan ribuan suspek. Tetapi apabila pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah pembangkang akan terpekik terlolong mempertahankan hak penjenayah.

Ini berlaku semasa operasi melawan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah di mana pemimpin pembangkang seperti Tian Chua menghina keluarga anggota keselamatan yang digugur di medan pertempuran dengan mnengatakan kematian mereka adalah seperti mati katak.

Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu untuk menyerang kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dengan dakyah kotor mereka. Setelah melihat betapa jijiknya sikap pembangkang yang sanggup mengorbankan keselamatan negara demi meraih kuasa politik, kerajaan kini akan bertindak tegas tidak mengira sama ada pelaku kesalahan adalah penyokong mahu pun pembangkang.

Masa untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan pembangkang sudah berlalu. Masa untuk mengambil hati pembangkang sudah berakhir kerana rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik murahan mereka. Kini adalah masa untuk bertindak dengan tegas dan tidak memperdulikan salakan pembangkangan semana kuat sekali pun.
Sumber

Tuesday, 11 September 2012

VIDEO !!! MENJENGAH SEKETIKA DI DALAM TEMPAT TAHANAN (KEMTA)


Tempat Tahanan Perlindungan Taiping lebih dikenali sebagai KEMTA.

Ia terletak kira-kira 8 km. dari bandar Taiping dan 3 km. dari pekan Kamunting dan mempunyai keluasan 230 hektar.

Institusi ini mula dibuka pada November 1973 bagi menempatkan orang-orang yang telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA 1960 (Sek. 8(1)).

Pada 14 hb. November 1973, perpindahan 91 orang tahanan dari Tempat Tahanan Khas Batu Gajah yang terdiri daripada anggota-anggota komunis merupakan tarikh permulaan institusi ini beroperasi.

Walaupun diperingkat awal pembukaannya ia menempatkan tahanan-tahanan yang sebahagian besarnya merupakan anasir-anasir subversif tetapi sekarang ianya menempatkan tahanan-tahanan yang ekstremis politik, pelampau-pelampau agama dan juga bekas anggota-anggota komunis yang menyerah diri.


Thursday, 12 July 2012

VIDEO !!! ABBY TUDUH PDRM ZALIM ?? AC MIZAL TERCABAR


Melalui Twitter beliau, Dato’ AC Mizal baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan pertikaian aktress itu terhadap isu ISA & khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abby Abadi sebelum ini di’lihat menyertai sebuah perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA dan memberikan ucapan menuduh kezaliman pihak polis di kem tahanan.

Video boleh anda saksikan selepas ini tetapi menurut laporan Media Hiburan, perkara itu menjadi punca kenapa AC Mizal berani mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka.

AC Mizal menulis, Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM! yang kemudiannya dibalas Abby Abadi dengan mengatakan beliau tidak menyalahkan pihak polis. - rotikaya.com




Pt
Rasanya, Akta yang digantikan dengan ISA belum diluluskan Parlimen, ertikata lain, masih dalam proses. pasal apa bebal sangat tak nak ambik tahu? Menyalak macam orang tak ada agama, bakar gambar orang, tu semua ajaran siapa? Sunnah nabi, dalam hadith, atau sirah para sahabat, tak ada bakar gambar semua ni. 


Yang terzalim dan mangsa kezaliman adalah puak2 yang dok menyalak suruh ISA dihapuskan sebab merelakan diri menjadi hamba pada kebodohan dan kebebalan!! Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Monday, 9 July 2012

MEMANG BETUL !!! WARDINA BACKUP ABBY ABADI



PELAKON dan PENGACARA Wardina Safiyyah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari meneruskan tugas sebagai Pengacara Rancangan TV3 Malaysia Hari Ini bagi mencari ketenangan setelah dikecam menyokong Parti Pembangkang. 

Wardina yang sebelum ini menafikan sekeras2nya menyokong rusuhan BERSIH mendakwa beliau mengakui mengalami tekanan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap karier yang beliau ceburi akibat daripada serangan beberapa blog sebelum ini.Beliau akan kembali bertugas seperti biasa setelah berehat selama 2 bulan. 

Begitu sekali tekanan yang dihadapi beliau.  Wardina, anda merupakan penggiat dunia seni tanah air. Itu yang masyarakat terutamanya peminat anda mahu dari anda. Fokus pada karier. Kerana anda masih diperlukan dalam dunia seni. Semoga Wardina kembali. Melayu CinDia akan lihat sejauhmana kebenaran yang didedahkan sahabat2 blogger yang lain.

Hari ini Wardina dengan lantang mempertahankan Abby yang menyertai Pas dan mengepalai protes pemebebasan tahanan ISA di Kem Kamunting.


Wardina sudah mula panas punggung barangkali bila TV3 merehatkannya dari jadi pengacara..marah betul kepada mereka yang menghentam sahabat baik beliau...tengok apa ulasan ustazah Abby di bawah....


  Aku dah baca semua posting Abby Abadi dekat Facebook dia. Apa yang aku baca yang dia tulis itu semua fakta. Bila aku kata fakta tu maksudnya benda tu memang dibuktikan secara sahih dan betul-betul berlaku 

Bila Aby Abadi mengecam ISA kenapa nak pula nak tuduh dia tak bersyukur? Aku tak nampak apa yang relate kat situ sebab sekarang ni memang orang nampak ISA ni tugasnya menangkap sesiapa yang dilihat mengancam "keselamatan" individu seseorang atau sekempulan terntentu dan tahanan itu dibuli semahunya (aku lebih suka guna term "buli").  - ulasan dari laman twitter Wardina

Tahniah dan kredit untuk Wardina kerana telah secara terang-terang menyokong perjuangan Abby didalam pembakang. Jadi apalagi yang Wardina tunggu..ikutilah jejak Abby untuk mendapatkan imbuhan yang melebihi 50k sebulan....Umno mana boleh bagi job kepada artis ???

pT 
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

Sunday, 8 July 2012

MARAH BETUL 3 ARTIS NI KEPADA BN - SEKITAR PROTES TAHANAN ISA

Hebat ustazah ni...marah betul dia kat BN...

Memang berbaloi la hang ikut sama protes 
tak dapat 50k dapat 10k pun jadilah bulan ni...

Nak buat lawak kat tv takde peluang...Pas la jugak baik hati 
bagi peluang kat demo Mang....

Komen dari seorang penganut PR dari blog pembakang..

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat..fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !... 

Saturday, 7 July 2012

TERKINI !!! ABBY AKAN JOIN DEMONTRASI BEBAS TAHAN ISA ??



KUALA LUMPUR - Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan,” ujar Abby lagi.

Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.

pT

Bagi manusia yang mempunyai otak yang baik, kalau dah insaf, dekatilah Islam.., dalamilah ilmu pengetahuan tentang Islam... Hatta.., kalau belum cukup Islam.., peluklah ugama Islam dengan sempurna.., BUKAN masuk parti Pas..!! Dia ingat parti Pas tu berlandaskan Islam ker? Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive