Monday 8 April 2013

#PRU13 : Jawapan Tun M Kepada Surat Kak Wan #tolakBN #voteBN

Jawapan Tun Dr Mahathir kepada surat personal Wan Azizah tentang Anwar Ibrahim ini sudah pasti akan membuat ramai orang malu terkedu. Lebih-lebih lagi mereka yang selama ini menghina dan memburuk-burukkan nama negarawan kita dengan pelbagai gelaran buruk dan hina.

Kadang kala kita terfikir, Tun Dr Mahathir dikurniakan Allah SWT dengan umur yang panjang dan kesihatan tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak dan pernah menghina Tun Dr Mahathir sebelum ini?

Di bawah adalah temuramah Utusan dengan Tun Dr Mahathir. Di antaranya : Kami difahamkan bahawa Tun menerima surat setebal 18 muka surat dikatakan dikirim oleh Datin Seri Wan Azizah sendiri mengenai salah laku suaminya.

Mungkin Tun boleh kongsikan perkara ini?  DR. MAHATHIR: Saya cuma boleh kata ada menerima surat itu sahajalah tetapi benda yang diberi kepada saya secara personal, saya tidak dedahkan kepada orang.

Namun kita boleh lihat tanpa surat itupun kita boleh tahu sama ada bersih atau tidak bersih 'orang berkenaan'.   Jadi apa perlu kita rujuk kepada surat yang sulit dan saya pun tidak ingat berapa muka suratnya.

Tetapi yang saya tahu memanglah beliau (Wan Azizah) cuba nak pertahan suaminya juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami tetapi nak kata beliau memburuk-burukkan sangat suaminya itu tidaklah begitu. 

Kecewa itu adalah, maka saya tidak mahu berbincang tentang surat setebal '18 muka surat' itu. Namun yang lebih utama adalah apa yang kita boleh lihat tetapi bukan apa yang Wan Azizah kata.  Tun tetap enggan mendedahkan isi kandungan surat berkenaan malah memelihara keaiban 'orang berkenaan' walaupun pelbagai pihak menggelar Tun dengan pelbagai gelaran yang adakalanya keterlaluan seperti mahafirun dan sebagainya.

Boleh Tun jelaskan?   

DR. MAHATHIR: Saya bukan jenis manusia yang nak memburuk-burukkan orang tanpa asas. Cuma kerana politik dan kitab takut orang yang semacam ini berkuasa maka saya terpaksa dedah. Maka perkara lain tidak perlu saya dedahkan kerana ia tidak ada apa-apa manfaat, jadi buat apa saya dedahkan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive