Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Thursday, 31 January 2013

#RCISabah : Mahfuz Omar Dan Pengundi Hantu !!!



Sengaja lambat kemas-kini maklumat tentang RCI, kalau cepat-cepat
update sudah tentu kita tidak dapat melihat aksi 'spinning' daripada media-media yang dibiayai oleh yahudi yang sehingga kini berusaha untuk mengjahanamkan negara.

Jika semalam Boo Su-Lyn secara terangan menokok-tambah laporan mengenai keterangan DSP Badaruddin, perhatian saya hari ini tertumpu kepada tiga berita berkaitan RCI yang dilaporkan malaysiakini.



Gambar di atas antara berita berkaitan RCI yang dipilih untuk dilaporkan oleh malaysiakini, yang mana kesemua laporan tersebut memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.

Selain memberikan tanggapan negatif masyarakat terhadap kerajaan, ia turut menggambarkan betapa mudahnya untuk seseorang warga asing itu memperolehi IC biru di Malaysia.

Soalan : Benarkah pendatang asing mampu memperolehi IC dengan mudah sebaik saja datang ke Malaysia sebagaimana mudahnya anak Mahfuz Omar membeli bekalan dadah di Pokok Sena?

Berdasarkan berita yang dilaporkan malaysiakini, ia nampak mudah. Tetapi apa kata kita teliti pula keterangan saksi lain yang mana keterangan mereka sama sekali tidak akan disiarkan oleh malaysiakini begitu juga malaysia insider.

Jika malaysiakini hanya memilih keterangan daripada Nasir Yusof saksi ke-44 (SP44) dan Sioh Jabidi saksi ke-40 (SP40) dalam berita mereka. Saya 'up' sikit, di mana saya akan berikan fakta keterangan daripada empat orang saksi iaitu saksi ke - 38, 41,42 dan saksi ke-46.

Keterangan saksi (SP38) Lung Sim Yee :

1. Puan dilahirkan di China 27 Ogos 1959?
SP38 : Benar.
2. Adakah benar puan dilahirkan di China berdasarkan no ic kod kelahiran 74?
SP38 : Ya benar.
22. Adakah kamu setuju kamu menghadapi kesusahan untuk mendapat ic Malaysia walaupun kamu berkahwin dengan warga tempatan?
SP38 : Ya. Setuju.Kesimpulan keterangan daripada SP38 Lung Sim Yee yang memasuki dan tinggal di Sabah melalui proses teratur. Dia telah menjalani satu persatu prosedur permohonan taraf kewarganegaraan.

Ini membuktikan bahawa kerajaan telus menerima permohonan dan individu tersebut perlu melalui banyak prosedur walaupun ia berkahwin dengan warga tempatan.

Kita lihat pula keterangan SP41 Degon Bin Amy dan SP42 Nisa Binti Rahman :

Kedua-dua saksi adalah pendatang dari Filipina yang beragama Islam selain tidak memiliki apa-apa dokumen walaupun telah 10 tahun tinggal di Sabah.

Kedua-dua saksi ini juga masih ditahan dan sekarang berada di Pusat Tahanan Sementara menunggu proses pengusiran.

Kesimpulan daripada keterangan SP41 dan SP42 jelas bahawa kerajaan tetap tidak memilih bulu walaupun pendatang tersebut beragama Islam, sekaligus menafikan tuduhan bahawa projek IC di Sabah bertujuan meramaikan pengundi Islam.

Keterangan Saksi ke-46 iaitu Ketua Pemuda PAS Lahirul Bin Latigu :

Adakah sijil lahir daftar lewat?
SP46 : Saya tidak pasti.
Setuju adakah kamu generasi kedua dari satu perkahwinan tempatan dan aisng?
SP46 : Ya, sekolah rendah dan menengah di Beaufort dan seterusnya di UUM. Berjawatan sebagai Ketua Pemuda Pas sejak 2009.
Adakah benar mykad kamu bernombor 760719-12-5747 dan dapat dari JPN dan pernah pegang kad pengenalan biru H0922390?
SP46 : Ya.
Pernah ke mahkamah untuk memohon dapat pengesahan mahkamah sebelum IC dibuat?
SP46 : Tidak pernah.
Melalui blog banyak pihak meragui kesahihan IC kamu?
SP46 : Ya.
Ada report polis tehadap kamu, ada atau tidak polis panggil untuk siasat kamu?
SP46 : Tidak
Tahu atau tidak pendatang asing yang baru masuk sabah dan dapat IC?
SP46 : Tidak
Ada pernah keluarkan kenyataan akhbar mengenai pengundi hantu?
SP46 : Tidak, tidak tahu mengenai pengundi hantu.
Tahu atau tidak mana-mana pendatang tanpa izin yang dapat IC dan didaftarkan sebagai pengundi?
SP46 : TIDAK TAHU.Kesimpulan daripada keterangan Ketua Pemuda PAS yang mana IC miliknya diragui oleh pihak tertentu dan disiarkan di laman-laman blog bahawa, dia tidak tahu mengenai pengundi hantu malah langsung tidak tahu terdapat pengundi hantu.

Kenapa agaknya saksi-saksi ini tidak dipilih untuk dijadikan laporan dalam berita di laman malaysiakini dan malaysia insider?

Jadi siapa hantu?


Tunggu lima trivia JPN esok, yang akan membuktikan bahawa Mahfuz Omar bukan sahaja hantu, tapi dia adalah jelmaan jin aprit! - Sumber

Saturday, 12 January 2013

#KL112 - TERKELUAR BIJI MATA MAHFUHHH TENGOK JANDA PENING ???


Terbeliak biji mata Bapak Mahfuhh melihat si janda pening...Inikah YB dari sebuah parti Islam ..adakah ini jugak telah dihalalkan oleh Nik Aziz dan para pemimpin lain. Wah! Tercapailah cita-cita si janda ni untuk bersama-sama melawan kerajaan yang baginya menganiayai seluruh rakyat dinegara ini. Kita lihat sejauh mana perbuatan puak-puak sesat ni dengan sanggup menjadi penjilat bontot Dap.

Wednesday, 10 October 2012

NASHA TELAH CABAR MAJLIS SYURA - MAHFUZ



SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu. - sinarharian

Friday, 5 October 2012

TEKANAN PR, SPRM MULA SIASAT KETUA MENTERI MELAKA ISU KENDURI KAHWIN MEGA ???



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya.

mohd shukri abdul aca investigation director 080408"Kami sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Mohd Shukri Abdull (kanan) ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut kerana ia baru sahaja bermula.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam membuat laporan kepada SPRM Melaka dengan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis dengan kos setinggi RM600,000.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam Parlimen juga mendakwa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran. - malaysiakini



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive