Showing posts with label Boikot. Show all posts
Showing posts with label Boikot. Show all posts

Sunday, 25 November 2012

#SAVE GAZA !!! BOIKOT ISRAEL !!! PAKAT BOIKOT PRODUK BUATAN ISRAEL TERMASUK McD ???



Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa?



Adakah kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD, kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia. pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.

Boleh tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak & pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar agaknya….






Boikot Israel : McDonald Malaysia VS MacDonald Luar Negara

Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat yakin pada setiap masa.

Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :

Kalau nak anak automatik berpuasa di bulan Ramadan, kita kena ajarkan solat dahulu, sebab kalau anak tu tadi solat tanpa disuruh-suruh, maka dia akan puasa tanpa disuruh, anak yang ada ramai puasa tapi solat entah ke mana, hanya nak dihebohkan bahawa anaknya puasa cukup, dapatlah duit raya banyak. Hakikatnya, ibubapa sendiri tidak bersolat.

Diibaratkan seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul pemutih kulit, boleh sahaja pakai.
Sekali lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit. Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama? - Sumber

Wednesday, 8 August 2012

BOIKOT PRODUK ISLAM DI FB OLEH DAP ??



Kami mendapat maklumat yang Mazlan Aliman telah diberikan sejumlah wang yang banyak oleh DAP untuk menganjurkan Himpunan Oren tempohari bagi menggagalkan penyenaraian FGV. 

Disebabkan kerana beliau GAGAL, maka sibertruper DAP sendiri kini telah melancarkan kempen memboikot mana-mana barang keluaran FELDA bagi memastikan FGV gagal, seterusnya memberikan tekanan ekonomi kepada peneroka dan mendapatkan undi protes pada PRU kelak.

Strategi ini juga merupakan serampang dua mata dengan matlamat lainnya adalah untuk memastikan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan mereka dari segi ekonomi. Cakap mudahnya, apabila orang Melayu tiada instrumen ekonomi yang kuat seperti FGV dan tidak juga menguasai pasaran makanan dan keperluan, maka selamanya orang Melayu akan bergantung kepada peniaga mereka.

Sekarang siapa yang BODOH dan DUNGU?!! Ada tidak sesiapa yang bertanya kepada mana-mana peserta OREN hari itu, adakah perhimpunan mereka kali ini mempunyai apa-apa matlamat Agama dan Iman?!! 

Dan dengan mengadakan Himpunan bodoh seumpama itu, adakah PAS waima pakatan rakyat mempunyai strategi perniagaan yang lebih baik bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan kepada para peneroka?!!

Selamanyalah PAS menjadi penchacai kafir haribi DAP dan musuh dalam selimut kepada umat Islam... - mymassa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive