Saturday, 27 April 2013

#GE13 : Inikah Calon PKR Seberang Takir Calon Tangkap Muat Pil Kekude PKR ??? #tolakPR #Vote4BN #tolakPAS

Benarkah dakwaan ini? Asal sahaja masuk musim pilihan raya, isu hudud tidak pernah sunyi dari dipalu gendangnya oleh PAS kerana merasakan isu itu penting dalam memastikan kelangsungan pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam.

Soal praktikal dan asas perlaksanaan biasanya jarang disentuh, selalunya PAS hanya akan gah membicarakannya dari segi teori sahaja sekadar memainkan sentimen keagamaan untuk meraih sokongan pengundi.

Itu juga nawaitunya apabila Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din membangkitkan semula isu hudud tanpa menyedari dalam PRU-13 ini PAS hanya bertanding di 73 kerusi sahaja berbanding keseluruhan 222 kawasan parlimen.

Dengan 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 kawasan sahaja yang berpeluang dimenangi PAS, apa yang mampu dilakukan oleh PAS terutama sekali untuk meminda Perlembagaan Negara bagi merintis perlaksanaan hudud?

Begitu pun, walau pun kita tahu hakikatnya PAS memainkan semula isu hudud tujuannya untuk meraih undi, namun dari aspek lain ia memperlihatkan sikap sebenar PAS yang tidak boleh dipercayai kerana pendiriannya yang sering berubah-ubah.

Sebelum ini, semua maklum PR pernah mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu hudud di mana masing-masing pimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS bersetuju soal perlaksanaan hudud tidak berbangkit selagi tidak mendapat persetujuan bersama.

Bantahan berterusan oleh DAP khususnya oleh Karpal Singh dan yang terbaru turut mengundang reaksi kurang senang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkenaan isu hudud yang ditimbulkan oleh Dr Haron Din hanyalah riak-riak awal betapa longgarnya kesepakatan dalam PR.

Mereka sudah nampak tanda-tanda awal yang PAS bila-bila masa sahaja boleh berubah arah mengikut kepentingan politik tanpa mengambil kira persetujuan yang pernah dicapai sebelum ini.

PAS adalah parti yang fleksibel dan pendirian hanya sekeras tulang sotong, di mana ada kepentingan di situlah akan terarah hala tujunya.

Waima rakan kepimpinan sendiri seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hasan Ali pun PAS sanggup korban demi menjaga kepentingan politiknya tika itu, jadi amatlah mudah untuk PAS menikam belakang rakan sepakatan juga demi kepentingan sendiri.

Ringkas kata, DAP dan PKR terpaksa berwaspada dengan risiko kemungkinan akan ditikam dari belakang pula oleh PAS, satu kemungkinan yang tidak boleh dielakkan bila PAS berada dalam keadaan tersepit dan terdesak untuk meraih semula sokongan pengundi Melayu Islam.

Sumber - matkilaupenang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive