Saturday, 20 April 2013

#PRU13: Ibrahim Ali Pertahan Pasir Mas, Lawan Anak Nik Aziz #tolakPAS #vote4BN #TukarKelantan

Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.


Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini. 

Untuk itu Che Johan Che Pa telah memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti dan rakyat Malaysia atas tindakannya itu.



Sebelum ini Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive