Showing posts with label .Hj Abdul Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label .Hj Abdul Hadi Awang. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

BIAR BETUL !!! FAUZI SHAARI KESAL SERTAI PAS ???


Perak 21 Dis - Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS.

"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"



Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi.

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”


Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3.

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,

Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS.

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju neraka. Allah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6) 

Thursday, 22 November 2012

ANWAR TAK LAYAK JADI PM, HJ HADI CALON YANG TERBAIK - PAS

Pas nampaknya telah menerima saranan dari akar umbinya untuk mengangkat Haji Hadi sebagai PM yang ke tujuh. Menolak sama sekali calon yang telah menunggu sekian lama untuk jawatan PM iaitu Bro Anwar Ibrahim. Seperti yang telah dijangka ramai, pakatan tidak ada kesepakatan dalam meletakkan calon untuk jawatan nombor satu itu.

Yang kelihatan penting bagi parti tersebut bukannya Islam tetapi Putrajaya. Dulu politik seperti ini orang sebut politik Machiavelli, hari ini sudah ramai yang menyebutnya sebagai ‘politik putar alam’ – siang cakap lain, malam pakai topeng dan cakap lain.

Ini terbukti apabila mereka mengadakan solat hajat dan mendoakan agar Umno dan BN dibinasakan ALLAH seperti mana ALLAH membinasakan Firaun, Namrud dan sebagainya. Soalnya mengapa mendoakan Umno saja binasa, mengapa tidak mendoakan Israel, DAP serta PKR dibinasakan kerana kezaliman serta kemungkaran yang dibuat selama ini?

Nampaknya sejak dulu, Pas terus memperalatkan ritual keagamaan seperti solat hajat dengan sewenang-wenangnya bagi tujuan politik.

Namun di sebalik barisan saf-saf solat hajat tersebut, rupa-rupanya tidak ada satu kesatuan atau cohesiveness di kalangan ahli-ahli parti tersebut mengenai isu pokok.

Walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah mempersetujui tanpa membuat sebarang referendum akan saranan agar Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 dan ia disahkan secara automatik oleh Mursyidul Am yang sentiasa menganggap DAP dan PKR lebih Islamik, tetapi apa yang disaksikan dalam Muktamar ke-58 parti itu di Kota Bharu seminggu lalu adalah cukup berbeza.

Tak siapa menduga di peringkat akar umbi, Anwar bukanlah pilihan utama berbanding keputusan satu dua orang di peringkat tertinggi. Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Kota Bharu itu juga dilihat kemenangan bagi ahli-ahli biasa atau ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Mereka berjaya menggagalkan kehendak kumpulan “elit” atau profesional di dalam parti yang mahu menyerahkan negara dipimpin oleh pihak luar dari Pas.

Sejak 50 tahun ditubuhkan, Pas yakin dan percaya jika mereka menang pilihan raya, presiden merekalah yang paling layak jadi PM, bukan orang luar. Tetapi apa yang akhir-akhir ini amat berlainan dari apa yang dihajati Pas selama ini. Bahkan di atas kertas, Pas bersetuju dengan turut mengusulkan Anwar yang berhadapan isu-isu moral diberi kepercayaan menjadi PM ke-7 jika mereka menang.

Muktamar kali ini juga membuktikan Pas berjaya menepis dakwaan bahawa parti itu kini dalam genggaman Anwar ataupun sudah menjadi boneka Dap.

Pas membuktikan parti itu tidak sama dengan apa yang dibaca baik dalam blog-blog pro pembangkang ataupun media rasmi parti itu. Pendek kata hakikat Anwar berjaya meresapi pengaruhnya ke dalam parti itu, ia satu sandiwara melucukan.

Bagi mereka sama ada Anwar ataupun Dap, ia hanyalah sebuah sandiwara kerana akhirnya mereka yang berada di peringkat akar umbi yang menentukan dasar parti.

Anwar mungkin berjaya “mengkaderkan” pemimpin muda profesional yang kini memegang pelbagai jawatan penting dalam parti, namun itu pun peratusnya sangat kecil. Kalau ibarat sekumpulan kambing berwarna hitam, peratus yang kecil pro Anwar yang berwarna kelabu itu tenggelam begitu saja.

Presiden Pas menyedari kumpulan pro ulama dan mereka yang tidak senang dengan Anwar lebih dominan sehingga Tuan Guru kelihatan agak kecut untuk menyebelahi Anwar pada peringkat ini.

Hadi mungkin mengagumi Anwar daripada mempercayai keupayaan dirinya dan partinya terpaksa menerima hakikat ahli-ahli di peringkat akar umbi adalah kuasa penentu.

Bagi mereka, perjuangan Pas bukan semata-mata merampas Putrajaya, tetapi mendaulatkan Islam. Mereka menerima hakikat bahawa dalam PRU13 kekalahan Umno sajalah peluang mereka untuk menawan Putrajaya jauh lebih cerah.

Mereka bukanya menolak kemenangan dalam PRU13 tetapi jauh dari itu mereka menitikberatkan perjuangan akhirat seperti diperjuangkan sejak parti itu ditubuhkan 50 tahun silam.

Dalam hal ini mereka sebulat suara menolak kehendak DAP dan PKR yang ingin menobatkan Anwar sebagai perdana menteri kerana sedar kedua-duanya tidak boleh diharapkan.

Namun, ia bukanlah berita yang keseluruhannya gembira untuk Hadi. Apakah beliau fikir DAP dan PKR akan memberikannya laluan mudah atau menyokong beliau?

Bukankan Hadi adalah antara pemimpin Pas yang cukup beria-ia memajukan idea hukum hudud dan negara Islam. Silap hari bulan, kedua-dua parti ini akan mengusahakan agar Hadi tewas di kerusi Parlimen yang beliau tandingi. Jika ini berlaku, maka selicik-licik Hadi, akhirnya beliau juga akan turut terjatuh. Hadi kena ingat bahawa: Every tupai has its day. sumber

Sunday, 18 November 2012

ANWAR SERAH JAWATAN PM KEPADA HADI ??? NAK SUKO !!!



SHAH ALAM, 18 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada masalah jika Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini.

Ketua pembangkang itu ditanya soalan tentang pandangan beliau tentang kenyataan ahli-ahli PAS yang mahu Datuk Seri Hadi Awang(gambar) sebagai calon perdana menteri.

“No problem (tidak ada masalah), kita boleh bincang dengan baik,” kata Anwar selepas berucap dalam Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Industri Selangor (Unisel), hari ini.

Semalam, wakil daripada Dewan Ulama memberikan kejutan apabila mengemukakan cadangan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang, sedangkan PR sebelum ini telah sepakat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon mereka. Seterusnya di sini

PT
Boleh bincang! tapi jadi belum tentu. Hj Hadi faham dia tak akan jadi PM, sebab itu dia sanggup jadi khadam kepada Anwar dan DAP sahaja, Tengoklah berapa kerusi Pas bertanding, yang banyak nya PKR, DAP, Sekarang pun berapa kerusi yang Pas menang, Pas paling sikit memenangi kerusi, jadi pengikut Pas mereng barangkali tambah tak pandai metamatik barangkali, baru fikir nak jadi PM kesihan pengikut Pas. Mati dengan angan-anganlah pengikut pas ni....

Saturday, 17 November 2012

HAJI ABDUL HADI DPERSEMBAHKAN TARIAN SINGA BETINA DI MUKTAMAR PAS...


Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, yang menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pas Kali Ke-58 pagi tadi, disambut dengan persembahan tarian singa di luar Pusat Tarbiah Islam Kelantan, pagi tadi.

Kali ketiga aku nak tergelak sebab Hj Abdul Hadi ni dipersembahkan tarian singa hijau oleh sekumpulan penari. Tahukah Tuan Guru yang singa hijau tu adalah singa betina??? Tak apalah Tuan Guru asalkan betina dan kaler pulak hijau...elaok sangatlah dengan kaler Pas kan ???

Untuk pengetahuan, kostum tarian singa ni terdiri dari beberapa warna iaitu
warna merah, jingga dan kuning manakala hijau bagi kostum singa betina. 


Thursday, 15 November 2012

PENYELEWENGAN PAS !!! MENYALAHGUNAKAN AYAT AL-QURAN DARI TAHUN 1959 - 2000


Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 79.

“Maka celakalah padahnya kepada sesiapa saja mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka (ciptaan mereka sendiri) kemudian mereka berkata ini adalah dari sisi Allah untuk mendapat sedikit habuan, celakalah apa yang mereka tulis dan celaka pula segala usaha mereka”.

Manakala maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarag : 159 pula.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya”.

1. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba’ dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.

2. 1963 - Seleweng maksud ayat 28 surah aali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hokum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

3. 1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah dengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapo mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama.

4. 1980 - Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah dengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan risaklah muka bumi…”.

5. 1981 - Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.

6. 1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.

7. 1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.

8. 1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian… nyata PAS bohong.

9. 1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterimakasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata “ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan. Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi.

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W:
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-perempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun." (Shahih Bukhari -23).

Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

10. 2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

PT
Tidakkah semua ini membuktikan bahawa perkara mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah menjadi lumrah amalan pimpinan PAS. Sama ada nak kata fatwakah, nak kata pendapatkah atau hukumkah terpulang, namun natijahnya akan diterima pakai oleh pengikut PAS sebagai fatwa tok guru mereka dan bagi mereka apa jua yang tok guru mereka kata adalah betul belaka..Ini lah PAS sebenar,semua nya betul tapi ibarat ketam mengajar anak berjalan,akhirnya ketam pun berjalan senget juga...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive