Tuesday, 16 April 2013

#PRU13 : Berehey Perkasa Akan Tetap Pertahan Kerusi Pasir Mas Guna Simbol Katak Puru Hijau ??? #GE13 #vote4BN

KOTA BAHARU, 16 April (Bernama) -- "Saya tetap akan bertanding atas tiket Bebas walaupun menggunakan simbol katak puru pada pilihan raya kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata demikian setelah tidak dinamakan sebagai calon rakan Barisan Nasional (BN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini, beliau dikatakan antara calon Bebas yang akan diberi peluang bertanding atas tiket BN tetapi Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengumumkan senarai calon BN di Kelantan Selasa, menyatakan Che Johan Che Pa daripada Umno bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas.

Ketika ditemui pemberita setibanya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini Selasa, Ibrahim berkata beliau tetap mahu mempertahankan kerusi itu dan simbol yang bakal digunakannya kelak bergantung kepada kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya dalam kempennya kelak, beliau akan mendedahkan prestasi rekod khidmatnya sebagai wakil rakyat kawasan itu selain memimpin Perkasa sejak empat tahun lepas.

Jika dipilih kembali sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ini, Ibrahim berkata beliau mahu meneruskan agenda perjuangan Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim sebagai calon bebas bertanding atas tiket PAS mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Ketika ditanya pemilihan bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Selangor, Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi peluang kepada Zulkifli.

BERNAMA

PT
Padan-padanlah Tok Him weh.. cukup lah dengan jadi presiden perkasa..bagilah peluang kepada orang muda pula untuk berkhidmat kepada rakyat Kelantan. Lagi pun siapa yang tak kenal Tok Him ..manusia paling hebat dalam hal lompat melompat ni..jadi mungkin Pengerusi BN Kelantan suadah ada yang terbaik untuk mewakili UMNO/BN bagi PRU13 nanti. Terimalah hakikat PRU13 ni bukan milik Datuk lagi. Umum memang mengetahui Tok Him mempunyai aura yang masih kuat dalam dunia politik tetapi UMNO/BN Kelantan sudah ada calon terbaik untuk melawan Pas pada PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive