Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Friday, 22 November 2013

2 Aktivis Bola Sepak Ditahan Kerana Laman Anti-Presiden FAM???

Exco muda Pulau Pinang mengecam penahanan dua penyokong bola sepak negara yang cuba masuk ke kawasan orang kenamaan di Stadium Shah Alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Selasa lalu.


Dr Afif BahardinDr Afif Bahardin (kiri), exco termuda PKR di negeri Pakatan Rakyat berkata, FAM sepatutnya berasa malu kerana Harimau Malaya kini berada di tangga ke-160 dalam kedudukan Federasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Saya mengecam penangkapan dua penyokong pasukan bola sepak kebangsaan oleh pihak polis di Stadium Shah Alam kerana mereka tidak harus dilayan seperti penjenayah," katanya.

Selasa lalu, dua aktivis bola sepak, termasuk pentabdir laman anti-presiden FAM Alfadli Awaludin, ditahan ketika masuk ke kawasan VIP di stadium bagi menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM.

Kekecohan juga timbul setelah peminat tidak puas hati dengan kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium itu, sehingga memaksa Pasukan simpanan persekutuan (FRU) tampil menyuraikan keadaan.


Dalam kenyataannya semalam, Afif (kiri) berkata, FAM harus mendengar rayuan peminat untuk membawa perubahan menerusi penukaran pengurusan dan mengangkat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

NONE"Sejak bila ia menjadi satu jenayah melarang penyokong setia meluahkan kekecewaan mereka terhadap persembahan pasukan kebangsaan yang tidak memuaskan?

"Kekalahan kepada Qatar adalah perit dan persoalannya siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya.

Afif juga menyeru penyokong tegar Ultras Malaya dan peminat bola sepak untuk memakai jersi Harimau Malaya terbalik sebagai tanda protes terhadap FAM.

Ia juga, menurutnya bagi menunjukkan betapa seriusnya untuk menyelamatkan maruah bola sepak negara.

PT
FAM patut responsif kepada kehendak ramai. Kalau ditakok lama juga prestasi bolasepak perlukan post mortem luarbiasa dan menyeluruh. Malangnya masing-masing sayang nak korban kedudukan dan tak ada political will untuk menyanggah pihak pengurusan. 

FAM ada lah "Lubuk Duit" pada Exco dan Ahli jawatankuasa ni termasuk jurulatih-jurulatih di bawah FAM takkan meletak jawatan.Barangkali sampai kiamat Malaysia tak kan layak ke Piala Dunia dan Piala Asia.


Tuesday, 8 October 2013

Biar Betul!!! Bini Apek Pulak Buat Hal???




Alamak ai!!! Apa cerita pulak ni? Apa pasal pulak isteri Si Apex ni nak tayang body dia kat dalam internet? Dah buang tabiat ke apa?

Weh!!! Jangan salah faham brader. Rileks brader!!! Isteri Apex ni sebenarnya nak bagitau pada seluruh rakyat Malaysia yang dia sedang mengandung. Tahniah diucapkan kepada Apex. Semoga dipermudahkan segalanya kelak!!!


Keserian ibu mengandung makin terpancar pada wajah isteri kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha yang kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.

Leuniey dilaporkan bakal bersalin pada awal Februari tahun depan.

Melalui laman Instagramnya, Leuniey menunjukkan beberapa gambar baby bumpnya untuk tatapan pengikutnya di laman tersebut.

Selain itu, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang atlit, namun Khairul Fahmi atau Apex dilihat sentiasa meluangkan masa menemani isterinya menjalani pemeriksaan pada setiap bulan.

Malah, Apex juga memilih khidmat doktor wanita untuk merawat isteri tercintanya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 28 Disember lalu di kediaman Leuniey yang terletak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. - Sumber

Thursday, 17 January 2013

MANA SUARA FAM BILA TENTERA DIRAJA JOHOR MASUK STADIUM ???

Kalau betul-betul askar komando pergi la berjihad kat palestine atau pun kat mana-mana negara yang bergolak..cuba la contohi macam pasukan US Navy Seals..mereka selalu berjuang menentang pengganas..ni komando apa ni kalau setakat jaga stadium dipenuhi orang awam tidak bersenjata.

Tapi yang peliknya kemana hilang suara lanrang FAM? Adakah tindakan JMF itu telah di restui oleh FAM ?

Monday, 3 December 2012

GADIS LAWA DI SEBELAH PEMAIN HARIMAU MALAYA JADI TANDA TANYA ???



Wooo sape gadis lawa di sebelah wan zack haikal tu........? untunglah badan pada Wan Zack Haikal . Pemain bola sepak di Malaysia nie bila dah popular mesti ada awek cun nak berkawan ngan diorang...hebat weii..rezeki datang bergolek....

Rezeki yang diberi haruslah dijaga sebaiknya..tapi nak tegur sikit pemain Malaysia nie bila main tue main dengan terbaik.....Tak kiralah main apa pun..........yang penting serang tetap serang tak kira la dalam posisi mana sekali pun.


SAMBUNGANNYA DI MKP

Saturday, 7 July 2012

JUDDIN PUNYA PASAL, FAM DITIBAI KHOO KAY KIM

'Tak patut berlaku dalam zaman moden'

“Sekurang-kurangnya buatlah bantahan dahulu. Tak salah kita minta lakukan siasatan jika kita mengesyaki berlaku penipuan umur oleh pasukan Myanmar.

“Tindakan itu yang patut dilakukan oleh orang terpelajar. Hanya orang jahil saja yang tak nak buat bantahan.” kata pengkritik sukan terkemuka negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas tindakan pelik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin.

FAM yang diberi masa 48 jam, akhirnya enggan membuat bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tindakan Myanmar menggunakan beberapa pemain lebih umur pada Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Yangon, baru-baru ini atas alasan, tiada bukti kukuh.

“Kita semua tak tahu kenapa FAM sanggup bersikap sebegitu. Hantar sajalah bantahan, biar AFC siasat terlebih dahulu. Ini bantah pun tidak, macam mana nak tahu apa kebenarannya.

“Perkara seperti ini tak patut berlaku dalam zaman moden. Jika ada pihak langgar peraturan dan undang-undang, takkan semudah itu kita nak menerimanya,” kata Kay Kim ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengadakan sidang media khas di Kelana Jaya bagi menjelaskan punca pihaknya tidak meneruskan bantahan biarpun notis awal sudah dihantar pengurus skuad B-22 negara, Datuk Afandi Hamzah selepas aksi bertemu Myanmar di Yangon, Selasa lalu.

“Kita kena bantah berserta bukti kukuh. Jika tidak, ia boleh beri implikasi terhadap imej FAM dan hubungan kita dengan negara-negara ASEAN kerana Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) juga adalah Presiden AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN).

“Saya juga sudah persembahkan kepada Presiden FAM kenapa FAM tak teruskan bantahan ini. Bukan sebab kita takut kehilangan wang bantahan AS$500 (RM1,580), tapi adalah tidak beretika untuk kita mempersoal dokumen pengenalan diri yang diperakui kerajaan Myanmar,” jelas Azzuddin.

Ditanya mengenai jurulatih kelab Myanmar, KBZ FC, P N Sivaji, mengesahkan pemainnya, Kyaw Zayar Win yang tertera umur 24 tahun dalam senarai perlawanan Piala Singapura bertemu Loyola Meralco Sparks adalah individu sama menjadi kapten skuad B-22 Myanmar, Azzuddin berkata “Saya tak meneliti sehingga tahap itu.”

“Kita tak pasti dia Zayar Win mana satu (yang berusia 21 atau 24). Ini satu input baru. Saya tak tahu pendaftaran Piala Singapura pergi ke AFC atau tidak.”

Azzuddin berkata, badan induk bola sepak Asia hanya menerima maklumat yang didaftarkan dalam sistem maklumat pemain AFC dan segala data dalam kejohanan bukan anjuran badan itu seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF, tidak diperakuinya. - BH

pT
Aku betul2 tak faham dengan Azzuddin ni...nampak sangatlah untuk menghancurkan dan menidakkan peluang dan hak Malaysia untuk mendapat slot kedua. Pelik manusia yang bernama Juddin ni....apalah kerja yang dia buat untuk FAM...kalau setakat nak menjahanamkan dunia bolasepak Malaysia baiklah letak jawatan....

Tuesday, 19 June 2012

BIAR BETUL !!! SHEBBY SINGH DILANTIK PENGARAH BLACKBURN


Bekas pemain pertahanan negara, Serbegeth Singh dilantik sebagai pengarah bola sepak Blackburn Rovers.

Laporan Daily Mail UK berkata, pemilik Blackburn yang berasal dari India, Venky telah mengesahkan Serbegeth, yang turut dikenali sebagai Shebby, diberikan tanggungjawab itu.

Salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah untuk Venky dan Steve Kean, walaupun masa depan pengurus itu masih tidak menentu selepas tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Shebby tidak pernah surut idea untuk memberikan komen dan itu yang membuatkan beliau cemerlang untuk Liga Perdana ketika bertindak ebagai pengulas bola sepak televisyen di Asia.

Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia dari 1978 hingga 1996.

Shebby juga merupakan kapten pasukan Kuala Lumpur dan membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989. - sH

pT
FAM kan sudah 'maju' mana boleh ambil orang macam Shebby ni. Kalau Shebby tegur kan kena gntung pulak. Takkan la owner dan kelab Blackburn 'bengong'  ambil Shebby sebagai pengarah bolasepak ? FAM oh FAM!!!!

Friday, 25 May 2012

Pengadil 'Lapar Pitih' Didakwa Terima Suapan RM15 Ribu



shokri nor pengadil shokri nor didakwa terima suapan rm15 ribu
Gambar - Shokri Nor
Seorang pengadil dari Malaysia,Shukri Nor bersamanya seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah didakwa di mahkamah Singapura atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM15,000 untuk mengatur perlawanan Liga Super, membabitkan Lions XII menentang Sarawak pada Selasa lalu

Mereka berdua dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang.Mereka juga didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang

Dalam pada itu,mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin $50,000 (RM123,272) seorang sebelum kes itu disebut semula pada 31 Mei ini.

Shokri Nor yang berasal dari Kedah,ditahan oleh Anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan antara kedua-dua pasukan, Mengenai keputusan perlawanan tersebut,Lions XII, mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak yang diambil alih oleh pengadil lain.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive