Saturday 6 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Hanya Umno Parti Kroni, PAS Parti Suci !!! #vote4BN #tolakPR #GE13


Khabar angin yang bertiup kencang - Kononnya Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang.

Khabarnya - PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.


Khabarnya - DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew. Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh

Jika ini semua benar

Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?


Benarkah sekarang wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof?
Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang di bawah tu semua begitu pandir sehingga tak layak jadi calon?



Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive