Thursday, 4 April 2013

#TolakPR : Vivian 'Si Betina' Celaka Diupah PR Malukan BN ??? #GE13

Semalam, si jalang Vivian ini memuatnaik gambar lucahnya ke laman Facebook dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan caption 'Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!'

Tindakan jijik betina ini difahamkan bertujuan untuk menjatuhkan maruah BN kerana sering dikaitkan dengan pembongkaran video salah laku beberapa pemimpin PR yang lebih kurang juga perangainya dengan pasangan ini.





Esok Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.

Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.

Khairy Jamaluddin turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS kepada Utusan Malaysia.

Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.


Sumber

Terkini dari Blog Kedah Ke KL : Pasangan Lucah Memohon Maaf 


Pasangan kontroversi di Malaysia, 10 minit yang lepas telah memohon maaf kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) kerana memuatnaik gambar lucah yang disifatkan mereka boleh mempersenda dan menghina bendera BN. Gambar ini mendapat kritikan daripada ramai bloggers dan Facebookers malah Blog CTS sendiri antara yang terawal mendedahkan perkara berkenaan.

Hari ini juga, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dilaporkan oleh Utusan Malaysia, akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN. Mc berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik, dengan syarat, mereka melakukan semua itu kerana naif dan tidak didorong dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan dan cuba menjatuhkan BN.

Sumber asal CTS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive